ANNUAL REPORT JUMIE SAMSUDIN : TOP LIST of all the best things and worst things that happens to Jumie Samsudin throughout 2009

ANNUAL REPORT JUMIE SAMSUDIN 2009

Alhamdulillah syukur.  Maka tibalah kita ke penghujung tahun 2009.  Seperti biasa,  saya telah membuat senarai segala perkara baik dan buruk,  negative dan positive yang telah terjadi sepanjang tahun ini.  Sebagai iktibar untuk diriku ini.  Manusia dinilai kejayaannya bukan dari segi pencapaian,  tapi berapa kali dia bangun dari kejatuhan.  So,  are u ready?  Marilah kita melihat senarai benda-benda yang dah jadi kat i olls mengikut ketegeri yang telah dibahagikan.  U olls boleh lick kat link yang diberikan untuk mengimbau kembali kisah di sebalik kejadian itu.


Business
Alhamdulillah.  Bermula Ogos 2008,  tahun 2009 banyak peningkatan yang i olls tengok.  Berkat sokongan u olls semua kawan-kawan USM,  Facebook and of course semua pembaca belog Jumie Samsudin.  Thanks sebab support.  Now dari Personal Make Up by Jumie Samsudin,  kami dah mengorak langkah ke The House of Red Gincu yang menawarkan more than just solekan untuk pengantin.  Tapi u olls,  nama ni memang dah register kat Suruhanjaya,  tapi takdak kedai dan butik lagi.  Takpa Noks.  Kita buat niaga,  bukan dari BESAK ke kecik kan?  Biarlah kami mulakan dulu dengan online saja.  Doa kami akan terus ke depan and martabatkan business bridal di Penang ini.
Business.

Kerjaya di USM
Tahun 2009 adalah tahun ke 4 i olls kat USM.  Kelas Kak Maria.  Tahun ini,  i olls berkesempatan serve dua boss.  Tapi i olls masih di posisi yang sama,  Pejabat Timbalan Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar).  Dan mulai 2010,  i olls akan dapat boss baru.  Dari awal tahun hingga hujung tahun,  memang kerja banyak sangat.  Makin mencabar,  mungkin sebab sekarang USM dah dapat status APEX.  Kami di undergrad office pun,  rasa impaknya.  But apa pun.  I will always to my best. 
Paling best dapat Anugerah Khidmat Cemerlang untuk tahun 2008.  Selain itu,  i olls jugak kini telah mendapat pengiktirafan dan penghargaan apabila pihak Unit Latihan USM sendiri telah menjemput i olls untuk memberikan ceramah berkaitan penampilan dan solekan untuk kursus yang dianjurkan untuk para kakitangan USM.  Kelas Kak Maria.  So,  peranan DUTA DIVA USM ni dah tambah la kan?  PA,  Bintang USM,  Penyanyi,  Mental Health Facilitator dan juga Penceramah Bidang Solekan dan Penambilan?






Jumie Samsudin dalam Media Cetak dan Media Elektronik
Tahun ini,  i olls telah masuk TV.  Paper dan jugak majalah.  Dalam negara dan jugak di luar negara.  Berikut adalah senarai untuk rujukan u olls semua.  Kelas Kak Maria. 






Hasil Titik Keringat,  Reward Untuk Diri Sendiri
U olls.  Tahun ni,  banyak duit dapat simpan.  Tapi banyak jugak habis kan?  Tapi takpa,  apa guna kerja kuat tapi duit kita simpan duk pi bagi kat orang and buat benda yang kita sendiri tak rasa apa.  Persetan apa orang nak cakap dan kutuk,  yang penting u olls happy and puas hati.  Niat u olls baik ke tak,  Allah ja tau.  Macam i olls,  suka shopping tapi tak minat sangat nak kumpul handbag apa semua. 

I olls suka beli emaih and benda-benda penting yang boleh i olls pakai untuk faedah business ku ini.  Kalau dapat laki kaya takpalah,  buat koleksi LV kan?








Pengalaman Baru
Syukur,  tahun ini jugak i olls berkesempatan menimba ilmu-ilmu dan pengalaman yang sungguh berharga untuk kemajuan diri i olls ini.  U olls tengok la sendiri kan.  Kegembiraan ku ini amatlah bermakna untuk kita semua kan?  So,  tengok tahun depan pulak.  Apa yang bakal meniba?  Kalau tahun ni dapat nyanyi depan Raja Perlis,  kot-kot tahun depan dapat nyanyi depan Nelson Mandela.  Kelas Kak Maria.








Kembara Jumie Samsudin

Alhamdulilah,  atas rezeki yang Allah bagi.  Kalau dulu nak travel kena naik bas.  Sekarang ni dah mampu naik MAS u olls.  Alhamdulllah.  Syukur sangat.  Tapi Dorrie pun amat banyak bagi i olls peluang jalan-jalan sana sini.  Berikut adalah senarai destinasi cinta yang aku dah menyampaikan diri sepanjang tahun 2009.  Banyak jugak okay!  Siries. 

Dan tahun ni,  tercapai impian nak ke luar negara.  So tahun depan.  Kena kerja kuat,  nak plan melancong ke banyak tempat lagi.  Pusing ASEAN dulu!!













