19.8.08

Hikayat Mak Andam II - Majlis Pertunangan Fara Azmi 170808 @ Kulim

Last week bertarikh pada 17 Ogos 2008, aku telah mengorbankan tidur pagi ku menuju ke Kulim seawal 9.01 pagi kerana pagi ini adalah hari bersejarah seorang kawan dari USM yang minta aku solekkan untuk majlis pertunangan beliau.










Sedang memakaikan eye
shadow!!





Nasib baiklah aku telah berniat untuk keluar awal dari rumah untuk menuju ke Kulim. Selalunya aku memerlukan 2 jam untuk solekan. Kak Fara kata rombongan datang jam 1pm, so kalau macam pukul 11 buleh start mekap. Kalau drive pukul 9.01 by 9.45 dah buleh sampai Kulim dah. Aku dan Dorie ku akan bergerak pantas mengikut had laju yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia!!



Seawal jam 9.20 aku dah melepasi exit Kubang Semang. TIBA TIBA!! Aik...awat jem teruk ni. Dari kejauhan aku dah nampak deretan kereta yang tidak bergerak memenuhi ketiga-tiga lane menuju ke utara. Semua kereta besar-besar pula tu. Semua yang tinted cermin ni. Pastu yang pastinya dalam tu semua Dato-Dato la.



Aku teruskan juga perjalananan dengan penuh kesabaran sampai exit Penanti baru aku dapat jawapan. Kehebohan ini semua lantas dari hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh antara Pas BN and PKR.



Muahahaha...



By 1030 am FINALLY aku sampai ke rumah Kak Fara yang terletak di tengah-tengah sawah. Aku dijamukan dulu dengan nasik lauk kampung. Pergh...sedapnya sampai harini aku teringat. Giler hang. Aku siap tambah lagi. Kari ikan, ikan bilis goreng sambal dengan ubi kentang, petai rebus, ayam masak rendang merah, dahhh....dahh..Jumie!! STOP IT!!









Selepas selesai makan, kami pun mula bersolek. Kak Fara mempunyai sepasang mata yang kecik dan sepet macam amoi. Bentuk wajah bujur sireh. Bulu kening lebat tapi jarang. Dia kata dia tak kisah nak kemaskan kening beliau atau tak. But i prefer not to, sebab nanti nak mekap nikah takder seri plaks. Bibir beliau pun sederhana mugil. Disebabkan beliau akan pakai warna hijau maka saya pun akan menggunakan warna hijau lembut untuk mata dan warna lipstick yang berona lembut.









Mula-mula kami pakaikan warna pink matelic, hahaha..nampak macam penari STM plak. So saya tukar boh warna rona jingga. Oren muda gitu-gitu...



Akhirnya, habis mekap. Kami pun bergambar-gambar dan bergumbira di dalam bilik sementara menunggu rombongan lelaki sampai.









Sekian saja laporan saya untuk minggu ini.









Semoga semua bergumbira menatap gambar-gambar yang sempat dirakamkan ketika majlis pertunangan Fara Azmi.









Sekali lagi, selamat bertunang Kak Fara. Semoga ikatan yang murni ini akan membawa berkat hingga kita bertemu di majlis pernikahan plak!!



ps/ Itu pun kalau she still wants me as tukang mekap la! AHAkS!! I love u.



Untuk lebih banyak gambar, sila layari laman Friendster saya ( Siapa yang ada link account dengan saya sahaja boleh tengok). http://www.friendster.com/viewphotos.php?a=197826381&uid=6546845


Untuk tempahan mekap, sila email kepada saya jumie_samsudin@yahoo.com untuk mendapatkan quotation harga dan sebagainya.

11 comments:

  1. wallawehhh...cam artis...seb baik la aku tader kat situ...kalo tak...dah slambe gi mintak otograf dah...haha!!

    ReplyDelete
  2. Bendahari USM la En Kema oi....haha Aslinawati, hang kan pernah amik otograf aku...tulis dalam buku biodata hang. Hang simpan lagi tak!

    ReplyDelete
  3. mugil tu apa weh??? hahahah cayala!!! mata sepet dibesarkan!! mekap la mata sepet ku!! sure hang sronok!!! hahahah

    ReplyDelete
  4. mugil tu seksi laaa.....hahhahhaha...nanti aku mekap mata hang jadi macam Bjork!!

    ReplyDelete
  5. lawanya mekap..bestnya..tatau pun ader wat part time ambik mekap..best best ni!

    ReplyDelete
  6. bukan otograf hang la jumie...haha!! bersepah2 dah otograf hang aku simpan...tak cukup kat buku biodata aku...blakang majalah skolah pun hang nak sign jugak...ehehe...

    aku nak amik otograf org yg bertunang tuh...sebab nampak cam artis...aku tangkap gamba kat sebelah dier pun sape yg tau dier bukan artis...sebab nampak cam marvellous sangat...haha!!

    ReplyDelete
  7. jhuahuahuaha..sampai ati ko budak tak cukup vitamin!!

    ReplyDelete
  8. haik? ang pun cakap aku tak cukup vitamin jugak ke? ermm...harus aku kene blaja makan vitamin lepas nih...agagagaga!!

    ReplyDelete
  9. cantik sgt mekap.sesuai untuk majlis.bp harga pakej mekap.

    ReplyDelete
  10. Hai azimah, pleae click kat sini untuk tau lebih banyak about my make up :) http://makeup-by-jumie.blogspot.com/

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...