28.11.08

Awatlah muka Ella macam ni?

Kalau tak Botox...tak tau la apa lagi?

Memang menjadi amalan dan kemestian bagi setiap artist tampil cun dan sentiasa malatop. BOTOX ni dah cliche la dalam rejimen penjagaan kulit mereka.

Seperti Khir Toyo dan juga Felix AF, Ella recent photo has shown that she's completely dah tak original dan tak berapa nak chantek sangat.

ELLA RECENT PHOTO - Takutla tengok muka dia lama-lama!!



ELLA TAHUN 1989 - Masa tu Cik Jumie Samsudin baru 4 tahun! Takutnya tengok kening Ella time ni. Ulat gonggok ke? Ulat sutera tu? Pakai baju nampak perut siot!!


27.11.08

Kebaya Cik Jumie Samsudin yang cantik


Ramai yang puji kata baju kebaya saya ini sungguh cantik. Terima kasih.

Baju ini saya tempah kebetulan untuk menghadiri kenduri kahwin Ikin dan Ejad.

Kepada anda yang berminat untuk menyewa, boleh hubungi saya secepat mungkin. Nanti saya email quotation.

Notes : Klaus menyewa hanyalah gurauan semata-mata melainkan anda mempunyai kapasiti payu dara yang seumpama saya. Sekian, terima kasih.

Ultraman Zumi dan Ultraman Zohra

Untuk mengetahui cerita lebih lanjut mengenai ultramen-ultramen ini...sila click pada gambar di atas.



ps/ Kenangan di West Wing kekal abadi!!

26.11.08

Koleksi teka teki - Siri Satu

Mulai hari ini, aku nak menjadi mengumpul koleksi teka teki yang paling hebat.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?
Jawapan: Ikan Haruan ... pasal dia sentiasa terharu.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa suka tipu org?
Jawapan: Ikan goreng ... kalau dah kena goreng, kekadang sampai hangit.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa tak tahu malu?
Jawapan: Ikan Sardin ... sebab buat muka sardin je memanjang.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?
Jawapan: Ikan Kering ... sebab poket selalu kering.

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling havoc?
Jawapan: Pati Ikan haruan Polleney ... pasal dia asik pegi pati (Party).

Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa sambut Thaipusam?
Jawapan: Ikan paus (whale). Whale whale ... whale whale ... whale ... whale ...

Bomoh Cakera Alam Penipu

Pagi ini aku dapat email daripada sebuah laman gossip yang sangat sempoi kat Malaysia ini. Iaitu SyokKahwin.com.

So one of the revelaing story was about satu bomoh yang buleh kata sangat popular lah kat Malaysia ni. Dia ni pengamalkan ilmu bomoh-bomohan menggunakan kuasa elektrik. Aku pernah tengok dia dulu dalam HEBAT ASIA dalam TV3 masa aku sekolah rendah dulu.

Pakcik bomoh memang gila laa...tipu macam macam. Aku dulu tak tau la dia tipu. Tapi bila dah tengok video ni dalam YouTube..kih kih kih...Ya Rabbi ...mamat ni tipu sebenarnya.

Dulu dalam rancangan tu dia kata, dia la orang Melayu pertama yang diterima masuk belajar dalam shaolin temple. Dia belajar macam-macam ilmu.

Kalau anda semua rajin dan internet kat office tak kena blog. Please log on to YOUTUBE.COM and carik pasai MALAYSIAN HEALER EXPOSED!! - USTAZ ARIF CAKERA ALAM PENIPU!

Wakakakaka......

Jangan la menipu dengan memakai kopiah. Tak elok sangat la....

ps/ Sampai bila hang nak menipu. Tuhan sat ja akan tunjuk!

25.11.08

Jumie dapat 10 000

Kumis bapak ini macam kumis ardian! Ewah....

Pada suatu hari ketika membuat kerja di ofis, seorang student Indonesian yang sungguh ganteng bernama Ardian telah datang ke ofis aku dan membagi wang sejumlah 10 000 rupiah!!

Eee..kan best kalau RM10 000!! Macam-macam benda aku nak buat! Amik course profesional make-up. Up grade barang make up aku. Simpan sikit untuk kahwin.

Pergh....

Anyway, terima kasih Ardian!

