31.8.08

Kenduri Aqiqah Muhammad Afiq Daniel

Tarikh : 30 Ogos 2008

Masa : Lepas Zohor

Tempat : Dewan Serbaguna Pangsapuri Halaman Damai, Sungai Pinang

Alhamdulillah kenduri yang dirancang berjalan dengan lancarnya. Semua jemputan hadir seperti yang ditetapkan. Walaupun sangat ringkas, kami semu happy sebab dapat berkumpul sambil makan-makan dan bergelak ketawa.





Sesi membuat bunga telor and buah tangan untuk orang - orang marhaban.



Bunga rampai ini sangat wangi dan menjadi rebutan semua
di akhir kenduri kerana nak boh dalam kereta.

As for the little guy, semua orang sangat teruja bila take turn untuk mendukung beliau kerana walaupun baru 1 bulan, tapi badannya sungguh keras dan menyukarkan orang yang tak terror dukung baby untuk mendukung beliau. Well, i dont have any problem with it, kerana aku sangat terror mendukung baby.





Peringatan : Ini bukan SOFT
TOY!!






Aku yang sangat terror mendukung
baby.







Hidangan nasi hujan panas, ayam masak merah and dalca dicater oleh kawan abang Budie dari Sungai Pinang. As for the kambing yang telah selamat disembelih kami buat masak kurma. Orang caterer tu masakkan sekali.

Nasinya sangatla sedap. Aku sendiri makan ulang sampai 4 kali. Subhanallah, Jumie macam mana la Mama Mentua hang tak risau.

Bahan-bahan buat ROJAK ISTIMEWA MAK EDE!





Sesi gossip bersama Mak Ede, Sanita Nonok and
Asnah Tahir.

Tak dilupakan, ROJAK TIMUN ISTIMEWA MAK EDE!! Huh, ini adalah resepi sedap oleh mak aku. Orang bawean ja pandai buat rojak ni. Salad, timun, bawang diulit bersama sos kacang yang ditumbuk bersama cili kering goreng and air asam jawa. Meletop!!


Semoga AFIQ DANIEL cepat membesar dan menjadi HERO baru dalam family kami!


Daniel, one day you'll be reading this. I just want to know, what ever you do, where you are, we are always a family and we love each other very much!!



Love,
Jumie Samsudin a.k.a MOQUE (ejaan glamer untuk MOK)

Konvo Khas USM

Tarikh : 30 Ogos 2008
Masa : 9 am
Tempat : Dewan Tuanku Syed Putra, USM



Usherer yang sangat HOT!!

Seperti yang diamanahkan, aku telah ditugaskan untuk menjadi USHERER untuk majlis seperti di atas. Pertama kali aku bertugas di dalam DTSP sewaktu majlis konovokesyen USM sejak 3 tahun bertugas dengan USM.



Dekan kami!!

Dari pukul 9am bertenggek kat sini sampai nearly 1pm baru aku gerak balik rumah untuk kenduri Daniel.


Kat belakang kami ada seorang kawan baik yang bernama Jeganathan.

27.8.08

Kambing untuk Muhammad Afiq Daniel bin Muhammad Budie

Cepat masa berlalu. Anak buah aku yang baru dilahirkan pada 5 Ogos 2008 dah pun nak hampir 1 bulan.

Keturunan ketiga generasi Samsudin Abdullah ni adalah anak lelaki pertama untuk abang aku. Selepas spekulasi meletakkan nama kepada beliau.

Akhirnya, abang Budie and Kak Qiena ambil kata sepakat untuk mengambil nama pilihan Kak Qiena (Afiq) dan digabungkan dengan nama pilihan bapak aku sendiri BOSS Samsudin (Daniel). Maka jadilah Afiq Daniel.

Bagi melengkapkan tuntutan syarak, maka pada 30 Ogos ini kami akan mengadakan kenduri aqiqah untuk Daniel.






Last Tuesday, kambing sudah sampai di rumah aku.


Hai nama saya En Kambing





Hanna, Sara and Abang Budie.







Aku memberi makan kepada kambing pada waktu malam hari.



Kambing : Sarra jangan la malu - malu dengan I.


