20.12.08

Kenduri Kahwin Faten Subhan

Majlis Persandingan Faten Subhan
[Anak Subhan Yunus, juga cucu kepada Tok Unok]

Tarikh : 6 Disember 2008
Tempat : Gelugor, Penang

Kenduri ini adalah antara yang paling meriah aku pergi. Biasalah, family kami kalau bab berkenduri kendara memang heboh dengan konsert kumpulan APACAKNA, karaoke, joget lambak dan macam macam lagi.

Faten ialah dua pupu aku. Bapak Faten ialah sepupu bapak aku. Maknanya tok kami adik beradikla! Untuk member Georgian semua, Faten ialah adik kepada Nurul Syazwani, junior kita masa kat sekolah yang lebih kita kenali dengan nickname TAUGEH!
Yes, now taugeh dah lawa gila!

Lagi yang membuat aku suka pada kenduri ini ialah kenduri ni start pukul 4pm end 11pm. Memang idea yang bernas memandangkan tarikh-tarikh cuti sekolah macam ni sebuah berebot nak terkejar ke semua jemputan yang ada. So kalau kenduri blah malam ni. Lebih mudah untuk jemputan datang.

Makanan juga memang puas hati. Nasik sahaja ada tiga jenis. Nasik putih, nasik tomato dan nasik hujan panas. Selepas itu, selain nasik dan lauk pauk kenduri, tetamu juga dihidangkan kuih muih, air teh tarik, mee jawa dan juga char koew teow. YES!!


Pengantin tiba untuk majlis makan beradab dan juga bersanding sekitar jam 5.00 petang.


Aku suka PELAMIN NI! First time aku suka pelamin warna pink!
Selepas berhenti untuk memberi kepada waktu solat Maghrib, bermula majlis bermarhaban dan persembahan kompang daripada kumpulan Apacakna yang mendendangkan lagu-lagu dalam bahasa kebanggaan kami iaitu bahasa Bawean. Bapak aku menjadi penyanyi jemputan ketika mengadakan persembahan itu.

Selepas itu, tibalah sessi potong kek. Pengantin tiba dengan persalinan gaun putih. Memang sweet gila. Lagu yang menjadi music latar belakang ketika sesi potong kek ini ialah lagu BROWN EYES by Destiny's Child. Aku suka sangat!


Bergambar dengan mak aku. Macam iklan KOPI SEHAT WANITA cap ORANG BAWEAN!!

Then, setibanya waktu lebih kurang 8.30 malam. Tibalah masanya untuk aku membuat persembahan in honour of both pengantin yang merupakan dua pupu aku sendiri. Well....semua lagu lagu aku malam itu berentak dangdut and fast beat. Sebab semua orang nak menari dan berjoget.

Paling best bapak pengantin pun mai menari -nari....MEMANG HAPPENING la.

Inilah Wanie a.k.a Taugeh sedang menari bersama bapaknya.

At the end of the day. Aku berdoa agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

2 comments:

  1. mesti best kan kenduri ni n yg paling meriah rasanya....
    xpenah lg tgk org start knduri kul 4pm-11pm....

    ReplyDelete
  2. kak jumie pon panggeyh taugeh???adoiii...kak faten n kak nurul tuh junior dik kat skul glugoq hahahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...