4.9.08

Aku, USM and APEX

Selamat pagi Khamis.

Hari ini berita gembira untuk USM yang dapat APEX title semalam 3/9/2008. Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi daripada segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepemimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Hopefully adalah habuan untuk kami rakyat jelata di Universiti Sains Malaysia, yang bekerja untuk kesejahteraan semua.

Gaji mau naik...kerja pun mau tambah la adik!! Usaha tangga kejayaan. Jangan berkira sangat bab kerja! Semangat kena muda selalu. Jangan pikir dah nak pencen, boleh buat semborono sahaja!

Aku ni dijangka PENCEN pada 29/3/2041 pada usia 56 tahun! Kuang Kuang Kuang....mampu kah aku bertahan?

APEX atau tidak. Kerja mau jalan.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...