19.8.08

Hikayat Mak Andam II - Majlis Pertunangan Fara Azmi 170808 @ Kulim

Last week bertarikh pada 17 Ogos 2008, aku telah mengorbankan tidur pagi ku menuju ke Kulim seawal 9.01 pagi kerana pagi ini adalah hari bersejarah seorang kawan dari USM yang minta aku solekkan untuk majlis pertunangan beliau.










Sedang memakaikan eye
shadow!!





Nasib baiklah aku telah berniat untuk keluar awal dari rumah untuk menuju ke Kulim. Selalunya aku memerlukan 2 jam untuk solekan. Kak Fara kata rombongan datang jam 1pm, so kalau macam pukul 11 buleh start mekap. Kalau drive pukul 9.01 by 9.45 dah buleh sampai Kulim dah. Aku dan Dorie ku akan bergerak pantas mengikut had laju yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia!!



Seawal jam 9.20 aku dah melepasi exit Kubang Semang. TIBA TIBA!! Aik...awat jem teruk ni. Dari kejauhan aku dah nampak deretan kereta yang tidak bergerak memenuhi ketiga-tiga lane menuju ke utara. Semua kereta besar-besar pula tu. Semua yang tinted cermin ni. Pastu yang pastinya dalam tu semua Dato-Dato la.



Aku teruskan juga perjalananan dengan penuh kesabaran sampai exit Penanti baru aku dapat jawapan. Kehebohan ini semua lantas dari hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh antara Pas BN and PKR.



Muahahaha...



By 1030 am FINALLY aku sampai ke rumah Kak Fara yang terletak di tengah-tengah sawah. Aku dijamukan dulu dengan nasik lauk kampung. Pergh...sedapnya sampai harini aku teringat. Giler hang. Aku siap tambah lagi. Kari ikan, ikan bilis goreng sambal dengan ubi kentang, petai rebus, ayam masak rendang merah, dahhh....dahh..Jumie!! STOP IT!!









Selepas selesai makan, kami pun mula bersolek. Kak Fara mempunyai sepasang mata yang kecik dan sepet macam amoi. Bentuk wajah bujur sireh. Bulu kening lebat tapi jarang. Dia kata dia tak kisah nak kemaskan kening beliau atau tak. But i prefer not to, sebab nanti nak mekap nikah takder seri plaks. Bibir beliau pun sederhana mugil. Disebabkan beliau akan pakai warna hijau maka saya pun akan menggunakan warna hijau lembut untuk mata dan warna lipstick yang berona lembut.









Mula-mula kami pakaikan warna pink matelic, hahaha..nampak macam penari STM plak. So saya tukar boh warna rona jingga. Oren muda gitu-gitu...



Akhirnya, habis mekap. Kami pun bergambar-gambar dan bergumbira di dalam bilik sementara menunggu rombongan lelaki sampai.









Sekian saja laporan saya untuk minggu ini.









Semoga semua bergumbira menatap gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika majlis pertunangan Fara Azmi.









Sekali lagi, selamat bertunang Kak Fara. Semoga ikatan yang murni ini akan membawa berkat hingga kita bertemu di majlis pernikahan plak!!



ps/ Itu pun kalau she still wants me as tukang mekap la! AHAkS!! I love u.



Untuk lebih banyak gambar, sila layari laman Friendster saya ( Siapa yang ada link account dengan saya sahaja boleh tengok). http://www.friendster.com/viewphotos.php?a=197826381&uid=6546845


Untuk tempahan mekap, sila email kepada saya jumie_samsudin@yahoo.com untuk mendapatkan quotation harga dan sebagainya.

12.8.08

Jeeva vs CUSTOMER JAHAT

Tengah bosan bosan kat rumah, aku dapat video ni dari Adie. Member aku yang ting tong yang suka datang suka buat kacau kat office aku. Aku pernah baling pembaris kayu kat dahi dia sebab dia buat lawak.


Tajuk video ni, CUSTOMER SERVICE ASTRO.




So..ampa semua dengar la video ni antara Jeevanathan dan seorang customer Astro perempuan yang sangat RUDE dan tak reti bahasa.