Bapak Ardian sedang menyerahkan bantuan sebanyak 5000 rupiah kepada Ketua Social Worker, En. Jeganathan. hehehe

24.11.08

Pelan rumah customer mekap paling inesen

Pada hujung minggu yang lalu, aku telah mendapat seorang customer mekap yang juga merupakan class mate aku ketika di SGGS dahulu. Dua minggu sebelum majlis berlangsung, beliau telah mengemail pada aku plan ke rumah beliau. Aku tidak sempat menengoknya kecuali pada ketika pagi aku hendak ke rumah beliau.

Alangkah aku macam terharu melihat plan yang dilukis itu, merupakan lakaran menggunakan pen biru atas sekeping kertas, discan dan di email pada saya dalam bentuk JPEG.

Comel kan? Beliau juga telah melakar gambar aku dan DORIE pada plan tersebut. PLEASE CLICK ON THE PICTURE UNTUK LIHAT SIZE ASAL FILE INI.


Anyway, menggunakan technology Google Earth, aku telah merakam permandangan rumah Nadia dari satelit. Dan ternyata lukisan beliau memang nak dekat sama dengan permandangan dari langit. Sesungguhnya Nadia ni, mungkin ada keturunan kerajaan langit kut.


ps/ JOM KITA TANGKAP AYAH PIN!

21.11.08

Kena Tagg oleh - http://cik-ienn.blogspot.com/


  • Starting time: 1.05pm
  • Name: Jumie Samsudin
  • Sisters: 3
  • Brothers: 1
  • Shoe size: 8 or 9(Sama macam Cik Ienn)
  • Height: 161 cm
  • Where do u live: Kampung Baru, Ayer Itam
  • Have u ever been on a plane: Tak pernah.
  • Swam in the ocean: YES
  • Fallen asleep at school: YES
  • Broken someone's heart: Bapak saya. Dia bercita-cita nak tengok aku jadi pemain bola kebangsaan. Mana boleh.
  • Sat by the phone all night waiting for someone to call: Tak pernah lah.
  • Saved emails: I saved all emails.
  • What is your room like: Like the TUAN.
  • What's right beside u: Meja buat kerja.
  • What is the last thing u ate: Nasik + Ayam + Sambal Telok.
  • Ever had...Chicken pox: When i was 3.
  • Stiches: Not yet.
  • Broken nose: Never.
  • Do u believe in love at first sight: OH YES!!
  • Like picnics: YES!!
  • Who was/were... The last person u danced with: Beyonce.
  • Last made u smile: -Nur Hafiezah Mohd Noor Peah
  • Today did u...Talk to someone u like: Yes.
  • Kissed anyone: YES.
  • Get sick: Sleep disorder.
  • Miss someone:MY BOIFRENG!!! Lagi 4 hari nak jumpa!! [ikut pada tarikh hari ini]
  • Who do u really hate: ORANG KENCING BERTABOK!!
  • Do u like your hand-writting: NO. Shanaz gelakkannnya.
  • Are your toe nails painted: -NO!
  • Whose bed other that yours would u rather sleep in: I can sleep anywhere.
  • What color shirt are u wearing now: Baby blue
  • Are u a friendly person: VERY MUCH.
  • Do u have any pets: No
  • Do u sleep with the TV on: No
  • What are u doing right now: Biting my lips thinking for answers to all this tagged question.
  • Can u handle the truth: Not really good at it.
  • Are u closer to your mother or father: MOTHER
  • Do u eat healthy: NO. Because I live in Penang.
  • If u're having a bad day, who are u most likely to go to:My BOIFRENG!!
  • Are u loud or quiet most of the time: LOUD!
  • Are u confident: Yes
  • 5 things I was doing 10 years ago
    - Baru masuk St George Girl School
    - Seorang student yang sangat tertib di tingkatan satu
    - Not much
  • 5 things I would do if I were a billionaire:
    - Nak berhenti kerja USM
    - Nak suruh mak dan bapak berhenti berniaga!!
    - Invest money dalam Hollywood movies
    - Kahwin dengan Shahril Zakaria
    - Nak beli Beg LV kat semua kawan-kawan baik aku!! Kakak-kakak aku. Sepupu-sepupu aku!!
  • 5 of my bad habits
    - Pemarah yang tegar
    - kepala angin
    - Gigit kuku
    - suka naik angin
    - suka marah
  • 5 places I've lived/living
    - Kebun Lama
    - Sungai Pinang
    - Kuantan
    - Kg. Baru, Ayer Itam
  • I am tagging
    - Azura Jaapar
    - Aslinawati
    - Dr. Salfarina
    - Puan Norizah Ibrahim
    - Surianie Samsudin
Selamat menjawab.