Best Event of 2009
U olls.  Macam biasalah,  family bangsawan ini tidak dapat lari daripada dijemput untuk menghadiri party-party,  majlis koktel,  majlis indoi baby,  dan macam-macam lagi.  So ini antara party yang best i olls attended kerana ada nostalgia di sebaliknya. 


School of Social Sciences USM 2009 Masquerade Party at Traders Hotel  |  Facebook Album



Pertunangan,  Perkahwinan dan Orang Baru dalam Keluarga Bangsawan Jumie Samsudin
Tahun ini, i olls dapat terima berita gempak.  Tak gempak.  Panaz.  Tak panaz dan macam-macma lagi.  Apa pun,  yang terpanas dan tergempak iaitu tarikh pertunangan,  pernikahan atau persandingan i olls tak kuak lagi k.  Pastinya akan diwarwarkan tidak lama lagi.  U olls doa la ok.  Hanya yang terbaik dan seikhlasnya dari kami.  Aku dan Khafi tengah plan la ni u olls.  Sampai dah nak migrain aku ni.  Tapi takpa.  Kita dah niat,  dah doa just usaha.  Ampa semua jangan lupa simpan duit untuk beli hadiah dari sekarang!! WAKAKAKAK



















Belog Jumie Samsudin - semakin KELAS KAK MARIA

Tak ku sangka,  minat yang mendalam dalam penulisan bebas ini telah menjadikan bahan bacaan utama ramai kawan-kawan ku.  Thanks u olls sebab sudi baca.  Memang aku menulis untuk kalian semua.  Setiap senyuman,  gelak berguling dan rembesan air mata malah hati-hati yang terpanah dengan petir Kak Janz adalah suatu perkongsian hidup ku dan kamu.  Thanks sebab sudi menjadi sebahagian daripada keluarga bangsawan Kak Janz.  Kalau dulu update seminggu 2 hingga 3 kali,  taip now since ada wireless internet kat rumah gigih ni!  Sehari dua article katanya. 

Kalau dulu sekadar catatan harian yang ingin dikongsi,  sekarang ni dah siap ada segmen u olls.  Pesan Kak Janz,  Dari Lensa Kak Berry,  Catatan Kembara,  Movie of the Month,  Personaliti of the month dan macam-macam lagi.  Contohnya,  kalu dulu yang jadi calon PBI just kawan-kawan dan teman rapat satu USM.  Now model and pelakon pun dalam listing PBI Belog Jumie Samsudin okay.  Macam majalah Karangkraf dah u olls.  Oprah.com pun kalah u olls.  Thanks u olls semua.  Saya akan terus menulis.  Dedikasi penulisan ku adalah untuk membuat u olls tersenyum sorang-sorang.  KANTOI!  Harapan nanti kita boleh buat jumiejumie.com plaks!  Sapa nak jadi sponsor??

Paling tak dapat dilupakan,  i olls buat pertandingan buat header untuk belog Jumie Samsudin.  Hadiah pun ada u olls.  Noks,  aku rasa lah,  pertandingan ini haruslah dijadikan acara tahunan.  Malah kita boleh dapatkan sponsor dari syarikat-syarikat untuk bagi hadiah okay.  KELAS KAK MARIA.  So pertandingan tahun depan apa noks?  PERTANDINGAN MEREKA WEDDING KEBAYA FOR JUMIE SAMSUDIN!  Kelas Kak Maria...En.  Hatta,  En.  Rizman Ruzaimi u olls nak join tak?  HEHEHEHE


Peristiwa Paling Tak Best
U olls hidup ini umpama roda.  Jatuh dan musnah itu adalah lumrah kehidupan.  Dinasti Maharaja China pun jatuh u olls.  Ini kan akak?  Ingat senangkah jadi Jumie Samsudin.  Semuanya orang nak tau.  Nak kata.  HAHAHA.  Tulah.  Hang pun gatai kan semua benda nak cerita dalam belog ni kan? HAHAHA.  Mula-mula dulu,  kalau kena kutuk ka kena hina.  Aku akan emo dan jadi takdak mood satu hari,  tapi now ADA AKU KESAH?  I olls ada u olls semua yang amat menghargai ku sebagai diri ku.  So,  senang cerita kita buang semua negativity yang mencemarkan aura baik diri kita.  Mana yang suka duk mai carik gado,  carik pasai.  Kita jangan kacau depa.  Bak kata Dr.  Kamarulzaman Askandar,  PEACE maker "Jangan layan bangsa yang lemah,"  KELAS KAK MARIA!

