12.12.08

Isu kawen

Duk tersimpan dalam benak hati aku ni. Dah beberapa minggu yang lalu. Hari-hari kalau menatap jumiejumie.blogspot.com mesti anda semua menantikan sesuatu yang mencuitkan hati dan happy jer nak baca. Tapi aku rasa, dah lama jugak aku tak tulih sesuatu yang berat untuk bacaan 18PL.

Siries, aku macam nak luah jugak la kat dalam ni. Tak kira la hampa suka ka tak. Dulu masa tulis 10 perkara yang tidak disukai oleh Cik Jumie. Ada pulak yang komplen iaitu Hidayah Mazlan. Beliau itu sangat berterus terang. Sangat bagus. Aku lebih suka beliau begini daripada bercakap di belakang seperti merasakan diri sendiri itu sangat bagus !!

Actually, luahan hati ini berkisar tentang diri aku ini yang sedang kemaruk bercinta dengan Shahril a.k.a Zaza or Endi.

Sedang aku happy dan gumbira. Rupa-rupanya adalah insan-insan yang sakit jiwa sedang mengata tentang aku dibelakang. Yalah...lepas aku punya entry pasai siri bertemu mama mertua. Kisah cinta aku dibandingkan dengan seorang rakan yang dah nak bertunang March tahun depan.

Sakitnya hati bila si pesakit jiwa ini berkata begini " Yang tu [Jumie Samsudin] entah bila la pulak. Entah jadi ka tidak? Dah berapa kali bertukak orang. Tak pernah menjadi pun!"

Sial betul!!

Aku respek beliau macam aku respek lampu isyarat jalan raya, beliau membuat tohmahan seperti ini. Macam la institusi perkahwinan beliau sungguh indah dan sempurna.

Depa tak tau apa aku lalui. Jangan la mudah mudah dan senang ati nak buat komen dan tanggapan macam itu.

Sungguh tidak adil.

Dalam seribu jantan aku duk jumpa. Semua keparat. Last sekali si rambut trojen jugak yang serasi dengan aku. Tu pun kami baru saja nak bercinta. Jumpa dah la sebulan sekali.

Aku dengan Shahril baru saja kapel 7 bulan, 6 minggu dan 4 hari [pada tarikh aku menulis blog ini]. What do you expect? Wedding card? Gila ka apa?

Aku dan Shahril bukannya datang dari family Sultan Brunei atau saudagar permaidani. Mak dan bapak aku peniaga pasar malam dan pengusaha kantin sekolah. Mama dan abah Shahril hanyalah pesara dan tukang urut tradisional. Kami tak buleh membuat keputusan mendadak tanpa memikirkan hak dan kepentingan orang lain.

Contoh paling mudah, Shahril pernah cakap. For my next birthday, dia nak belikan aku rantai emas. Sebab rantai emas aku dah kena curik. Aku setuju. Tapi, mungkin niat itu terpaksa ditangguhkan kerana dia nak beli rantai emas untuk mama dia dahulu. Nak penuhi hajat dan impian pada mama tersayang.

Aku rasa terharu, respect dan sangat bangga dengan beliau. Sebagai girlfreng yang memahami, aku kata "Its ok. Pasai aku hang jangan risau, aku buleh beli barang aku sendiri punya. Aku kerja. Mama hang tak kerja. Hang beli kat dia dulu ok!!"

Bak dalam lirik Beyonce ~ The shoes im wearing [i bought it], the rocks im rockin [i bought it] I depend on me!! yeeehaaaa

Sorry la...kami bukan jenis anak yang nak kawen. Perah duit mak bapak. Sampai duit hantaran pun cekau sorang tak bagi kat parents balik yang dah berhabisan buat kenduri kawen grand-grand. Kami juga bukan jenis anak yang nak kawen, tapi mak dan bapak yang terpaksa buat personal loan untuk kahwinkan anak mereka.

So kepada pesakit jiwa sekalian, tolonglah jangan nak samakan kami dengan anak-anak anda. Terima kasih. Cerminlah diri sendiri dahulu sebelum berkata-kata.

Siries...aku menulis ini ketika jam 2am. Di kala hari telah sunyi sepi. Yang ada hanya aku dan bunyi peti sejuk.

Sapa tak mau kawen wehh.........AKU NAK! Kalau buleh, nak ja kawen esok.


