13.11.08

APA ITU APEX?


Apa itu APEX?
Accelerated Programme for Excellence (APEX)

Dalam Bahasa Melayu yang ringkas :- program transformasi universiti

Universiti Apex ialah pengiktirafan yang diberikan kepada IPT tempatan yang menjadi penanda aras di peringkat dunia dalam bidang pengajian tinggi dan dijanjikan autonomi dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, kepimpinan tertinggi dan penetapan yuran pengajian.

Cabaran yang kita perlu tahu secara ringkas apabila USM telah dapat status APEX?
  • Kita ada peruntukan RM830 juta untuk program transformasi universiti ini yang dijangka perlu dicapai dalam masa 5 tahun lagi.
  • USM disasarkan untuk disenarai dalam ranking 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh lima tahun dan ranking 50 terbaik menjelang 2020.
Apakah antara kriteria yang telah melayakkan USM mendapat status APEX?
  • Memenuhi syarat serta kriteria jawatankuasa pemilihan ditetapkan, antaranya 75 peratus tenaga akademiknya memiliki Ijazah Doktor Falsafah.
Komen Jumie Samsudin pasai APEX?
Nak goreng dalam ni aku tak reti la. Written skills aku tak ada qualification. Saya tak sehebat academic staff. Tapi kalau orang tanya. Sure aku buleh goreng dengan menutup telinga. Hasil daripada pembacaan, taklimat oleh TNC OO kat office kami, kursus-kursus yang Dekan dah sediakan, malah sembang sembang tingkap dengan Abang Aziz, buleh la aku argue mana-mana yang patut.

Tapi aku paling tak suka, bila ada rakan staff tanya? Gaji kita naik tak? Jangan la duk pikiak part tu ja. Tanya dulu, diri kita ni dah sedia ka nak pikul tanggungjawab kerja kat UNIversiti standard DONIA ni. Kalau nak attach file dalam EMAIL pun tak reti lagi. Apakah? Jangan terkejut.

Sebelum kita tanya apa APEX buleh bagi kat kita. Tanya dulu, apa yang kita buleh bagi kat USM untuk jadi top 100 world ranking universities.

ps/ tergamam bila BOSS saya tanya saya APA ITU APEX? Nasib baik buleh jawab on the spot!! Siap buleh argue lagi....kembang kembang kembang.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...