Aku harap Jeeva yang berada dalam video ni sihat selalu dan masih lagi bekerja dengan Astro. Kalau Jeeva kena buang kerja sangat tak adil la. Jeeva pun orang biasa macam aku. Kalau belum apa apa dah nak kena maki dengan perempuan tu, mana tak panas hati ni. Kita bukan malaikat yang takder nafsu. Kalau kena gigit nyamuk pun kita boleh bengang inikan pula kena maki tak tentu pasal dengan orang.



Adik aku, Surianie the cakcing pun actually kerja Customer Service dengan TM POINT. Hari-hari dia citer kat aku pasai kerenah customer. Tapi inilah kali pertama aku dengar rakaman sebenar macam ni.



Korang rasa salah siapa?


Jeeva pun salah jugak. Sebab dia sudah tersalah cakap. Tapi minah ni, ntah masuk hantu apa ntah...maki tak berhenti. Bawak bersabar la...bagi peluang kat Jeeva untuk cakap juga. Mungkin Jeeva pun dah kerja 7 jam hari tu. Dah berapa ribu call dia kena jawab kita tak tau. Jeeva bukan mesin.


Anyway, aku harap Jeeva lebih strong lepas ni.


ps/ Bahasa menunjukkan bangsa.

10.8.08

Show Hanna and Sarra


Sewaktu lepak kat rumah abang Budie last Friday, aku tanya kat anak anak buah aku Hanna and Sarra. Depa dah pandai nyanyi untuk adik tak? Kan depa dapat adik boy. So nanti kalau ibu duk buat kerja, kalau adik nangih, kakak kena nyanyi untuk adik.

Jadi, untuk membuktikan yang mereka berdua telah pun bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai kakak yang berkaliber, maka saya telah menyuruh mereka membuat persembahan sebagai persiapan untuk adik mereka Hafiq Daniel yang bakal membesar dengan pantas tak lama lagi.

Jadi terimalah Hanna dan Sarra. Hanna is the one singing, Sarra adalah si penari latar.

Semoga terhibur!

Lagu pertama - Tepuk amai-amai!!








Lagu kedua - Jack and Jill







Twingkel-twingkel little star





RAMA- RAMA




Jika anda sayang para pelajar ini, jangan lupa hantarkan undian anda ke 32999. Andalah yang memastikan sama ada mereka layak atau tidak. Hehehehe....Semoga terhibur dengan persembahan dari anak -anak menakan aku yang bakal mengikut jejak langkah ku sebagai penghibur!

9.8.08

Hikayat Seorang Mak Andam Part-Time

PERMULAAN MINAT

Aku memang minat mekap. Sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Minat aku semakin mendalam sejak aku kerja part time di Nani's Bridal House, Puncak Impian selepas habis SPM dulu. Aku bertugas sebagai penjahit manik sahaja, tapi sekali sekala aku curik-curik melihat Kak Nani mekap customer/pengantin. Dari situ datanglah segala minat yang semakin mendalam. Duit gaji aku, aku simpan sedikit-sedikit untuk beli barangan solekan. Dan aku gunakan wajah aku sendiri sebagai kanvas untuk berlatih bersolek.




This is me in red lipstick. I really love looking at myself wearing this colour!!



SOLEKAN PENGANTIN SEBAGAI SIDE INCOME

Sehingga kini aku masih lagi mengaplikasikan minat aku ni untuk menjana pendapatan sampingan. Tetapi aku hanya focus kepada tempahan dari teman-teman rapat dan juga ahli keluarga. Bukan aku tak mau komersialkan perkhidmatan aku ni, dulu aku pernah buat juga. Tapi sangat mengecewakan bila para pelanggan yang telefon expect harga yang langsung tak munasabah dari aku.


Sekarang ni, in market kalau tempahan mekap perkahwinan di kedai pengantin dalam RM180-200. Dan untuk mekap di rumah harga itu mungkin buleh naik ke RM250.


Pengantin ni nama dia Fauziah Faruk. Biras aku (Abang aku punya adik ipar). Paling mencabar nak buat mata dia. Sebab mata dia besar sangat.




Aku pernah berurusan dengan seorang pelanggan yang ingin bertanya harga khidmat solekan untuk majlis tunang adiknya.

"RM100 jer kak"


"Mahainya...nak tunang jaa..bukan nak menikah"

"Nak nikah ka, tunang ka, saya guna teknik yang sama. Cuma warna yang lebih lembut la kak..."