Tapi zaman sekarang kawen pakai banyak duit. Tambahan aku dan Shahril bukannya duduk sama negeri. Sekok kat Seremban, sekok telepaih kat Penang. Kena lalu gunung, gua, padi, ladang kepala saweit, laut...baru jumpa! Banyak duit nak pakai. Bukan itu sahaja, malah posisi kerjaya dan aspek kehidupan lain turut perlu dirancang dengan sempurna.

Ada jugak yang komen, kalau takdak duit, kawen la cara takdak duit! OI...AKU NAK KAWEN SEKALI JA DALAM SEUMUR HIDUP AKU. TAKKAN NAK BUAT MAJLIS AKAD NIKAH, KENDURI 3 DULANG! MACAM ORANG BAKHIL SANGAT MACAM TU!!

Dan pada yang tak puas hati tengok cerita aku dan boifreng, gambar-gambar dan semua yang berkaitan tolonglah. Tak payah tengok. Seperti mana aku tak suka tengok Ikin dan Mawi. Aku tukar channel jer bila citer dowang kuar. So sama dengan anda jugak. Kalau tak suka. Jangan tengok.

Pastu cuba tengok hp/pc anak-anak anda sendiri. Entah, gambar anak-anak anda lebih dahsat daripada saya ini. Cuma anak anda tidak mengkeluarkan gambar itu dalam blog kerana beliau tidak tau berkarya dan membuat blog secantik saya.

JUMIE BUKAN HIPOKRIT. WHAT YOU SEE IS WHAT YOU GET!!

Aku saja nak buat statement-statement pedas ini buat sekali sekala. Kerana takkan hari-hari nak cuaca cerah dan ceria. Terkadang kena ada mendung dan hujan. Untuk pokok-pokok dan mergastua.

Sekian, semoga menjadi renungan untuk kita bersama. Takkan lari gunung dikejar.

AMARAN KEPADA PENGADU DOMBA : Hey Jeevaa!! Dont let me go to your place and make the hell of you!! I want to see your supervisor! Where is your supervisor!! Hey ...Jeeva....Dont let me speak Tamil!! [Maksudnya : Suatu hari, aku juga boleh menjadi Miss Kananbigai.]

Insya allah, sampai masa nanti. Aku nikah dan sanding. Aku jemput semua gang POLISAS, USM, VIVAC, Friendsters, Myspace, Facebook, Bloggers, Georgians, SKDK, dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya.

Terimalah sekeping gambar aku dan boifreng untuk menjeleskan dan menyakitkan lagi hati hati pesakit jiwa dengan ucapan "Ampa jeles sebab muka kami dorang sama!!".

21 comments:

  1. waaahhh!!! bravo! bravo!

    i likeeeeee!!

    heheheheheh

    =)

    ReplyDelete
  2. cayalah jumie.... hehehehehhe... ku tahu siapa yg kau maksudkan... baguih.. baguih..... teruskan kelaseran jari menaip mu itu....

    Org2 yg dimaksudkan tuh saja nak carik dosa kering.. sbb kalau x kutuk xdak dosa... depa memang pengumpul dosa yg tegar.... hehehehheheheheh

    ReplyDelete
  3. ya ampun... orang memang dengki n sakit mata kalau tgk kita yang sedang bahagia ni.. besa la manusia, perangai cam cibai. busuk hati. macam lalat yang mai hinggap kat blog aku tempoh hari. jumie, hang bantai je dorang tu, kenapa perlu nak dijaga perasaan orang sebegitu kalau depa tak respect the way u are.
    anyway... bahasa hang masih menunjukkan kesopanan. i loike!!

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Hmm.. biasa lah tu jumie ku yg vogue..
    Manusia ni sukar diduga ..
    Ramai juga yg terlibat dlm bab mengata2 ni bila tak senang lihat org lain bahagia ..
    Apapun, ada juga point2 artikel ni yg kema tak berapa nak setuju ..hikhik..

    Kema x tahu sape yg jumie maksudkan tu.. nanti kema gi jumpa jumie.. jumie bisik kat kema,k..

    Ni kema tinggalkan satu hadis yg related dgn citer ni:

    Tidak masuk Syurga orang yang suka mengadu domba.

    -- HR. Muslim --

    ReplyDelete
  5. keje kawen bkn senang..
    wat kecik2..org mengata..
    wat besar3 pun..org mengata..
    pendek kata apa pun kalau org jenis suka mengata,kita wat baik camne pun mereka tetap berkata2..

