23.9.08

Perkara yang Menyakitkan Hati

Berikut adalah beberapa perkara yang menyakitkan hati aku. Mungkin anda juga mempunyai persamaan dengan aku. Lelaki atau perempuan, we are all only human being.
Pagi di tasik UPM. Sewaktu aku berjogging dalam dusun UPM.
Masa ini aku berkampung di sana sempena Sukan Wanita Kebangsaan.


  1. Diganggu gugat ketika tidur.
    Saya memang sangat tidak dapat menahan kalau orang kacau saya tidur. Gangguan seperti panggilan telefon yang berdering, mak aku yang suka pasang radio KLASIK NASIONAL kuat-kuat, adalah antara gangguan yang boleh mengganggu gugat ketiduran aku.

    Pengalaman paling sadis, aku pernah gaduh dengan kawan seminggu sebab dia ganggu aku tidor. Tapi tu salah aku la, dia gerak aku sebab nak ngadu handphone dia hilang.
    Tapi aku ngamuk sebab dia ganggu aku tidor. Sungguh kejam aku ni.



Permandangan ini ketika aku sedang rehearsal untuk nyanyi di Pulau
Jerejak. Kelihatan ialah kepala microphone aku.

2. "Aku ada benda nak bagitau....tapi, takpala....nanti aku cita! Not now"
Kalau tak ready nak citer sekarang, tak payah nak bagi hint. Boifreng aku suka buat macam ni.
Macam yakpur sere!


Petang di Batu Feringghi, depan dengan Spice Garden.
3. Pointing out kekurangan diri
Aku tak suka orang yang suka point out kekurangan diri sendiri sehingga mengabaikan kelebihan yang ada pada diri sendiri. Sesungguhnya kita semua ada kekurangan,
tapi sepatutnya kita harus focus pada kelebihan diri sendiri to overcome our kelemahan. Bukan pening dan sedih dengan kekurangan diri sendiri.


Ini pula aku rakam ketika sedang menunggu boat sampai di Jeti Pulau
Jerejak.

4. Fasha Sandha berlakon baik. HAHAHHA...Please!
Aku mungkin tidak mengenali beliau, namun naluri aku kuat berkata. I DONT LIKE HER. Dan mendengar kisah-kisah poyo beliau merampas dan mengganggu gugat cinta sana sini, aku tak tahu siapa benar. Tapi tak perlu la nak berlakon jadi best.
Aku suka dia berlakon jadi VILLAIN macam dalam citer yang dia berlakon bagi makan nasik kangkang kat suami dia tu. Pergh...yang tu aku suka sangat. Tapi nak buat macam mana, itulah PELAKON. Dah nama pun PELAKON.


Senja di Putrajaya. Aku ambil ketika aku melawat Masjid Putrajaya.
5. Orang yang buat salah berulang-ulang
Sebagai manusia waras. Kita tak lari dari kesalahan.
Tapi apa yang membezakan kita dengan binatang ialah, bila manusia buat salah. Dia ingat apa salah dia buat. Dan dia akan berusaha sebaik mungkin untuk make sure dia tak buat salah yang sama berulang kali. Inilah pesan yang aku ingat hari-hari dalam hidup aku.


Meja di Mambo. Glows in the dark.
6. Suka bercakap tentang diri sendiri
Orang macam ni memang menyakitkan hati aku ja. Kalau bercerita....dia cerita tentang dia ja. Dia macam ni. Dia macam tu. Dia tau ni. Dia pernah buat tu.
Macam dunia ni berputas sekeliling dia ja. PERLULAH!!