Kena Tagg oleh - http://cuteaslina.blogspot.com/


Ini adalah tag yang sangat susah. Disampaikan oleh Cik Noraslinawati. Dia kena letak 7 orang. Tapi beliau letak 3 nama ja. Ikut sedap hati dia ja. Anyway..inilah cara-cara membuat tag ini.

*Here are the rules*


1. List these rules on your blog.
2. Share 7 facts about yourself on your blog.
3. Tell 6 unspectacular quirks of yours.
4. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
5. Link the person who tagged you.
6. Leave a comment for each blogger.

SHARE 7 FACTS ABOUT YOURSELF ON YOUR BLOG...
1. Saya seorang yang pemalu. HAHAHAHAH
2. Saya sangat pemarah, kepala angin dan GANGSTER!.
3. Saya amat dicemburui oleh adik saya Surianie Samsudin sebab saya lagi cantik dari beliau.
4. Saya buleh menaip dengan sangat laju!!
5. Saya adalah masalah untuk tidur dan bangun daripada tidur.
6. Saya suka warna TURQOISE.
7. Saya geli mancis.

TELL 4 UNSPECTACULAR QUIRKS ABOUT YOURSELF [ buat 4 dah la!!]
1. Saya cepat terasa hati kalau orang kata Jumie tak cantik. HAHAHAHA
2. Saya tak akan jawab panggilan telefon dari no yang tidak dikenali. SMS ok.
3. Saya naik marah kalau orang tu cakap macam ni "Aku tak buleh nak cakap kat hang benda ni, rahsia"
4. Saya amat lemah dengan Rojak Buah Gurney dan Chee Cheong Fan.
5. -
6. -

Sekian sahaja, oleh itu, orang-orang ini sila sambung tag ini.
- Azura Jaapar
- Aslinawati
- Dr. Salfarina
- Puan Norizah Ibrahim
- Surianie Samsudin

SEKIAN.

Mangsa Tag - http://ju-dzahir.blogspot.com/

Tag yang seterusnya datang dari seorang rakan pejabat, Penasihat DiRaja, kakak dan rakan sosial yang mendudukan diri beliau di tepi pejabat saya di PPSK.

Beliau telah mentag saya pagi ini, dan jawapan tagnyer adalah seperti berikut!

  • Sila tulis 10 perkara tentang orang yang diri saya ini. (Azura Jaapar)
  1. Seorang yang cool dan penyabar. Tidak melenting kalau berlaku sesuatu yang terkejut dalam diri beliau.
  2. Suka pada kucing dan binatang-binatang comel. Beliau merancang untuk bela arnab. Tapi saya macam tak sokong idea itu. Nanti ABU akan fight sampai arnab itu jadi GAY.
  3. Beliau suka membeli barang-barang mekap. TERJANGKIT DARI SAYA. Tapi beliau punya barang mekap semua lagi malatop!! M.A.C tau!!
  4. Beliau amat menyanyi SUAMI beliau iaitu ABANG ADD.
  5. Beliau selalu mengalami masalah personaliti kerana orang suka tercakap Cina dengan beliau tanpa usul periksa!! Oi...dia Melayu la.
  6. Beliau mempunyai seorang kerani yang pernah membintangi drama Tamil bernama abang Aziz.
  7. Kami membenci dan mensuka orang yang sama!!
  8. Beliau peminat kereta dan berangan-angan untuk meletakkan nama anak beliau iaitu Mohd. Racing. Apakah?
  9. Beliau tak tahan makan pedas. Tapi beliau suka makan Nasik Goreng Pedas keluaran saya.
  10. Beliau seorang penasihat DiRaja yang sangat berkaliber.