Di bawah.  Adalah senarai ringkas benda benda tak best yang jadi kat i olls sepanjang 2009 sebagai mengenang dan iktibar untuk diri sendiri.  Kepada yang telah pergi meninggalkan kita,  ku kirimkan takziah.  Buat yang mencaci dan terasa dengan panahan petir Kak Janz, 














Penutup
Syukur ke hadrat Ilahi. I olls masih lagi bangun pagi,  boleh sedut udara,  mata boleh nampak,  mulut masih kuar suara,  boleh cakap,  telinga tak pekak lagi (kadang-kadang ja),  anggota badan lain semua masih lagi di tempat yang sepatutnya.  ALHAMDULILLAH.  I olls memang amat tenang dan syukur sangat.  Pada awal tahun ini,  semuanya berjalan normal dan biasa.  Dari April hingga Ogos,  tahap kegembiraan dan kemewahan hidup ku amatlah tersungguh lengkap dan fullfiling.  Duit banyak,  business pun kencang.  Tapi bila berlaku sesuatu yang tak best pada September 2009,  semuanya telah bertukar.  I olls pun jadi lebih berani dan lebih seksi.  Tapi ramai yang kata,  i olls lebih cantek.  Thanks u olls.  Cantik itu datang dari hati yang tenang.
Saya juga ingin meminta maaf secara terbuka untuk semua pihak yang banyak menjadi bahan kutukan i olls sepanjang tahun ini.  Maafkan i u olls.  Tapi u olls...sebab blog i u pun jadi POPULAR kan?  KELAS KAK MARIA!

Salam sayang dari Jumie Samsudin dan En.  Khafi.  Lani kami dorang duk planning yang paling terbaik untuk buat masjid yang ingin kami dirikan.  Percaya atau tak,  sebab terlalu busy sampai lani aku tak dapat cakap dengan family semua tentang kesungguhan niat kami ini.  Takpa,  lek u ols!  Jangan sampai yang dikejar tak dapat.  Yang digendong berciciran.  Kami nak buat majlis yang paling simple,  tapi semua orang happy dan gembira.  Mungkin nanti nak mintak pandangan u olls semua.
Okaylah. Duk ver-ver ja kan?  Dah 11.30 malam dah. Esok nak kerja lagi.

Good bye 2009

SELAMAT DATANG 2010!!  

Press Release | Jumie Samsudin dalam Majalah Rapi Januari 2010

U olls.  Ingat tak hari tu I olls kecoh-kecoh ke Shah Alam katanya buat photoshoot kat Karangkraf.  Mengamuk segala spisis mak ayam dan mak burung yang berada di habitat Shah Alam kan?  Sebab i olls bercemar duli tampa memberitahu sekelian keluarga bangsawan.  Kadang-kadang sedih u olls.  Bukanlah tak mau nak memergi kat u olls semua.  Macamlah i olls memergi ke sana ke mari naik burung sakti kan?  Atau limosin yang ada jakuzi dalam dia tu kan?  I olls musafir okay.  Menumpang orang.  Kena ikut la rentak orang.  Naik kereta kuda la.  Kereta lembu la.  Kalau kita pun kecoh nak suruh arah-arah ke sana ke mari,  nanti dayang -dayang aku terus panah petir kat I "Hang ingat hang sapa?"

So,  sekali lagi terpaksa bebel.  Kalau sapa yang nak amik -amik hati sebab tak dapat jumpa dengan u olls bila berada di kawasan larangan berkenaan,  i olls menghormati u olls.  Tapi i olls angkat bendera putih okay.  I olls terima semua cemuhan.

Okay,  sudah.  Tak mau membebel.

Baiklah,  seperti yang telah diwarwarkan maka i olls telah selamat dikeluarkan dalam Majalah Rapi Keluaran Januari 2010 muka depan iaitu Tiz Zaqyah.  Sila lihat muka surat 114. 



So jangan lupa untuk dapatkan satu naskah majalah ini dan potonglah gambak Kak Janz dalam majalah itu dan boh dalam frame.  Boleh gantung kat ruang tamu rumah u olls.  Paling elok kat tempat yang dekat dengan meja makan.  Mesti berselera u olls tengok gambar i kan sambil makan?

Kepada bakal adik ipar ku yang kini sedang membaca belog ini,  HEHEHE..."Naper Akmal..tak cayer ehk GF Abang Apis masuk dalam majalah?  Jangan tanya kat Abang lagi sapa Kak Janz ni sapa.  Tunggu nanti Akmal datang Penang,  kita kenalan ok,"  MUAH!!

Adik lelaki En.  Khafi,  my BF iaitu Akmal dah berapa kali tak senang duduk ni.  Duk asyik tanya sapa GF abang ni?  Sapa Kak Janz ni?  HEHEHEHE.....


Okaylah u olls,  dikesempatan ini,  saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang setinggi-tinggi kasih kepada BAPAK AYAM ku,  ABANG NAN yang telah melobiku untuk memasuk ku dalam majalah.  Terima kasih Abang Nan.  

Abang Nan merupakan make up artist dari Kuala Lumpur.  My bapak ayam,  my sifu.  Beliau memang banyak buat events dengan Rizman Ruzaimi okay.  So untuk u olls yang nak mendapatkan khidmat solekan,  wedding decoration,  pelamin,  hantaran atau wedding planner dengan Abang Nan boleh hubungi beliau seperti berikut.


ps/  Yang lain-lain jangan nak over add Facebook abang Nan sebab verver nak masuk majalah okay!  Hanya golongan bangsawan yang boleh.  Kan Abang Nan kan?

Kak Janz Mabok Purple

U olls. Musim mengawan dah habis. Waduh-waduh. Makin tebal isi kulit I olls akibat pemakanan yang kurang sihat akibat musim kenduri kendara ini. Mana taknya, setelah penat merembeskan karya seni di wajah pengantin maka apabila dijemput untuk memakan nasik kenduri dalam cuaca yang terik dan panas itu amatlah membuka selera dan nafsu jantanz Kak Janz!

Kalau satu kenduri takpa u olls. Kalau sehari ada dua make up, di tambah dengan jemputan kenduri Bangsawan di sana sini. Takder maknanya diet ku ini.  Ini antara pengantin bangsawan yang telah mendapat khidmat make up dengan The House of Red Gincu.  Ada lagi pengantin-pengantin yang sangat VVIP dan mohon jasa baik akak untuk tidak paparkan dalam belog.  I olls dah biasa simpan rahasia dan privasi para pelanggan.  Pihak media ni jahat u olls.  Nanti mesti depa nak sogok I nak bayar untuk i bukak rahsia.  U olls jangan mara ok.  Permintaan pelanggan harus di hormati.  :)  KELAS KAK MARIA. 




Sekarang ini, Kak Janz gigih berpuasa dan mendietkan diri. Tapi disamping itu, I olls ingin bercerita tentang mabuk mabik yang I olls alami pada musim kenduri yang lalu. Bukan mabuk arak u olls. (Astagjfirullah Hal Azim). Tapi mabuk kaler purple yakni dalam bahasa Melesia, UNGU.

Jadual make up I olls agak ketat bermula 12 Disember 2009. Toward the end of the cutis sekolah baru tempahan mula mengetat. Yang tarikhg sebelum- sebelum tu, mula-mula ketat pastu longgar akibat pengkenselan di saat-saat akhir. Bab tu, I olls tak kuasa nak ulas lagi. Dah penah bebel sekali kan? I olls mendoakan kepada mereka yang kensel di saat akhir itu dan juga those yang terus diam tak respon OK ka TAK OK agar berbahagia hingga ke akhir hayat. Amin. Rezeki Allah tentukan. Mungkin dah tertulis rezeki I takder kat situ.

Okay, kembali pada tarikh ketat yang dinyatakan tadi iaitu 12 Disember 2009, sampailah 26 Disember 2009 adalah dimaklumkan semuanya berwarna UNGU.  Dari Masjid Negeri,  then ke Balik Pulau,  ke Kuala Lumpur then back to Penang dan akhirnya Teluk Intan semuanya ungu u olls.





Tapi apa pun,  actually sajala i olls nak cerita kat sini.  Memang sekarang ni adalah musim warna BOLD kan?  Merah dan hitam adalah sangat trend sekarang ni.  Tapi tak kisah la.  Ngomelan aku ini tak bermakna pun.  Dah kalau inilah citarasa pengantin itu,  pastinya indah di mata dia.  Dia nak kawen kan?  Yang hang kekwat nak komen-komen pasai pa?

Inilah trend pelamin masa kini u olls! Hitam okay!  Ini Zulia and Ijan masa kat Puchong.  Yang tengah-tengah tu Kak Janz.


Dikesempatan ini,  i olls ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah untuk semua pelanggan kami di The House of Red Gincu kerana telah melangsungkan majlid pernikahan,  persandingan malah mengikat tali pertunangan.  Hope lepas ni,  masa nikah dan sanding,  sudi-sudi lah amik perkhidmatan dengan we olls jugak lagi k.

Untuk tengok lebih banyak pakej-pakej perkhidamatan dan galeri terbaru dari our latest pelanggan,  sila layari laman blog kami dengan click pautan di bawah  :





ps/  Nanti Jumie and Khafi nak buat colour apa?  :)

JUMIE SAMSUDIN TALK SHOW : Mengapa Masyarakat Anjing Suka Menghina Mereka yang Menjadi Mangsa Penceraian?



JUMIE SAMSUDIN TALK SHOW  :  Mengapa Masyarakat Anjing Suka Menghina Mereka yang Menjadi Mangsa Penceraian?



U olls.  Selamat mendatang ke TalkShow Jumie Samsudin | I Am Kak Janz yang buat pertama kalinya dibawakan secara ekselusif kepada u olls semua dari Hallmark Broadcasting Studio,  California melalui siaran Facebook u olls semua.  Topik kita pada hari ini, of course topik yang amat panas dan pastinya membuatkan u olls semua teringin hendak memberi sedikit perkongsian rembesan minda.  I hope semua pembaca bersedia dengan stetment panas tanpa sensor dari semua panel jemputan Kak Janz.  Mana yang baik amiklah sebagai iktibar.  Mana yang dinch baik itu, u olls buang saja.



U olls. Topik hari ini akak tujukan kepada semua orang yang dah rasa kehidupan mereka and pasangan mereka adalah paling perfect di donia yang fana ini.  Akak sarankan agar u olls tidak memandang rendah kepada we olls yang asyek diperkotak katik oleh Bf2 and duda we olls. We olls tak perfect macam u olls. U olls perfect sebab ada scanner yang boleh detect pasangan u olls baik atau tak.