    Ketika naik boat menuju ke Pulau Jerejak.
    7. Bercerita terlalu detail tentang kisah peribadi sendiri dalam Internet Ini macam diri aku sendiri jugak la! HAHAHHA...but i couldnt help it. Ampa nak baca baca laa...kalau meluat tak payah la baca k! 8. Pretencious Orang macam ni aku nak sakit hati pun ya, tapi macam sedih pun ya. Perkataan yang lebih tepat, PATHETIC. Mereka sanggup berpura-pura gembira, like nothing happens, sedangkan the whole world tahu what's happening. Mereka berlaku begini kerana ego, takut buat salah, dan tidak mahu dikasihani. Aku setiap hari mencuba setiap hari untuk tidak berbuat begini. Mengaku kesalahan diri, tebus kesalahan tersebut dan learn from it adalah yang TERBAIK. 9. Gila jenama Aku bukan anak orang kaya duit. Bapak aku kaya dengan lawak jenaka, lawak slumber dan lawak cute. Mak aku pula kaya dengan semangat, budi bahasa dan nasihat yang sunguh berharga. Aku tak pernah diajar untuk cintakan JENAMA pakaian. Yolah...dah tak mampu kan? So sekarang ni pun, bila dah kerja, ada duit sendiri pun. Aku masih tak mampu nak beli barang-barang jenama ni. Kalau mampu pun, mungkin aku tak begitu berminat nak jahanamkan semua duit aku untuk barang jenama. Sikit-sikit buleh la seperti beg Louis Vuitton. HUHUHU Tapi aku sangatla tak tahan kalau orang yang gila jenama ni bercakap tentang jenama dia saja. Macam jeles laaaaa...............................panas ati NOK! 10. Student bertanya "Kak Jumie sibuk tak?" Tak perlu la tanya aku sibuk ke tak? Tanya la aku apa khabar? Dah makan ke belum? Kak Jumie cantik la hari ni. Atau...Kak Jumie, I LOVE U. (Pesanan ini khas untuk student-student School of Social Sciences USM yang bertandang ke meja aku di office). HAHAHAHA 11. BIG TALK Dalam bahasa ibunda, ialah CAKAP BESAR. Huuh...malas la nak elaborate panjang-panjang.

      Pelangi petang. Masa tengah drive dari Ipoh - Penang.
    12. Obses dengan kecantikan luaran (kulit, berat badan, rambut, kuku dan lain-lain)

    Aku bukan wanita tercantik di USM apatah lagi Penang ni apatah lagi Malaysia ini apatah lagi DUNIA ini. Rambut aku kering dan berkelemumur, selalu kembang dan kelihatan frizzy. Kulit aku banyak bekas jerawat dan parut-parut. Kuku aku tak cantik. Bulat-bulat dan kecik-kecik. Mata aku sepet, kalau aku tak pakai mekap mata aku lagi la kesepetan. Berat badan aku jugak bukanla sesuatu yang boleh dibanggakan.

    Aku tau kelemahan diri ini. So ampa semua tak payahla telefon aku diwaktu pagi semata-mata nak kongsi produk kecantikan baru yang mungkin sesuai untuk cantikkan rambut aku, jerawat aku, kuku aku dan BERAT BADAN aku.

    Mungkin sesetengah orang OK about it. Tapi tidak Jumie Samsudin.

    "Bila aku tau pasai produk ni, aku duk terigat sapa lagi yang KULIT MUKA TERUK. Aku terus call hang!!" PERLU KE CAKAP MACAM TU?

    13. Pemarah
    Ini aku nak sakita ati dengan diri aku sendiri la kerana aku sangatla pemarah. Kadang-kadang for no reason aku akan naik bengang dan maki orang tak tentu pasal. Tapi the good things. Aku cepat cool off dan orang yang kena marah tu tau yang aku tak suka tentang benda tu. Dan orang tu takkan PROVOKE aku lagi.

    14. Drama politik
    Citer Anwar Ibrahim, Najib, Mahathir, semua ni...adehs...memeningkan kepala aku.



    Kelihatan dua orang duyung bernama Rusdi Redza dan
    Nurul Carrey.




    15. SKENDEL
    Paling aku benci sekali dalam semua benda!! SKENDEL!! Contoh abang bercinta dengan adik ipar sendiri, suami yang curang dengan rakan sepejabat, isteri yang kuar pintu belakang. Aku tau loves is blind. Tapi loves jugak comes with tanggungjawab. Mana penting lagi?

    Itulah sahaja nukilan hari ini. Banyak sangat benda yang menyakitkan hati aku. Mungkin ada antara dalam list ni menyentuh perasaan anda kerana ampa jugak berasa begitu. Be true to yourself. And the whole world becomes a better place to live.

    ps/ .....enaf said

    6 comments:

    1. aku komen lagik... =p

      aku mmg sokong no 4 tuh...aku pun anti ngan fasha sandha...bajet baik laaa~~ wahaha!!

      juge aku sangat tak bleh blah ngan no 14...mcm la dalam malaysia ni cume ader dorang je...adeihhh...bosan siott~~ boleh tak kalo satu hari dalam surat khabar/berita tader citer pasal dorang?

      ReplyDelete
    2. ya Allah tolong la encik jumie , mai KL tak habaq aku!!

      ReplyDelete
    3. Perlu la...aku pi KL nak kena bagitau semua orang. Pak la, Khairi Jamaluddin, M Nasir, Fazura semua duk ajak aku lepak. Aku pun tak contact depa semua....

      ReplyDelete
    4. aku sokong no. 4!!! aku pun x suka kat dia! :P

      ReplyDelete

    Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...