  • Sila tulis 10 perkara tentang diri saya sendiri. (Jumie Samsudin)
  1. Anak ke dari 5 adik beradik
  2. Pernah bercita-cita untuk menjadi seorang cikgu.
  3. Boifreng pertama saya bernama Fazli iaitu anak Pak Lebai di Masjid Acheh Kebun Lama. Ketika itu baru berusia 10 tahun.
  4. Mempunyai 3 blog. Jumie Samsudin, Personal Make Up by Jumie Samsudin dan Legasi Cinta Utara Selatan. Namun, blog Legasi Cinta Utara Selatan ini masih lagi dirahsiakan untuk tontonan umum. Akan dipaparkan dalam jemputan kad kahwin nanti. Insya allah. 4 tahun lagi. KAH KAH KAH.
  5. Geli dengan MANCIS.
  6. Pernah CRUSH dengan M Nasir.
  7. Pernah jadi pemain hoki Pulau Pinang pada usia 12 tahun. Wakil ke PAHANG oo...hahahha
  8. Memiliki sebuah motor scooter Elite 125, tapi di pakai oleh bapak saya.
  9. Saya dan Boifreng saya Shahril mempunyai nickname yang sama - MOK!
  10. I LOVE FOOD! obviyes sangat tengok body la!
Sila senaraikan 10 orang yang jadi MANGSA TAG yang seterusnya.
Cik Ienn
Dina Gombak
Faten Fazana Jamaluddin
Fazli Zainol
Apit U Olls
Noraslinawati SGGS
Norizah Ibrahim
Nor Farah Shaikh Omar
Surianie Samsudin
Tan Chin Chin

Sekian, selamat menjawab!!

20.11.08

Lipstick orang Iban


Pada suatu hari Dr Salfarina mengkata lipstick yang aku pakai [seperti gambar di atas] sama kaler macam lipstick yang orang Iban Sarawak pakai. Aku terasa macam sedih kerana lipstick itu baru aku belinya daripada AVON dengan mengorder pada Kak Emma di kampung sebelah.

Anyway, aku belajar benda baru dari Dr. Salfarina. Ia adalah buah macam rambutan. Picit letak kat bibir. Tak buleh makan. Nanti mabuk.


Insya Allah, selepas tamat pekerjaan sebagai Timbalan Dekan, Dr. Sal nak majukan tanaman ini secara komersial untuk dijual kepada kilang AVON.

19.11.08

Mizi Library sudah ada Bistro?



Ini kawan saya. Tarmizi Jaapar. Dia staff kat Library USM. Baru-baru ini dia telah email pada saya dua keping gambar yang menunjukkan beliau berdiri di depan sebuah restaurant bernama MIZI BISTRO!!

Dahsat sungguh beliau sekarang kerana telah memiliki sebuah bistro. TAHNIAH atas usaha gigih beliau. Nampaknya sekarang, semua jejaka di Kampung Dodol akan berhenti lepak di kawasan kubur Dato Keramat kerana sekarang mereka semua sudah ada MIZI BISTRO.

Kepada gadis-gadis yang ingin mengenali dengan lebih dekat lagi abang Tarmizi Jaapar ini, anda boleh mengADD beliau di laman Friendster yang menggunakan nama Amed Mizio.

Semoga beliau lebih berjaya di masa hadapan. CAYALAH!!

18.11.08

suprise yang menyedihkan


The best thing about working here, is about working with you. - Dr. Reevany Bustami


Pecal Lele - inilah gambarnya!

Sambungan daripada cerita PECAL LELE hari itu yang mendapat sambungan hangat. Inilah gambar pecal lele yang aku maksudkan!


YUMMY!

ps/ Dr. Sal...sabar k. Sabar.

Milik siapakah kaki ini?



Kasut ini mempunyai sejarahnya. Ketika bershopping bersama Boifreng di KLCC di minggu karnival membeli belah peringkat kebangsaan sempena hari kemerdekaan, aku berangan-angan dengan Boifreng aku untuk membeli 3 pasang kasut di VINCI.

Tetapi apabila melangkah masuk ke VINCI KLCC alangkah sangatlah pack dan menyesakkan hati ini. Aku cuba menfokus pada pilihan kasut yang hendak dibuat malangnya. Aku tidak dapat fokus. Bf aku mencadangkan 3 pasang kasut. Ketiga-tiga aku tolak. Aku rasa semuanya serba tak kena. Salah satu daripada kasut itu ialah kasut ini!!

Selepas itu, apabila aku tunjuk kasut-kasut lain, Boifreng aku merajuk kerana aku tidak memilih kasut pilihannya.

HAHAHAHA

Aku pun terpaksa berhenti shopping dan terus mengajak beliau berhenti sambil makan-makan. Nak pujuk balik!!