Kakak yang tidak mahu namanya disebut akhirnya end up tak amik pun tempahan dari aku. Katanya dia pernah amik tempahan mekap dengan seorang kak nyah dengan harga RM30. Aku tak tau la sama ada cerita itu tepat atau tidak. Tetapi, kalau betul pun ada dia pernah membayar hanya RM30 untuk mekap, pastinya make-up artist tu saja bagi harga sedekah dan lepas tu menyesal tak sudah sebab hail kerja tak balik modal.






Ini Puan Dilla. Rakan seopis aku...hehehehe. Lepas nikah, dia punya la peluk cium aku ucap terima kasih sebab semua orang kata dia LAWA. Rasa terharu sangat. Itulah bayaran paling best seorang kak andam nakkan!!


PENGANTIN BAIK vs PENGANTIN KEKWAT

Kalau nak bercakap pasal kerenah pengantin ni...wah wah wah.....tak cukup satu blog ni. Hahahah. Ini hanya aku yang buat kerja mekap part time. Tak tau la macam mana make-up artist yang memang buat duit penghidupan dengan memekapkan muka-muka orang yang dah nak kahwin ni. Selain kewajipan memiliki semua alatan mekap yang lengkap, ilmu solekan yang tinggi...tapi dia juga kena mempunyai communication skill yang baik malah kekuatan emosi yang tinggi.



Ini kawan baik aku!! Antara kawan baik aku yang menikah dulu. Aku diterbangkan oleh beliau ke Terengganu semata-mata nak mekap dia. Oh...bangganya!! Paling best bila masa kami tiba di masjid, semua orang dalam masjid tu yang sedang tunggu turn untuk nikah, berhenti dan toleh tengok Maznida. Sebab dia lawa sangat. huhuh...tengokla sapa yang mekap!!

Apabila mekap seseorang pastinya aku nak buat yang terbaik. Aku akan pastikan pengantin tu nak kan mekap yang macam mana, apakah warna pakaian yang hendak di pakai, dan yang paling penting aku perlu ada hubungan yang mesra dengan pengantin tu so that dia tak rasa kaku sangat dengan aku.


Antara benda yang paling aku tak suka ialah, pengantin kata muka dia mekap tebal sangat. Dan dia mintak aku kurangkan sikit bedak. Ampa(korang) ingat mekap kami ni macam pakai bedak baby ka? Nak mekap muka ampa nak bagi cantik ni, paling kurang tiga lapis, make up base, foundation, concealing, shading, compact powder, loose powder, bronzing, highlights....So bayangkan aku dah mekap habih....dengan mata, dengan pipi, dengan gincu...Tiba -tiba, ampa suruh aku hilangkan sikit bedak?


It's like, u had done menghias sebuah ruang tamu. Dengan permaidani, pasu bunga, perabot, mengecat, lampu hiasan...tiba tiba customer hang suruh hang tukar colour cat lain?

Itulah perbandingan paling relevan yang boleh aku bagi.

Selain itu, aku paling tensyen kalau aku dah mekap, datanglah, makcik pengantin, kakak sedara pengantin, kawan baik pengantin yang anak dara tua, dan macam-macam status lagi, yang datang dan complain suruh tukar warna lipstick, suruh pakai lipstick merah yang merah sampai kalau kereta lalu pun kereta tu nak berhenti.


Lebih mentensyenkan lagi apabila, tengah sedap sedap kita duk mekap, kakak sedara pengantin, sepupu, maklang, kak ipak belah abang sepupu, duk masuk keluar bilik pengantin dan sibuk tanya macam-macam. Pernah sekali tu, aku tengah mekap pengantin nak sanding lagi sejam, tiba-tiba kaak sepupu dia masuk dan bagitau


"Rose(bukan nama sebenar), nasik dah habih hang tau tak...orang takdak apa nak makan kat luak ni.."


APAKAH betul la kakak ni. Kalau la ini masalah dunia, takpayahla nak citer kat pengantin, dia ni nak naik pelamin. Yang hang nak risaukan dia buat apa?



