13.9.08

20 Erti Seorang Sahabat Bagi Aku

  1. Tak berkira pasai duit. Setakat seringgit dua tu, halalkan saja la.

  2. Merasa rindu-rinduan walaupun seminggu tak jumpa.
  3. Tak heran kalau diherdik di perli dan dikutuk kau-kau. Asmaa suka memperli aku dengan kusyuknya.

  4. Sanggup mendengar kisah anda dan boifreng walaupun citer itu adalah ulangan 30 minit yang lepas. Ini adalah suatu kelebihan pada Jumie Samsudin yang suka membuat siaran ulangan.
  5. Sanggup menjadikan rumah sendiri sebagai pusat tumpangan seperti mangsa banjir bagi mengelakkan bapa mereka mencari dan menelefon setiap 18 minit untuk mengecheck di mana anak mereka berada sewaktu cuti semester.
  6. Tak kisah mengeSHARE barang mekap. Walaupun kadang-kadang barang mekap kita TERCURI oleh mereka.
  7. Sanggup memarah kawan itu kalau kawan itu membuat salah dan sedang menangis dalam kekesalan. HAHAHAHA...pastu dah kesian baru pujuk. Bagi dia sakit dulu. Manusia learn more from KEPERITAN.

  8. Mengadakan hubungan yang baik dengan BF anda walaupun terkadang terpaksa tipu BF anda yang anda sedang berada dengan beliau.
  9. Ibu anda adalah ibu beliau juga.

  10. Mengutuk yang kentut anda sangatla busuk dan membenci tabiat anda itu.
  11. Sanggup share credit telefon sewaktu credit kita dah habis.
  12. Sudi mengkomen picture-picture anda di FACEBOOK and Friendster untuk menunjukkan bahawa page anda adalah POPULAR.
  13. Tidak sampai hati melihat sesama rakan bermasam muka dan tak bertegur sapa dan menvolunteerkan diri untuk menjadi orang tengah dan menyatukan semua.

  14. Sanggup mendengar TERIAKAN anda dalam telefon ketika menangis kerana ditinggalkan KEKASIH GELAP!!
  15. Memberi anda keyakinan dengan penampilan anda. Mengutamakan kelebihan anda dari membesarkan kekurangan anda yang minor itu.

  16. Yang sanggup berkorban demi menjaga maruah anda.
  17. Sudi memaafkan kesalahan rakan anda dari kesalahan paling besar seperti tersalah SMS hinggalah kepada kesalahan yang paling besar iaitu salah BF.
  18. Sanggup membuka kisah lama anda yang sangat la memalukan demi membuatkan anda tersenyum bara depan BF anda sendiri.
  19. Sanggup menghabiskan makanan anda yang tak habis. Walaupun anda telah kenyang nak mampus.
  20. Yang sentiasa bersama anda suka dan duka. (This one is classic)


2 comments:

  1. weii aku tak pernah kata papa pasal kentut hang ahhh
    gambar gadis cyclops kegemaran saya!!

    ReplyDelete
  2. yang no 20 tu mmg syahdu je aku dgr.. sob sob

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...