Bersama-sama Kak Janz di studio adalah :

En.  Nor Hamizi,  dude anak satu.  Pn.  Siti Murni Ishak,  janda lemah lembut.  Golongan Pencinta Suami yang setia iaitu Puan Azura Jaapar,   Pn.  Taqinah Adnan,  Pn.  Shiqah Ebrahim dan Pn.  Veena Ariffin.  Penyanyi dangdut yang terhangat masa kini,  Ms.  VyDa Ngadimon.  Yang juga seorang janda.
Perempuan Bawean pertama menjadi Ford Model - Ms.  Nurul Syazwani Subhan.  Pengulas Politik Astro Awani -  Mr.  Pradeeb Kumar.  Ustaz Masjid Taman Melawati KL - Ust.  Anwar Mustaffa. Pelakon Jepun yang boleh cakap Melayu - Sinchan Kiyaki.  Pejuang Hak Wanita (Wakil KANITA USM) - Mohd Nor Azren.

Kita mulakan topik hangat kita hari ini dengan En.  Mizi yang nampaknya dari tadi macam eksaited sangat nak cakap.


Nor Hamizi  :  Setuju kak janzz,  saya selaku wakil persatuan DUDE seMalaysia menghargai dan menyokong perjuangan kak janzz.  Kak janzz sukerr arr ur kerongsang sakti kat baju merah u tu ... motipppp pakai kerongsang besaq tuh???

Azura Jaapar  :  Sape yg dok rasa dia paling PERFECT dlm dunia ni adalah org yg paling MISKIN luaq dalam hoccay.... dah nama pun dpt pasangan spesis MANUSIA, dah sah-sah la tak perfect.  Sebab manusia la yg paling banyak wat kesalahan di atas dunia yg fana nih.... huhuhuhuhu....

Jumie Samsudin berkata  :  En. Mizi (dude yang hotz),  I olls duk gelak sebab u olls kalau buat stetment pastu mesti suka LAREEK.....CABOUTT....ahahah..Cumels u olls. I olls pun suka kerongsang besar itu daripada Evon. Tak semua orang tau cara memakainya...Bangsawan ja tau... :)  Kak Zura,  tulah u olls. Kak Janz memang tak suka la.  Harap lebih ramai bagi pendapat tentang topik akak ini!

Nor Hamizi  :  Ala kak janzz memang kerongsang tu meletops k mmg u ada taste.  Topik kak janzz memang bagus nih.  Kalau Azwan Ali dah cakap ada aku kesah cak cak cak cak,  yg penting kita yg J&D ni still meletop n depa saja jelesss ..ahakss

VyDa Ngadimon  :  Takder saper yg perfect.  Betul tk kak janz,  jangan memandang rendah macam we oulls kan kak janz.

Jumie Samsudin  :  Tau takpaaa.....akak sedih la. Kalau i olls tau En. Duda sangat gampang. Of course dari awal akak dah memblahkan diri akak. Dah nasib akak macam ni. So, just face it dengan cara paling positive la kan. Tapi mengapa ada yang bersikap prejudis dengan mengata macam tu kat akak? Akak tau akak ni lemah lembut dan sopan. Akak terasa u olls bila dikata macam tu. Macam semua ni salah akak pulak.


Siti Murni Ishak  :  Setuju kak janz...!! Sangat-sangat!! Kdang-kadang panas tak sampai ke pkl 5,  pukul 11 dah start mendung.  Oleh itu,  jangan la proud yang teramat-amat sehingga membuatkan kitorang ni terasa seperti berprofil rendah dan tak memiliki kehidupan yang sempurna. 

VyDa Ngadimon  :  Sama la dengan i olls Kak Janz.  En.  Duda saya tu buat macami olls yang salah semuanya.  Lelaki memang macam ni Kak Janz.  Biler dah tak suker,  ada jer yang tak kena dengan kiter.  Sabar jer la Kak Janz.  Pastu kan Kak Janz,  lelaki ramai yang nak amik kesempatan kat orang yang ada status macam kita ni.  Tau lah kita ni JANZ MELETOP,HOT N SANTEK.  Ingat we olls nie per,  desprate sgt nak jantan ker!!  Yang tu, memang betui. Tapi bukan lelaki ja. Perempuan ada jugak. Jadi kita kena pandai jaga diri and maruah kita la u olls. Kalau dah nampak dari awal terang-terang suloh dia nak pukaki u olls jah. Baik CABOT! Yang jenis macam ni, pakai scanner lama pun boleh tau!


Jumie Samsudin  :  Tulah...akak geram u olls. Lebih sedih, ada yang pandang rendah kat janda cantik macam akak. Sebab sepanjang umur akak yang baru 17 tahun ni(hahaha..tipu umur) dah 5 kali akak putus cinta. Semuanya orang tinggal akak. Padahal...akak tak pernah buat durjana bila berkapel dengan seseorang. Semua depa yang membuat onar.

Pradeeb Kumar  :  Yo sis,  u belum jumpa da real right person lagi tu.  Soon,  u will jumpa and he will help u kembangkan bisnes u.  Sabar sikit lagi.

Jumie Samsudin  :  I olls nak dengar pendapat duda duda dan jantan di luar sana...please...ada sapa sapa lain boleh bagi komen?

Taqinah Adnan  :  Kak Janz relaks la.  Takyah nak bersedih.  Allah dah janjikan  "Wanita yang buruk itu untuk lelaki yang buruk dan lelaki yang buruk itu untuk wanita yang buruk, sedangkan wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik.. (surah an-nur:26)"

Jumie Samsudin  :  Thanks Taqinah. Memang itulah yang akak selalu ingat untuk positivekan hati akak.  Akak ingin menjemput lebih banyak pendapat.   Bersama-sama kita ialah Ms.  Syazwani,  model wanita Bawean pertama yang dapat sign contract dengan Ford Model Agency.  Sila berikan komen u olls.

Nurul Syazwani Subhan  :  Thanks mak menakan ku,  Jumie a.k.a Kak Janz.  Memandangkan aku pun dah jadik pengikut setia hang.  Aku pun tak setuju dgn masyarakat yang menghina penceraian.  Bagi aku penceraian bukan la pengakhiran sesebuah kehidupan tu.  Life must go on.  Aku tak pernah pandang serong dengan sesapa yang bercerai.  Mesti depa ada sebab musabab sendiri kan.

Anwar Mustaffa  : Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Masyarakat yg menghina penceraian bolah dikatakan sama menghina hukum ALLAH s.w.t sebabnya semua tu dah tertulis dan contoh jika si isteri berlaku curang dan mengadakan hubungan sulit dgn lelaki lain sehingga tertangkap oleh si suami maka si isteri harus diceraikan dgn hukum NUSYUK iaitu diceraikan dan tidak boleh menuntut aper2 pun hak bersama.  Ini contoh yer,  boleh bincang tapi jangan akidah kiter lari bahaya tu hukumnya kene mengucap 2 kalimah syahadah balik......


Mohd Nor Azren  :  Yea kak JANZ!! Mangsa-mangsa penceraian perlu mendapatkan hak-hak yang mereka patut dapat iaitu maruah!! Pasal kan orang lain,  kite lak yang jadi mangsa..tetapi sesungguhnya kak JANZ setiap penceraian i2 akan mematangkan lagi seseorg utk menempuh hidup yg sememangnya mencabar ini.

Anwar Mustaffa  :  Scaner terbaik adalah solat sunat,  solat hajat dan solat isthiharah.....mintak ALLAH s.w.t beri petunjuk.  Miss u Jue.

Sinchan Kiyaki  :  Kak Janz.  Bagi kami yang dulunya 3 tahun menjanda dan kali ni penjandaan kami telah pun berakhir.  Alhamdulillah,  tapi kalo Kak Janz nak tau.  Ssepanjang tempoh penjandaan tuh cukup manyak dugaan.  Kalau kami tak kuat semangat,  dah lama kami jatuh tersungkoq dan teterap,  bukan apa Kak Janz,  macam Kak Janz cakaplah,  kalau kita rasa kapel kita tu tak sesuai.  Mestilah kita dah blah.

Anwar Mustaffa  :  Betul tu Ms.  Sinchan.

Sinchan Kiyaki  :  Kalau apa yg org komen tu untuk kebaikan,  boleh la kita tapis dan gunakan.  Tapi kalau yang boleh menjerumuskan kepada keburukan.  Kita abaikan ja.  So pada orang yang suka sangat mengkompare kebahagiaan dankesengseraan orang lain,  dah la.  Kalu kita bahagia,  kita doakan orang lain bahadia jugak. 

Shiqah Ebrahim  :  Percayalah setiap manusia ditakdirkan untuk hidup berpasangan.  Cuma berdoa,   bertawakal dan berusalah mencarinya dan jangan putus harapan:)  Semoga berbahagia selalu dan doakan akak bertemu dengan orang yang betui-betui menyayangi dan menghargai akak.  Amin.

Jumie Samsudin  :  U olls.  Nampaknya kita telah dicemburui oleh masa.  Thanks kepada semua komen and pendapat yang dihantar oleh u olls semua. Akak berasa sangat hepi kerana dapat belajar banyak jugak dengan u olls. Tapi ingin saya ingatkan kepada u olls semua sekali lagi, tujuan topik kita pada hari ini bukanlah tentang nasib jodoh akak. Secara jeneral, apa yang akak nak u olls bagi pendapat adalah tentang sikap masyarakat yang suka menghina dan compare kebahagiaan perhubungan mereka dengan pasangan lain.


ps/  Semua penonton dan tetamu yang datang ke studio pada hari ini,  akan mendapat hamper pencuci khas yang berjudul "Pepek Semerbak".  Selamat mencuci.

Merry Christmas and Happy New Year

Saya ingin mengucapkan Merry Christmas and Happy New Year untuk semua pembaca belog Jumie Samsudin.



ps/  Jangan lupa bukak tingkap,  nanti Abang Santa nak masuk bagi adiah kat ampa.  Kat Melesia,  rumah kita mana ada lubang api macam ni kan?  Kim salam kat Abang Santa. 

DIPERLUKAN SEGERA : JAWATAN KOSONG SEBAGAI PEMBANTU TADBIR (KESETIAUSAHAAN) N17 DI USM



Pihak Sekretariat Program Kualiti USM sedang mencari seorang Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17 yang memiliki kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.  Jawatan yang ditawarkan ini adalah dengan status sementara dan berpeluang diserapkan sebagai tetap mengikut pencapaian prestasi individu tersebut.

Jawatan ini akan berkhidmat untuk Timbalan Pendaftar di Unit Sekretariat Program Kualiti USM dengan gaji seperti yang tertakluk kepada skim perkhidmatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) Gred N17 [P1T1] iaitu sebanyak RM656.30 juga layak menerima semua eluan - elaun wajib diterima penjawat awam yang setaraf dengan jawatan ini.

Jika anda berminat,  sila isi kemukakan Online Resume anda melalui E Recruit USM Portal dan hantarkan salinan dalam bentuk PDF kepada En.  Husin Yahaya,  Timbalan Pendaftar,  Universiti Sains Malaysia [emel  :  husin@notes.usm.my

Sekiranya anda masih belum mempunyai passport E Recruit USM,  sila daftar di sini  :  E Recruit Portal USM


Sekian,  harap maklum.


Jumizah Samsudin
Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan)
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan
11800  Universiti Sains Malaysia
Pulau Pinang,  Malaysia
Emel  :  jumizah@notes.usm.my
No  Tel  :  04-653 3361
No Faks  :  04-657 0918


Contact Me Facebook


MODERATOR FAN PAGE JUMIE!!

U olls.  Tau kan aku ada Fan Page Jumie Samsudin kat Facebook.  Gedik kan?  Actually sapa pun boleh buat.  Tak semestinya hang betui-betui artist. Kueh karipap pun ada FAN PAGE dia sendiri ok.  KELAS KAK MARIA.  Aku pun of course lah dah jadi peminat KARIPAP di Fan Page.

Actually,  aku saja la buat Fan Page ini sebagai satu langkah mendapat publisiti murahan sebagai seorang belogger yang gila glamor.  Tapi disebalik niat itu,  ada jugak niat ikhlas yang terselindung iaitu ingin mewujudkan satu laman bebas dan independent kepada semua pembaca belog Jumie Samsudin yang ada Facebook untuk sama-sama discuss,  bincang,  lawan komen,  bagi idea dan macam-macam lagi.  Pendek kata...MEMERIAH U OLLSkan belog akak lagi!! KELAS KAK MARIA!!

So far dah ada lebih kurang 600 fans u olls.  Antara FANS VIP yang sudi menjadi FANS Jumie Samsudin adalah nama-nama seperti Dato' Prof. Jamaludin Mohaiadin (Bekas TNC HEPP USM),   Pemuda dan Puteri  Umno Bahagian Jelutong,   Hassan Abu Bakar,   Jameela Dato Yasin a.k.a Kak Senduk (MY IDOLA),  Sasha Saidin (AHLI KUMPULAN ELITE) dan Ayangkamell Ibrahim (MY FEVERET MAKE UP ARTIST).

So u olls bila nak jadi fans akak pulak?  Sapa yang belum jadi lagi,  silakah mengclik sini  :




Jadi,  oleh itu,  maka demikian,  saya ingin menjemput.  Sapa nak jadi admin.  Please contact me okay.  MUAH!!

Mari kita sama-sama meriahkan Belog Jumie Samsudin.

[Personaliti Bulan Ini] Intan Suhana

U olls.  Wah….apa habak u olls semua.  Bulan ini, akak nak kenalkan PBI untuk bulan ini. Buat kali pertamanya I olls akan perkenalkan wanita tulen ok.  HEHEHE.  Ramai yang complaint Kak Janz,  terutamanya jantan la.  Naper akak asyek letak jantan je?  Letakla perempuan pulakkan? 



Baiklah.  Sebagai tanda kasih sayang I olls untuk semua pembaca belog

Jumie Samsudin,  akak nak perkenalkan Intan Suhana.  Adik –adik akak yang akak kenal sejak pertengahan tahun ini dalam satu pertemuan ringkas dengan kawan-kawan.  Manis dan sungguh cantik budak ni.  Mulut pun manis.  Senyum ja.  Macam tu la cantik.  Janganla duk buat muka chong ja. 


Setengah perempuan cantik ni, sombong.  Senyum pun tak reti.  Tak macam Intan.  Selain dari cantik,  dia juga peramah dan lawak.  Okaylah,  I olls tak mau citer banyak.  Maka oleh itu,  marilah kita baca sedikit sebanyak mengenai Intan.


Intan Suhana  Minat dalam Bidang Tarian

Intan Suhana yang merupakan anak ke tiga daripada 5 adik beradik ini amat meminati bidang tarian sejak di bangku sekolah lagi u olls.  Tapi mula aktif dalam persembahan tarian di sekitar Penang bermula di tingkatan 1.  Paling seronot apabila beliau dapat menjadi sebahagian daripada pasukan team penari di Dataran Merdeka bagi persembahan Citrawarna Malaysia (Cuti-cuti Malaysia).  Walaupun dah boleh dikira terror dengan bentuk tarian tradisional kontem Melayu,  tapi dia paling minat sekali tarian Latin.  Kelas Kak Maria.  Kak Janz terror gak tarian tu.