Apabila pulang ke Penang. Aku ters ke Perangin Mall dan ke kedai VINCI membeli sepasang kasut yang sama. Cuma warna yang berlainan.

Itulah sejarah kasut ini.

ps/ Pemilik kaki - beliau kerja di PPSK. Duduk di VSK. Anak dia sekolah kat Hadanah dan suka berguling di lantai. Cuba teka siapa dia?

17.11.08

Pengkiritik fesyen Jumie Samsudin

Hari hari aku pi kerja, ada seorang pengkritik fesyen yang amat mentensyenkan diri aku.

YOUR SHOES DOESNT MATCH YOUR HANDBAG LA...PLEASE...

YOUR HANDBAG DOESNT SUITS YOUR DRESS LA ...HALLO!!

THIS COLOUR IS NOT FOR YOU MY DEAR!!

MY GRANDMOTHER ALWAYS TOLD ME, YOUR SHOES AND YOUR HANDBAG MUST BE IN THE SAME COLOUR.

MY DEAR, THIS LIPSTICK IS DEFINITELY NOT FOR YOU!!


dan lain lain tohmahan lagi.

Pengkritik fesyen paling jujur dengan aku.
ps/ lagi seronok layan orang cakap merepek macam ni, sebab kita tau dia merepek. dari cakap dengan orang merepek padahal depa duk buat best.

Jumie Samsudin new SKIN!!



Welcome new skin!!

14.11.08

Petang bersama Bapak ku yang HEMSEM

Pada hari Selasa yang lalu, selepas pulang dari menyelesaikan dan melayan kerenah kerenah di office yang entah dari mana asal usul konflik yang tidak kena mengena dengan aku. (penatnyaaa....). Aku pun bersinggah menjenguk bapak aku yang sedang meniaga MILO di Pasar Malam Nusantara. Yehaaa.....

Lama tak mai sini. Lepak bersama bapak. Melihat beliau membuli budak budak. HAHAHAH...jumpa member lama dulu satu sekolah rendah. Saling tegur menegur. Seronot juga. Dapat la aku menrelease tensyen dari memikirkan orang-orang yang suka cari pasai tak pasai-pasai di dunia ini. Aduh....

Aku sempat mengambil beberapa gambar bapak aku yang hemsem.

Antara bulian yang paling best.

"Pakcik, nak MILO gelaih (gelas) besak (besar) satu", kata seorang budak kecik yang cakap pun tak lepas.

"Apa? Hang nak berak? Takpala...p la balik dulu,"

HAHAHAH..sebab itulah. Bapak aku sangatlah disukai budak-budak kecik dari dalam dan dari luar kampung.


Walaupun berniaga di pasar malam. Tapi bapak aku ada etika pemakaian yang baik. Mengikut piawaian MPPP.
Bapak aku dengan misainya yang hemsem.

Bila dia senyum. Nampak pipi dia naik dan cute!!

"Ampa katalah ampa anak penjara", kata bapak aku kepada Shanaz.


Pakcik : Tula manap, aku sedih pihak sekolah tu nak pecat aku.

Bapak : Hang ni kerja guard jaga pagak sudah la, yang hang nak pi jaga tepi kain cikgu sekolah buat apa!! Hampeh la hang ni.

ps/ Anda buleh mengejar skuad MILO bapak saya di lokasi-lokasi pasar malam yang berdekatan dengan anda. Isnin (Kg. Melayu), Selasa (Nusantara), Sabtu (Tg. Tokong).

13.11.08

APA ITU APEX?


Apa itu APEX?
Accelerated Programme for Excellence (APEX)

Dalam Bahasa Melayu yang ringkas :- program transformasi universiti

Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Cabaran yang kita perlu tahu secara ringkas apabila USM telah dapat status APEX?
  • Kita ada peruntukan RM830 juta untuk program transformasi universiti ini yang dijangka perlu dicapai dalam masa 5 tahun lagi.
  • USM disasarkan untuk disenarai dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan ranking 50 terbaik menjelang 2020.
Apakah antara kriteria yang telah melayakkan USM mendapat status APEX?
  • Memenuhi syarat serta kriteria jawatankuasa pemilihan ditetapkan, antaranya 75 peratus tenaga akademiknya memiliki Ijazah Doktor Falsafah.
Komen Jumie Samsudin pasai APEX?
Nak goreng dalam ni aku tak reti la. Written skills aku tak ada qualification. Saya tak sehebat academic staff. Tapi kalau orang tanya. Sure aku buleh goreng dengan menutup telinga. Hasil daripada pembacaan, taklimat oleh TNC OO kat office kami, kursus-kursus yang Dekan dah sediakan, malah sembang sembang tingkap dengan Abang Aziz, buleh la aku argue mana-mana yang patut.