Ini kawan aku Madihah yang bertunang baru-baru ini. Minah ni pun mula-mula macam tak selesa dengan mekap dia. Yelah, tak pernah mekap tebal. Tapi bila kami semua duk puji dia cun. Dia pun dah yakin. Terus dia tak mau berhenti posing! hahahahah



NASIHAT UNTUK PENGANTIN DAN SEKUTU-SEKUTUNYA

So untuk rakan-rakan yang dah nak menikah dan berkahwin pasni, ingatlah hampa nak kahwin kalau boleh sekali ja dalam hidup ni. Of couse, semua orang pun nak jadi yang paling cantik masa hari terindah itu juga. Tapi tanggungjawab untuk mendapat hasil yang terbaik ini bukan sahaja datang dari mak andam tu sendiri. Tetapi juga daripada anda juga.


Kalau boleh, berilah keselesaan kepada mak andam anda. Jangan minta kurangkan harga kalau itulah harga yang telah ditetapkan. Kalau nak carik yang lebih murah. Cuba terangkan dengan mak andam tu, actually you are under tight budget. Dan minta cadangan beliau bagaimana kalau anda nak dapatkan harga perkhidmatan yang lebih murah dari harga yang ditawarkan. Jangan berlagak macam buleh bayar berapa ribu pun, tapi dengan tak malunya duk minta murah tak tentu pasal. Lebih tak elok kalau dengan telusnya anda membuat komen kepada mak andam "Awat mahai sangat?" "Bedak apa yang pakai sampai mahai sangat?"


Keduanya, beri kebebasan kepada mak andam untuk membuat kerja beliau. Kalau boleh terangkan dahulu sehingga jelas, cara mekap yang diingini. Selepas itu, biarlah mak andam membuat kerja tanpa gangguan. Tak salah sekali sekala anda melihat hasil kerja mak andam, because kalau aku pun risau jugak, apalah yang diani duk conteng kat muka aku. Tapi yang penting, jangan duk buat pandai dengan mak andam macam hang tu pandai mekap sangat.


Kalau betui hang pandai mekap, ok...amikla barang aku, berus aku, hang mekap la sendiri. Tengok nak jadi ke tak?


Selain itu, kepada anda yang tak pernah mekap seumur hidup anda walaupun secalit lipgloss, its good hampa minta arrange dengan mak andam untuk pre-testing. Kalau aku, aku mintak harga setengah dari harga mekap betui. Kalau dapat mak andam yang baik, kadang-kdang depa buleh bagi free kat kita. Tapi tulah, kena built really strong relationships la dengan mak andam anda tu. Kepentingan anda membuat pre-testing ni ialah, supaya anda tak terkejut bila melihat perubahan kat muka anda tu.


Pernah aku dapat sorang customer ni, muka macam aku jaa...jawa tok tok. Tapi mintak aku mekap bagi muka dia macam NORJUMA. Meletop sungguh permintaan beliau. Bila tengok hasil yang diberikan tidak memuaskan impian beliau, dia buat muka dengan aku. Pergh....macam nak bagi penampar jer kat muka pengantin tu sambil berkata "sila kembali ke dunia asal."


Dan kepada rakan-rakan pengantin perempuan, saudara, sepupu, kakak dan sebagainya, kalau ada masalah kat kenduri tu, kalau buleh korang setella sesama korang. Tak perlula nak cerita dengan pengantin. Korang expect apa? Pengantin tu hayun tongkat sakti dan terus timbul 7 belanga nasik beriyani dari tanah?



Ini pula gambar aku mekap diri sendiri ketika hendak keluar menggedik-gedik bersama rakan ketika hujung minggu!!


HARAPAN AKU

Selain dari kerenah pelanggan yang tak menentu, aku juga mengakui ilmu solekan aku masih lagi cetek dan masih banyak lagi yang perlu aku perbaiki dan pelajari. Aku tak pernah menghadiri mana-mana kursus solekan secara rasmi. Harapan aku, suatu hari, aku nak menambahkan ilmu solekan aku dan make sure aku ada kelengkapan seloken yang serba lengkap dan bermutu untuk memastikan aku dapat beri yang TERBAIK untuk para pelanggan.

Insya allah, bila dah bergelar isteri, aku betul-betul nak jadikan bidang solekan ini sebagai side income utama aku. Yolah, sekarang ni, aku focus kat nyanyian sahaja. Takkan bila dah kahwin nanti aku duk gedik nyanyi depan orang lagi. Itulah harapan dan niat aku. Semoga segalanya yang didoakan akan dirahmatiNya.


ps/ duk gaduh mekap orang...nanti aku kahwin sapa nak mekap?

6.8.08

Anak menakan baru!!


Aku ada 4 anak menakan. Menakan dalam loghat Penang means anak saudara.

Anak menakan aku yang paling tua nama Amirul Farhan. Anak sulong kakak kedua aku. Panggil AN. 11 tahun dan sungguh gemuk. Pencetus gelaran MOK untuk aku yang menjadi ikutan anak-anak buah lain. Dia memiliki badan yang gemok dan cuping telinga yang tebal macam aku. Dia tak suka matematik. Pandai bersembang dan mempunyai tahap pemikiran yang sungguh matang berbanding rakan seusia.


Anak sulong kepada abang kandung aku, Budie ialah Hanna Mashita. Panggil Hanna. Istimewanya nama ini adalah nama ini diberikan oleh aku menerusi cabutan undi. hahaha. That's another story. 6 tahun. Sungguh manja sekali. Tapi sangat bijak. Orang tua kata terang hati. Dia buleh membaca, menulis dalam bahasa Inggeris dan Melayu dengan baik. Dia suka bertanya soalan-soalan yang sungguh pelik seperti "Pasaipa bau keras?" dan "Pasaipa radio ni suka bercakap?". Dia adalah satu-satunya dalam ahli keluarga aku yang membantah perhubungan aku dengan bf aku, Shahril. DIA TAK BAGI AKU KAHWIN!!


Adik kepada Hanna Mashita ialah, Hanna Maisara. Kami panggil dia Sarra atau kadang-kadang SERAI. Tak tau kenapa. Mata dia sungguh besar berbanding tubuhnya yang kecil. Walaupun masih belum fasih bercakap, tapi dari bahasa ringkasnya, dia seorang yang GARANG and FIERCE. Tidak suka dicium dan dipeluk. Suka bergaya dengan cermin mata, sepit rambut dan pakaian yang ala-ala VOUGE.

Here comes the MOMMY's BOY. Anak sulong kakak sulong aku. Adam bin Johari. Mempunyai ciri-ciri bakal PLAYBOY yang masyur di Shah Alam. Sunguh FUNNY dan MANGKAK. Pandai bergurau dan mengguraukan orang. Mempunyai tahap belas kasihan yang tinggi. Hero kebanggaan beliau ialah OPTIMUS PRIME.


Dan ANAK MENAKAN TERBARU keluaran Muhammad Budie Samsudin, yang merupakan waris ketiga keturunan Samsudin Abdullah, cucu lelaki pertama dari anak lelaki bapak aku, terimalah..............

** nama belum ditentukan lagi semasa saya menulis blog ini. Sekian, terima kasih.

Malam yang penuh tragis!!

Hari Khamis yang sungguh memenatkan. Aku pulang ke rumah seperti kebiasaannya. Berehat dan mengambil masa-masa yang indah untuk mandi. Tiba-tiba Shahril (BF saya) SMS aku untuk bertanya tentang rantai emas Zhulian yang dia tinggalkan pada aku. Adakah aku telah bawa rantai itu untuk dicelop. Aku balas belum lagi.

Jam menunjukkan pukul 11.45 malam. Aku pun dah siap nak masuk tidur. Hati terdetik untuk periksa kotak barang kemas aku yang aku letak pada meja hias di tepi katil. Sunnguh CUWAK bila aku sedari kotak barang kemas itu tiada di tempat yang aku letakkan. Lebih mencuwakkan apabila aku tanya Sue, adik aku, dia cakap dia tak ambil.

Lantas aku telefon mak. Mak pun cakap dia tak datang ke rumah kami, apatah lagi ambil kotak barang kemas aku.

Tiba-tiba Leya, teman serumah kami, memanggil aku dari luar, dia suruh aku tengok pintu atas rumah kami yang jarang kami gunakan, kecuali pada hari raya. Pintu itu tidak berkunci dan tidak tertutup rapat. Dengan ini sahlah bahawa rumah aku telah diceroboh masuk.

Aku terus masuk semula ke bilik dan mencari kamera CANON 460 warna silver kepunyaan ku yang aku simpan dalam beg denim kecil. Namun, aku tiada lagi kelihatan. Kaki aku terus lembik. Aku terus terlentok di tepi katil. Memang sah pencuri telah masuk ke bilik aku dan telah mengambil barangan yang berharga dan senang dia sembunyikan dan bawa lari.

Aku terus telefon mak dan abang Budie.

Around 1am, aku telah pergi membuat laporan di Balai Polis Kg. Baru.

Setelah laporan di keluarkan. Aku perlu bawa laporan ke Balai Polis Bandar Baru Air Itam untuk berjumpa dengan Inspektor yang bernama Ins. Zulfazli.

Sekali lagi laporan aku diteliti. Lebih banyak soalan yang dikemukakan. Antara barangan yang telah hilang adalah :



  1. Rantai leher emas dan kalung jes


  2. Gelang tangan emas


  3. Sepasang subang emas dan batu jed


  4. Dua pasang cincin emas


  5. lain-lain barang kemas adalah emas Zhulian


  6. Camera Canon




















Dalam gambar ini kelihatan adalah gambar aku memakai rantai leher emas dengan loket jed yang telah hilang.

Ini pula gambar aku dengan kamera kesayangan aku!!

Kesemua kehilangan yang dilaporakan mencecah RM3000.00


Pagi itu juga, tiga pegawai polis telah datang ke rumah untuk mengambil bukti-bukti kejadian. Bilik aku dimasuki oleh pegawai-pegawai tersebut. Gambar dan cat jari telah diambil. Kata mereka, kerja ini dibuat oleh MAT PIT. Dia hanya ambil barang yang mudah dia bawa lari dan sembunyikan.
Selepas selesai segala prosedur laporan. Pegawai pun beredar. Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih pada pihak polis yang telah datang ke rumah. Abang Budie pun mohon mengundurkan diri. Bapak dan mak aku pun terus mahu sahaja pulang, kerana by 4 am mereka dah nak keluar beli ikan untuk meniaga kantin sekolah. Zam (BF adik aku) pun yang datang menjenguk, tanya aku nak makan ka tak? Sebab dia tau aku lapar dari tadi.
Mulanya aku memang nak makan sangat. Sebab lapar sangat. Tapi lepas polis dah balik, aku call Shahril. Aku menangis tersedu sedu kat cinta hati aku tu, at last aku cakap kat Zam takpala...aku tak jadi nak pi makan.
Zam pun mengundur diri.

Kami semua bersiap untuk tidur. Semua pintu rumah kami periksa dua tiga kali to make sure semua berkunci dengan betul. Kami semua ketakutan. Membayangkan rumah ini telah dimasuki pencuri semasa ketiadaan kami.
Tiba-tiba baru lima minit aku letak kepala di atas katil, tiba-tiba Sue menerima satu panggilan menyatakan ZAM telah mengalami kemalangan jalan raya di depan Sekolah Menengah Convent Green Lane.
Alangkah terkejutnya kami mendengar berita itu. Apatah lagi aku, yang terus dihimpit rasa bersalah kerana aku telah membatalkan niat untuk keluar makan bersama-sama.
Aku, Sue dan Leya terus ke wad kecemasan Hospital Besar Pulau Pinang.
Zam telah dilanggar oleh kereta dari arah belakang. Tayar kereta itu telah pecah dan kehilangan kawalan. Seluar Zam koyak, muka bengkak, tulang pergelangan tangan kanan retak. Dia dimasukkan ke wad sakit. Sue perlu jaga dia di wad, aku dan Leya akhirnya tertidur di dalam kereta di ruang legar parkir hospital.
Kami pulang ke rumah lebih kurang jam 6.30 pagi apabila digerak oleh adik lelaki Zam yang datang ke kereta kami.

Esoknya, 1 Ogos 2008 aku dah flat sangat. Aku SMS dengan semua boss aku bahawa aku dah tak larat nak pergi kerja lagi. Aku masih sedih dan terkejut. Keadaan diri aku tak stabil.

Aku takkan lupakan malam itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE