30.10.08

Jangan masak sambil bermain internet!

Dapur ku di kala normal! Bersama chef de la hoya dari Jalan P Ramlee, Caunter Hall!!


Pada suatu petang yang sunyi.
Adik aku sedang menonton TV.
Aku sedang bermain internet.

Adik aku lapar burger. Beliau mengeluarkan daging burger dan letak di tepi dapur. Membiarkan daging itu deforst sebelum di goreng. Beliau kembali ke posisi menonton TV.
Aku sedang bermain internet. Aku ke dapur. Dan melihat niat adik ku hendak memakan burger. Aku pun berniat untuk membantu. Lantas aku panaskan minyak masak. Dan kembali ke kedudukan di depan PC.

15 minit kemudian!!!


DAPUR KAMI BERCAHAYA!! API TELAH MARAK. MINYAK MASAK YANG AKU PANASKAN TADI TELAH TERLALU PANAS DAN MENGELUARKAN API. AKU DAN ADIK MENJERIT. API! API!


AKU MENGAMBIL PENYAPU SINTETIK. TETAPI PENYAPU ITU TERBAKAR SEDIKIT.


AKHIRNYA, DALAM KEADAAN GABRA. AKU MEMBALING AIR KE ARAH DAPUR.
API LEBIH MARAK!! HINGGA KE BUMBUNG!!




YA ALLAH.....SELAMATKAN LAH RUMAH KAMI INI. KALAU RUMAH INI TERBAKAR KAT MANA KAMI NAK BERHARI RAYA!!
SELEPAS API ITU MARAK, API ITU PUN STOP!



Kuali kegemaran kami yang akhirnya hitam!! Dan terpaksa di buang. Burger yang hangus sebelum sempat di bakar. Plastik burger yang mengerekot!! Percikan minyak!!


Tempat menggantung kuali diperbuat daripada plastik juga turut melted!

Dinding siling yang disambar api!!

Pengajaran untuk hari ini : Jangan masak sambil bermain internet!!

7 comments:

  1. gila lah... perempuan moden namanya, sambil memasak main internet..

    dulu2 orang tua cakap jgn menyanyi di dapur...

    ReplyDelete
  2. Muahahaha.....tu ar wehs...peribahasa baru ni.

    ps/ Aku terasa macam Beyonce plaks kerana telah memperkenalkan frasa BOOTYLICOUS sampai masuk dalam kamus!

    ReplyDelete
  3. suspen masa zul baca entry jumie nih.. berdebar2.. berpeluh2 kaki.. uish.. len kali kene pasang pc tuh sebelah dapur..sebelah tangan pegang sudip.. sebelah lg menaip..

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Lawaknyer... nasib baik tak terbakjar terus, kan?

    ReplyDelete
  5. wei.. mesti endi taktau cite ni kan.. kalo tak mesti hang kena marah

    ReplyDelete
  6. haaa..tulah...macammana hang tau. Aku tak pernah cita kat dia. Gila aku nanti mati kena cerai nanti.

    ReplyDelete
  7. ahaha ble kejadian neh berlaku?
    Gle tragis ahah

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...