Tapi aku paling tak suka, bila ada rakan staff tanya? Gaji kita naik tak? Jangan la duk pikiak part tu ja. Tanya dulu, diri kita ni dah sedia ka nak pikul tanggungjawab kerja kat UNIversiti standard DONIA ni. Kalau nak attach file dalam EMAIL pun tak reti lagi. Apakah? Jangan terkejut.

Sebelum kita tanya apa APEX buleh bagi kat kita. Tanya dulu, apa yang kita buleh bagi kat USM untuk jadi top 100 world ranking universities.

ps/ tergamam bila BOSS saya tanya saya APA ITU APEX? Nasib baik buleh jawab on the spot!! Siap buleh argue lagi....kembang kembang kembang.

12.11.08

10 days to her big day!!

KAKAK IKAN DAN ADIK IKAN.

Pada 22 November ini, kawan baik baru saya...atau kawan baru baik saya....(MY NEW BEST FRIEND) akan melangsungkan majlis pernikahan dan perkahwinan dengan tunangan beliau iaitu En. Ijat Cute.

Arghs....lagi 10 hari!!

Cepat sungguh masa berlalu. Seingat aku. Masa aku baru kapel dengan Shahril. Depa pun duk fresh tunang lagi.

Aku tau. Ikin yang duk baca blog ni mesti duk tersenyum-senyum. Suker la tu.

Aku harap masa akan berlalu dengan pantas, kalau boleh cepat-cepat la semua ini selesai. On 29, kami akan ke Seremban pula untuk hadiri majlis persandingan kat Seremban. Woho..yes aku turun Seremban. Tapi tak tidor rumah mama mentua. Tidor rumah Akmal. Kawan baik aku masa kat Polisas dulu.

THE CRAZY COUPLE
Nanti aku akan buat post tribute tu IKIN and IJAT, sempena wedding mereka nanti!

Tunggu!!

Biarkan lah

Dalam bahasa Penang : Biak p la

Terkadang aku terlalu kalut memikirkan tentang salah dan silap orang. Pada hal aku pun bukan baik sangat dan bukannya betul sangat pun.

Terkadang bila aku cuba berbuat baik, ada sahaja syaitan yang direjam cuba memutar belitkan niat dan cara aku membuatkan semua yang aku buat ini sia-sia berlaka!! sedihh sedihh

Terkadang aku teruja mengambil tahu hal orang, sampai aku lupa, orang pun suka mengambil tahu hal aku!! hahahaha

Semoga hari-hari yang mendatang, aku lebih happy dan free.

Ada satu daripada Destiny's Child yang sangat aku sukakan!! -

Woke up and realized this world's not so bad after all
Looked at it through a child's eyes,
and I saw these beautiful
Things that you never think about
Like the ocean, moonlight, stars and clouds
It's amazing how we don't appreciate our blessings
There's plenty of people who don't like me
But theres 10 times more who love me and I love myself

Sometimes, it gets tough, it gets tough
But I can't give up, can't give up
Just take a deep breath, close my eyes
Feel the love and give a smile



ps/ Terasa nak p Port Dickson hujung bulan ini! Boss...tolong lah luluskan cuti saya!

11.11.08

Pecal Lele

Apa itu pecal lele?

Pecal lele adalah makanan yang sungguh enak yang digemari oleh orang Indonesia. It consist of nasik putih, sayur segar seperti timun kecik, kubis dan terung bakar, pecal dan lele.

Pecal tu macam sambal belacan orang Melayu. Cuma lainnya ia manis kerana ditumbuk bersama bawang merah.

Tapi pecal tidak ditumbuk dalam lesung, sebaliknya menggunakan alat khas dipanggil cowek.

Lele pula adalah nama lain untuk ikan keli. Tetapi kalau anda tak lalu makan lele. Anda boleh opt for ayam goreng.

Memang lengkap segala nutrisi.