    ReplyDelete
  6. giwlerrr arr jumiee... memang marah sangat ko kat pesakit jiwa tue.. dah namanya pun pesakit jiwa.. memang jiwa dia x betul la tue.. x leh tengok org len senang.. baguihhh baguihh..jiwa kental laa hang nie...

    ReplyDelete
  7. i like kak jumie caiyokk2 supa mcm ksah nurul la..da oag jlez kitew bahagie...oag cm tuh sial laaa

    ReplyDelete
  8. huuu.. sgt seronok membacanya.. mantap susun kata nyer.. smer perasa lengkap.. ada uummpppp !!!

    ReplyDelete
  9. kamu di tagged!
    go to http://aimanisthename.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. yah jumi! go! go! sapa lah yg jahat sangat mulut tuh yerkk! apa pon, lantak la kat depa, janji kita bahgia..& kita tau apa yg kita buat..

    ReplyDelete
  11. huh!peduli apa org nk ckp..jnji kte tau apa yg kiter buat tu betul dan x susahkan mak bapak..klu kita x de duit nk mkn pun apa derang boleh buat..bg duit?hampeh...yg boleh pon derang kutuk jerk...GO go GO!!

    ReplyDelete
  12. Jumie,
    Biaq p apa orang nak kata apa as long as kita tau apa yang kita buat. Go Gal!

    *geram jugak wpun tak kenal si dia penyakit mental itewwww*

    ReplyDelete
  13. Thank untuk semua yang bagi support. Dunia ini bulat dan umpana roda. Terkadang dibawah. Terkadang di atas.

    Tengok jer la nanti.

    ReplyDelete
  14. clap! clap!

    atleats hang ada perancangan yang bagus.....jgn bg muka sgt kat org yg kutuk hang tu....kahwin bukan boleh diniagakan seperti mawi & ikin..kuar RM500 000 then tv3 byr blk berjuta2....rasa2 best ke kahwin camtu???? huhui!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  15. jumie..sabolah..
    manusia ni memang penuh dgn hasad dengki..

    ReplyDelete
  16. babe,u will be the most happiness woman in the world!!


    love,
    yiwen

    ReplyDelete
  17. Blogger jumiejumie said...
    Thank untuk semua yang bagi support. Dunia ini bulat dan umpana roda. Terkadang dibawah. Terkadang di atas.
    Tengok jer la nanti.


    ~ Betul tu jumie.. mcm org baru kawen gak.. terkadang di bawah.. terkadang di atas.. kan.. kan.. kan.. :) ~

    ReplyDelete
  18. cik jumie hoT,

    jangan pedulikan ape yg org duk cakap..mereka hanya tau berlagak di muka bumi tuhan ni..bersuami xbermakna idup kite da ckup sempurna.klu x, xkan da kawin berpuluh2 tahun pun bleh cerai?cetek sgguh pemikiran org itu...

    ape pun, jangan sesekali berkahwin hanya untuk nampak elok di mata orang. klu gitu, perkahwinan tiada nilai kerana luaran shj nampak indah..ingatlah perkahwinan hanyalah permulaan...

    pada org 2, jangan terlalu rs awk 2 best kerana udah menikah..i2 bukanlah takdir pengakhiran idup awak...jodoh ini adalah rahsia Allah.sp awak nk mempertikaikannya?fikirkan la ek..

    daa~

    -fiezah-

    ReplyDelete
  19. aku lambat ke komen sini? aku suka entry nihh... maklum laa...selagi namanya orang yang tak bisu...selagi tu la dier akan terus cakap2...tak kisah la cakap belakang ke, tepi ke, tengah ke... bile bosan ang wat tatau ke...ang wat pekak ke...dier letih...dier boring...dier diam la tuh...

    kawen ni bukan mende senang babe...perancangan plak bukan untuk hari nak bersanding jek...perancangan yang betul2 punyer perancangan start dari mula2 kenal sampai la akhir hayat...lama tu babe...cara tiap2 satu pun lain2...

    salute ahh...skang ni memang ramai galak sikit nak kawen awal...pastu gune duit mak bapak plak tuh...bila dah slamat, mak bapak dah takmo tanggung...start la gado sana-sini...pastu? cerai...takmo camtu babe...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...