20.10.08

Vegetarian Food To Try

Pernahkah anda pergi makan di gerai jualan makanan sayuran (vegetarian food) ketika musim perayaan agama Buddha dimana penganut agama berkenaan akan hanya makan sayur untuk beberapa tempoh yang berkenaan. Seperti berpuasa, segala makanan perlukah diperbuat khas dari sayur-sayuran.

Di fahamkan, gerai-gerai penjualan ini bukan sahaja perlu menggunakan bahan sayuran malah alat-alatan memasak juga perlulah alatan khas yang digunakan hanya untuk memasak bahan sayuran sahaja. Ini bermakna, bila habis tempoh perayaan ini, mereka akan menyimpan alat-alatan ini sehingga tibanya musim perayaan tahun hadapan.




Char Hor Fun yang sungguh sedap. Yang anda nampak macam ikan masin tu bukan ya! Itu sayur!!


Ini pula kuih muih yang diperbuat dari sayur-sayuran. Karipap pun intinya diperbuat daripada ini istimewa yang lebih manis.

Setiap kali tiba musim perayaan ini, anda dapat lihat dimana-mana gerai makanan sayuran di kiri dan kanan jalan dengan banner dan hiasan warna kuning. Bagi mereka yang tak sempat untuk masak di rumah, mereka akan berkunjung di gerai-gerai tersebut.

Tahun ini, aku mengikut geng Airene, Ey Wen and Danesh pergi makan vege food di Taman Lip Sip. Aku sungguh teruja dan seronot sebab ini kali pertama aku akan cuba makan vege food. Bukan tak pernah makan. Tapi ini first time mai makan vege food yang diorang buat khas untuk tujuan perayaan tu.



Danesh Chandran. Seorang vegetarian sejak azali. Tapi beliau berazam untuk menamatkan kehidupan sebagai vegetarian kelak apabila tiba masanya. HAHAHAHHA




Chan Airene. Budak ini asal Teluk Intan. Sangat kuat makan. Seronot keluar makan bersama beliau.

Ey Wen (tak tau la ejaan nama ni betul ke tak?!! Selalunya salah eja nama minah ni). Beliau mengatakan vege food kat Penang lagi best dari hometown beliau iaitu di BM.


So kami order Wan Tan Mee, Char Hor Fan, nasi dan lauk pauk sayuran, popia, muar chee dan kuih kuih dari keladi dan ubi.



Nasik dan lauk kambing!! Tapi daging kambing itu diproses dari sayur sayuran!!


Sungguh sedap makanan yang ada. Pengalaman ini tak akan aku lupakan dan pastinya akan menjadi acara tahunan dalam kalendar hidup ku.

BESTNYA JADI ORANG MALAYSIA!!

2 comments:

  1. yor..hang ni..apasal letak muka i yang hodoh tu.. macam org tgh "menterdarah"...jatuhlah saham i..issshh isshhh...sotong ni... =.='''

    ReplyDelete
  2. akhirnya u pi makan vegetarian food juga. sedapkan? kita p makan sama tahun depan.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...