Ini adalah gerai pecal lele kegemaran saya yang terletak di Kg Sungai Nibong Kecil, Penang. Belakang Villa Seri Kenanga. Dulu Nawal dan Andy yang ajar aku makan kat sini. Tak cukup tu, aku promo pada rakan-rakan office dan family aku.

Sekarang, kat office aku dan Dr Salfarina amat addict dengan PECAL LELE. Kalau sebut jer, mesti nak p lunch kat situ jugak hari itu.

Ini adalah gambar aku dan Apit masa membeli PECAL LELE secara bungkus. Kerana hari tu, aku dan Dr. Sal akan ada meeting at 2.30 pm bersama princesses.


Posing Cik Jumie Samsudin di depan gerai pecal lele, Sungai Nibong!




Apit U Olls - BF tiri aku.

Inilah gerai Pecal Lele. Yang baju batik tu pun staff USM. Hehehe..dia pun peminat setia jugak. Selalu aku mai mesti dia ada.

ps/ marilah beramai-ramai makan pecal lele! Aku tak sempat lagi nak amik gambar pecal lele. Nanti aku amik, aku akan update dalam blog ok!

Baru padan muka!

(Gossip) Datuk K Hadiahkan Rozita Che Wan Kereta BMW

November 8, 2008 · Filed Under Celebrity & E-News, Pictures

Al-kisahnya, cerita ini sudah lama kedengaran di internet & mulut-mulut kaki gossip se-Malaya. Cuma’nya, baru-baru ini tampil seorang peminat seni tanah air yang membuat pengakuan bahawa cerita Datuk K menghadiahkan sebuah kereta mewah BMW kepada Rozita Che Wan sempena hari lahir beliau tidak lama dahulu adalah benar belaka.
Peminat ini bercerita bahawa sepupu kepada rakan beliau adalah bodyguard kepada Siti Nurhaliza. Bodyguard ini memberitahu yang Siti mengamuk sakan apabila mengetahui yang Datuk K menghadiahkan kereta buat Rozita Che Wan.
Sejak kejadian itu, Datuk K sering mengekori Siti Nurhaliza ke mana sahaja sebagai tanda ambil hati. Itu yang keluar kenyataan ‘99% masa saya di’habiskan bersama Siti Nurhaliza’ dari mulut Datuk K.
Ermm.. OHBULAN! masih anggap ia sebagai gossip kerana tiada bukti nyata yang jelas & Rozita Che Wan sekarang ini pun sedang dalam proses sembuh dari penyakit yang di’hadapi. Dan, harus di’ingat yang Rozita Che Wan adalah bekas pramugari, apakah….?
ps/ This news taken from OHBULAN blog - http://www.ohbulan.com/gossip-datuk-k-hadiahkan-rozita-che-wan-kereta-bmw/

10.11.08

HP Baru Jumie Samsudin - Nokia 7210 Supernova

Setelah lebih kurang dua tahun bersama Motorola RzarV3 yang dibeli daripada abang ipar saya, akhirnya saya pun membeli hp baru sebagai melengkapkan gaya diri. KAH KAH KAH. Perlula. I dont really fancy hp yang terlalu complicated functionnya. Equip with 3g la, video calls la, dan camera yang terlalu high tech.

The moment aku melangkah ke booth membeli hp di Perangin Mall, the first thing aku bagitau kat mamat itu ialah "Adik, kak nak carik hp yang TAHAN LASAK. Boleh fight punya!!"

Kah kah kah. Adik itu tergelak dengan aku. Lantas dia memperkenalkan - NOKIA 7210 Supernova. Harga dia bagi kat aku RM500. Aku trade in Motorola aku tu dapat RM150. So tambah lagi RM350. Dia bagi memory card 1 gig. And this is original NOKIA.


Semasa proses pembayaran, aku telah bagitau kat adik itu yang aku hanya nak mintak tolong beliau transfer all the number in phone book sahaja. Kerana semua data pada memory card telah aku pindahkan.

Kesian adik itu, proses pemindahan no telefon ke hp baru mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Aku pun kesihan pada adik itu, sehingga naik ke Mc Donalds dan membelanja beliau Air Coke. Dia kata, nama huruf A ja...dah penuh satu sim card!!



Ini adalah gambar PERTAMA yang saya amik bersama adik saya the CAKCING - Surianie Samsudin.

Semoga HP ini akan setia bersama saya dan memberikan perkhidmatan yang best!

ps/ HP aku boleh fight! hihihihih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE