2.11.08

Membuat kuih raya bersama anak menakan


Maaflah kerana membuat report ini agak lewat. Sepatutnya dimasukkan pada awal sambutan Syawal yang lalu. Tetapi tidak mengapa. Kenangan ini akan tersemat dalam blog ini selamanya untuk tatapan anak cucu ku nanti.

Seperti amalan keluarga lain, membuat kuih raya di malam raya adalah acara tahunan yang mengasyikkan.

Pada raya tahun ini, saya berjaya menyiapkan tiga jenis kuih raya dengan bantuan anak-anak menakan yang sungguh berdedikasi.

Hanna Mashita, 5 tahun dan Amirul Farhan, 11 tahun.

Seingat ku, aku mula membuat kuih raya pada usia 10 tahun. Kerana sebagai tukang jahit di kampung Kebun Lama. Mak aku menerima banyak tempahan dari orang kampung tatkala menjelang raya. Sehinggakan terkadang itu, baju kami semua pun tak siap. Apatah lagi baju beliau.

Aku ingat lagi, mak akan memberi arahan cara-cara untuk membuatkan. Kemudian menyerahkan segala tugas menguli, membentuk, membakar dan menyimpan kepada aku sendiri. Kecuali mencuci, mak akan buat kerana aku akan merungut tak larat.

Hanna merupakan seorang yang tidak dapat duduk diam dalam masa 11 saat. Kegemaran beliau adalah menonton kartun dan cerita dongeng. Beliau juga suka menonton cerita Duyung. Jadi tugas beliau adalah mengacau adunan tepung.

Farhan pula mempunyai ciri fizikal seorang bakal executive chef yang menawan. Minat beliau adalah pada permainan game online dan juga mengurat gads-gadis dalam Friendster. Jadi tugas beliau adalah menyapu telur atas tart.

Di akhir sessi ini, mereka sungguh gembira. Hanna gembira kerana dia dengan bangganya menceritakan pada ibu beliau yang beliau telah tahu membuat kuih raya. Dan Farhan pula telah berasa gembira kerana telah banyak kuih raya yang menjadi mangsa beliau. Belum sempat masuk balang, beliau dah masukkan ke dalam mulut beliau.


ps/ Hope mereka berdua besar nanti, jadi orang yang berguna!

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...