1.9.08

Pesta Chowek sempena Hari Kemerdekaan ke 51!!

Tarikh : 31 Ogos 2008
Masa : 12.30 pm
Tempat : Jumie's Palace, Air Itam

Seronoknya yang tidak terhingga apabila cik Nonie telah bersemangat menelefon beberapa hari yang sebelumnya untuk menganjurkan Pesta Chowek yang merupakan makanan ruji kami ketika zaman BLAH sekolah dahulu. Walaupun serba ringkas namun, kehadiran dua orang insan ini ke istana aku sungguhlah bermakna dan menyeronokkan. (Walaupun hakikatnya dijangkakan seramai 7 orang yang akan datang. HAHAHAHAHAHA).

Kalau hampa tak tau what is CHOWEK. CHOWEK adalah sambal belacan orang jawa. Ingredientnya ialah semata-mata cili padi, bawang kecil, dan ikan kering masin yang digoreng dan ditumbuk bersama hingga lumat. Makan bersama nasik panas beserta sedikit pokok bunga. HAHAHAH....Pokok bunga adalah nama lain untuk ulam-ulaman.
Selepas makan chowek, kami telah berkaraoke dengan microphone istimewa yang dibalut dengan kain tudung kepala. Dan seterusnya kami dihiburkan dengan tarian belly dancing yang diselit dengan aksi beruang kutub yang menggembirakan.

Namun sayangnya, tak semua gambar-gambar sepanjang pesta ini adalah diHARAMkan demi kesejahteraan semua.

Sekian dulu. Hope pasni bolehla buat PESTA CHOWEK lagi.

4 comments:

  1. hehe...mcm2 term plak...dah bertambah vocab aku secara tiba2...hehe...neway sebelum ni perkataan chowek tu sendiri aku tak penah dengar...hihi...jahil betul aku...

    aku suke betul ayat aksi beruang kutub yg menggembirakan tu...hehe...cam cute je bunyinye...heh!!

    ReplyDelete
  2. hahahaha..disinilah tapak terjadinya tragedi lekat tulang ikan masin yang diperkenalkan dgn rasminya oleh aku..walaubagaimanapun,tarian beruang itu adalah part yang paling menakjubkan yang penah ku alami selama aku bercanda di muka bumi ini.

    ReplyDelete
  3. wei sikitnye gmbq
    aku mai lambat tak dikira penyertaan ka ;P

    ReplyDelete
  4. Hang tidak dikira kerana lambat dan hang tak bagi pun gambar dalam camera hang kat aku!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...