18.12.08

Berurut bersama keluarga di Close2U

9 Disember 2008 : Pada cuti yang indah, aku dan Sue telah membawa mak aku, kakak aku dan kakak sepupu aku untuk pergi berurut di sebuah pusat urutan di Perangin Mall Penang. Bertajuk Close2U [depan Parkson].

Actually ini adalah lawatan kedua oleh aku ke pusat urutan ini. Memang best la aunty yang urut ni. Nama dia Maggie.

Untuk setengah jam urutan badan RM30 sahaja.

Tapi hari itu kami semua amik pakej RM60 yang merangkumi urutan refleksologi kaki, urutan badan dan juga ear candle treatment.

Memang best gila pergi berurut bersama ahli keluarga. Tambahan apa bila semua kaki gelak dan suka bergelak sesama sendiri.

Mangsa pertama membuat urutan refleksologi ialah mak aku. Berkerut-kerut mak aku kena urut kat kaki. Yang lawaknya, makcik tukang urut mak aku tu berlahak [sendawa] tak berhenti. Dia kata badan mak aku penuh angin. Aku tak tau la...kalau nak kira 856 265 kali dia duk berlahak masa urut mak aku. Paling lawak masa dia ubah kerusi pun dia berlahak. Aku kata..."Fuiiyoo....mak saya punya angin sudah pindah sama ini kerusi".



Here are some of the pictures taken masa kat sana.

Ini kakak aku Sanita, sedang menunggu turn.
Ahli mengurut yang terror menguraikan urta yang tersimpul rapi.
Aunty yang urut mak aku pakai tshirt ada WING. Mesti dia mengamalkan ilmu ajaib. Sebab tu dia boleh pindahkan angin mak aku pada kerusi.
Tukang urut Surianie Cakcing.
Cakcing ni duk buat cool. Kaki dia takdak isi. Urut pun tak sakit la.

Dua wanita cantik.
Aunty Maggie sedang membuat ear candle treatment. Rawatan ini dipercayai boleh mengeluarkan toksik dari telinga kita. Sebab hari-hari udara dan air masuk dalam telinga kita boleh mengganggu kesihatan.
Ini pula gambar-gambar aku menahan kesakitan yang amat perit apabila diurut oleh Aunty Peggy yang sunnguh terror!
GAMBAR SEBELUM DI URUTGAMBAR SEMASA DIURUT

Selepas berurut, kami semua sangat seronok! Kerana kaki kami semua sudah sedap. Kami rasa macam nak p PESTA PULAU PINANG plaks pas tu. HAHAHAHAH. Tapi sebab jauh, so kami p yang dekat-dekat ja. Chowrasta! P carik kain!


Keajaiban dunia, cakcing boleh pakai tudung!!

1 comment:

  1. muka han tahan sakit kena urut x bleh blah!!

    hahahahahah.....

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...