14.11.08

Petang bersama Bapak ku yang HEMSEM

Pada hari Selasa yang lalu, selepas pulang dari menyelesaikan dan melayan kerenah kerenah di office yang entah dari mana asal usul konflik yang tidak kena mengena dengan aku. (penatnyaaa....). Aku pun bersinggah menjenguk bapak aku yang sedang meniaga MILO di Pasar Malam Nusantara. Yehaaa.....

Lama tak mai sini. Lepak bersama bapak. Melihat beliau membuli budak budak. HAHAHAH...jumpa member lama dulu satu sekolah rendah. Saling tegur menegur. Seronot juga. Dapat la aku menrelease tensyen dari memikirkan orang-orang yang suka cari pasai tak pasai-pasai di dunia ini. Aduh....

Aku sempat mengambil beberapa gambar bapak aku yang hemsem.

Antara bulian yang paling best.

"Pakcik, nak MILO gelaih (gelas) besak (besar) satu", kata seorang budak kecik yang cakap pun tak lepas.

"Apa? Hang nak berak? Takpala...p la balik dulu,"

HAHAHAH..sebab itulah. Bapak aku sangatlah disukai budak-budak kecik dari dalam dan dari luar kampung.


Walaupun berniaga di pasar malam. Tapi bapak aku ada etika pemakaian yang baik. Mengikut piawaian MPPP.
Bapak aku dengan misainya yang hemsem.

Bila dia senyum. Nampak pipi dia naik dan cute!!

"Ampa katalah ampa anak penjara", kata bapak aku kepada Shanaz.


Pakcik : Tula manap, aku sedih pihak sekolah tu nak pecat aku.

Bapak : Hang ni kerja guard jaga pagak sudah la, yang hang nak pi jaga tepi kain cikgu sekolah buat apa!! Hampeh la hang ni.

ps/ Anda buleh mengejar skuad MILO bapak saya di lokasi-lokasi pasar malam yang berdekatan dengan anda. Isnin (Kg. Melayu), Selasa (Nusantara), Sabtu (Tg. Tokong).

4 comments:

  1. Well..memang aku tau...bapak aku sangat hemsem. Sebab itu aku pun hemsem/

    ReplyDelete
  2. hehe...lama tak minum milo...
    harini aku nak kuar gi beli milo!
    hari2 aku minum air limau, oren sunquick serta air kosong sahaja...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...