2.11.08

Minggu Final Exam Semester I, Sidang Akademik 20082009 bermula - GOOD LUCK TO ALL Social Science Students!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama kali sejak 3 tahun bertugas sebagai Setiausaha di Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar) di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM saya menyampaikan salam GOOD LUCK kepada rakan-rakan pelajar melalui email secara rasminya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat maju jaya and good luck to all SK students for the Final Exam Semester I, Academic Session 2008/2009 which going to starts on from today, 3rd November 2008.

FIRST YEAR

  • Especially to those in first year, terima kasih atas kerjasama semua yang banyak bagi support dengan activity yang dianjurkan oleh pihak Sekretariat Pembangunan Pelajar. Sedikit sebanyak sumbangan masa dan tenaga anda membuatkan anda belong di kampus ini.


  • Insya Allah ujung minggu ini, you all semua akan tahu keputusan pemilihan major anda. Para Pengerusi Rancangan akan bermeeting this Tuesday. 14 orang bukan dari Social Work berminat nak masuk Social Work. Permohonan anda akan ditapis dan diluluskan oleh Dr. Azlinda mengikut kriteria yang telah ditetapkan.


  • Masih ada segelintir kawan-kawan kita yang tercicir dari Yahoo Group kita ini. So, tolong la tengok-tengok dan pantau siapa lagi yang tercicir itu, dan pimpin dia agar dia tidak ketinggalan dari kelompok kita.


  • Semoga pengalaman sepanjang awal semester ini akan menjadi satu permulaan yang memberi semangat untuk terus berjuang sampai semester III nanti. Insya Allah.

SECOND YEAR

  • Sesiapa yang nak buat permohonan latihan praktikal bagi cuti panjang semester depan, anda dah boleh buat application dengan syarikat-syarikat dan jabatan yang berkenaan mulai sekarang. Surat pengesahan pelajar boleh didapati di pejabat saya. Kalau nak tahu lebih lanjut. Ringan-ringankan lah tulang lidah anda bertanya dengan rakan senior anda. Last semester, seramai 51 pelajar berjaya menjalankan latihan praktikal dengan jayanya di pelbagai jabatan kerajaan dan swasta di seluruh Malaysia. Walaupun aktiviti ini tidak menyumbang apa-apa nilai kepada PNGK anda. Tetapi, pihak pusat pengajian amat menggalakkan anda menjalani aktiviti ini.


  • Kenapa la korang punya Yahoo Group sunyi sepi tanpa khabar berita? Mana emel-emel memberangsangkan yang sering diketengahkan oleh En. Hadi?

    Pergi Taman Tun Sardon membeli santan,
    Adakah En Hadi telah menghilangkan
    diri ke Amerika Selatan?
    En Adi, sila jawab pantun ini.

THIRD YEAR (geng SKW320/CSR)

  • Terima kasih kepada semua yang menghantar email terima kasih dan ucapan penghargaan kepada saya melalui personal email dan juga Yahoo Group. Tidak lupa juga kepada Miss Lye Yi Wen (saya tau saya salah eja nama dia..tapi dia tau dia sapa), yang telah bersusah payah membuat slide show THANK YOU untuk saya dan Dr. Reevany. Saya terharu. Saya berjanji akan cuba bagi yang terbaik untuk kalian semua, walaupun terkadang bila sibuk dan stress, korang semua akan kena marah!! hahahahah.


  • Tahniah kerana akhirnya PROJECT CSR dah pun settle. To gang MIOR, Aizat, Naz, Tapa, Khairul, and Shapik, video-video korang sangat best. Nanti video kahwin saya, boleh anda berenam yang buatkan?



  • JANGAN LUPA KEPADA KAWAN AMPA, MR. MEGAT AFFENDI yang sekarang berada di US lagi. Check out his latest picture dalam Friendster. Beliau mempunyai rambut baru yang sangat stylo.

Itu saja pesanan saya buat kali ini. Saya memang stress kerja di Soc Sc. Tapi saya sangat enjoy berada di sini kerana saya boleh menjadi diri saya sendiri. Kepada tahun I, jangan takut dengan saya. Walaupun saya nampak seperti Cikgu Displin tapi sebenarnya saya pun bukanlah displin sangat.
So again, GOOD LUCK IN YOUR EXAM. Make sure you got the right information about your exam timetable and please make sure you wake up on the right date and time and goes to the right exam hall. My tips, please double check and compare your exam timetable information with your course mate.
Sekian dahulu. Selamat study. Sleep well. Rest well. Dan makan lah makanan yang sihat.
ps/ Tak lama lagi, Dekan akan lancarkan minggu Bahasa Inggeris di Pejabat Am, PPSK every Thursday. Siapa yang datang kepada saya on Thursday, you will only be entertained by speaking in English with me.
Sekian, wasalam.
GAMBAR-GAMBAR KENANGAN DENGAN RAKAN STUDENT KAT PPSK!!


Kat belakang saya ada Dr. Jega a.k.a Abang Jeganathan, Social Worker. Nampak tak?




Bersama-sama dengan sokongan student PPSK, saya menang USM IDOL January 2008!

Back up singer pun dari kalangan stud PPSK sendiri. Rusdi dan Fazli yang gelarkan diri mereka THE BAY CUPS. Dengan bersandarkan lagu CINTAI TIADA AKHIRNYA from Jack...kami menang bergaya malam tu!!

Suprise Birthday party ke 23th kat tepi Tasik Biawak. Kenangan yang paling saya tak dapat lupakan!! Thank you semua yang terlibat malam tu. Airene, Azrin, Nok, Man, Zaf, D, Ain, Fazli, Ardian, Dowie, semua semua nya yang terlibat!!

Kenangan bersama Okestra Bahasa Isyarat, Kelab Penyayang. Masa ni kami sama-sama dijemput buat persembahan untuk Majlis Makan Malam Amal Anak anak Pulau Pinang kat Hotel Gurney, Penang.



Bersama-sama amoi amoi ini dalam WHITE Party kat Pizza Hut Sungai Dua. Masa ni kami sambut birthday Airene.

Budak ni nama dia Yeap. Tahun I. Tapi dah berani nak ngurat aku dengan membagi sebuah air tin Milo. Hehehehehe. Masa ini kami berkerjasama menjayakan Makan Malam Pelancaran Pesat Hoki Antarabangsa USM.

To all first year, gambar ini masa Variasiswa kat DTSP. Sapa lah mamat yang bagi bunga kat saya ni.

Semua kenangan ini sangat indah. Berat hati nak pi Seremban tinggalkan kalian semua.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...