Dulu la,  sebab selalu ikut sepupu akak iaitu JLo memergi praktis untuk Moving Colour Show.   Memang betui u olls.  Intan and I olls pun bersetuju,  tarian ini amat baik untuk stamina dan kesihatan tubuh badan.  Sebab dah macam work out kan?  Sebab tu lah penari –penari mempunyai body yang cantik.  Lentik ok.

Intan Suhana  Sayang Kucing

U olls tau tak. Intan jugak adalah anak Penang 50% macam Kak Janz.    Kami dilahirkan di negeri lain,  tapi dibesarkan di Penang.  Macam Intan dilahirkan di Perak Darul Ridzuan.  I olls dulu dilahirkan di Venezuela.  Sebab tu I olls punya IC 02 kat tengah.  Dia jugak penyayang dan peminat kucing.  Kalau cakap pengalaman jadi bidan kucing tu of course la pernah kan?  And dia jugak kesian kalau tengok kucing kat tepi jalan. 

Rasa macam nak bawak balik semuanya.  Bila ditanya mengapa dia suka kucing, dan bukan binatang lain,  Intan kata “Kucing ni istimewa.  Paling buat Intan sayang dengan kucing ialah apabila kita susah hati,  and sedih,  kita cakap dengan kucing,  rasa macam dia faham sangat apa yang kita cakap,” .  Kelas Kak Maria.  Akak mendoakan,  suatu hari kucing u olls akan cakap dengan Intan balik.  HEHEHE


Intan Suhana yang Singgel

Yes.  Anak ayam Kak Janz ini masih singgel.  Kenapa?  U olls tak caya perempuan cantik macam kami masih singgel. (Marah En.  Khafi kalau baca stetment akak ini).  Bagi Intan,  dia bukannya memilih tapi buat masa ini mungkin belum jumpa yang berkenan di hati.  Wah…Kelas Kak Maria. 

Intan cakap,  HAH…JANTAN JANTAN SEKALIAN YANG SUKA BACA PILIHAN PBI BELOG KAK JANZ BULAN INI SILA AMIK PEN DAN KERTAS DAN SALIN APA YANG INTAN NAK CAKAP NI – Intan mencari seorang lelaki yang boleh dijadikan teman,  memahami,  boleh bertolak ansur,  romantic dan cool.  Rupa tu bukanlah perkara utama.  Yang penting sedap mata memandang.  Betui la Nok.  Mata kita jugak nak tengok kan?  Tapi jangan hemsem dan jambu sangat Noks.  Nanti matilah hang.  Kena bersaing dengan para Che Ki yang menanti dengan tangan terbuka.  Tak kira lagi PLU PLU yang menanti dengan mulut terbuka.



Ucapan khas untuk semua pembaca blog Jumie Samsudin  : 
Intan ingin mengucapkan salam penghargaan kepada Kak Jumie yang sudi memberikan kesempatan kepada Intan untuk jadi PBI Wanita pertama dalam belog Kak Jumie.  Saya harap jugak lepas ni,  lebih ramai wanita dan gadis-gadis

yang berani tampil untuk jadi PBI Belog Jumie Samsudin.  Kenapa nak takut?  Kak Janz kan ada.  Sekian,  salam sayang untuk semua.  Jangan biarkan hidup kita ditindas oleh oran lain.  MUAX!!


Email / YM  :  amethyst8588@yahoo.com

Facebook Intan  :  Diamond Sapphire

Stetment Puaka dari kawan -kawan Kak Jans

U olls.  Sepanjang 2009 ini. Aku dengan gigihnya telah mengumpulkan senarai beberapa statement puaka menyentap oleh sahabat handai  sanak saudara ku yang merupakan ahli keluarga kaum kerabat Bangsawan Sundalina.

Setiap kali u olls merembes satu statement yang membuatkan i olls tersentap dan dipanah petir.  I olls terus mencatatkannya.  Dan kumpulkan dalam notepad khas.  Kini dengan teknologi Kak Berry.  Aku akan terus mengumpulkannya.

Terima kasih kepada kalian semua.  Walaupun u olls anggap statement dan kata-kata simplistik u olls ini tiada erti dan adakalanya u olls telah lupakan,  tapi aku tidak pernah lupakannya.  Jadi di sini,  aku ingin kongsi dengan kalian semua.  Untuk tatapan dan renungan kita bersama.
  1. Manusia hanya boleh menilai binatang, yang menilai manusia hanya Tuhan saja - Kak Ketty @ Nur Hafiezah Norpeah.

  2. Kalau hang rasa hang tak cantik, ada lagi 10 orang tak cantik dari hang. Kalau hang rasa hang tu cantik, ada 10 orang lagi meletops dari hang! - Kak Ct D Amor @ Siti Mariam

  3. Mak kata, nak buat apa pun biak sederhana! Makan, tidok, marah, belanja, tengok tivi, even bercinta!! - Kak Ulie @ Julie Samsudin

  4. Masuk kandang kambing mengembek, masuk CLUBBING - KETWOK!! - Kak Janz @ Jumie Samsudin
  5. Cinta lahir dari hati yang tenang - Mak Janz @ Faridah Abdullah ketika menegur Kak Janz yang confused antara sayang dan suka!

  6. Orang yang pergi clubbing adalah lebih mulia daripada pengikut Ayah Pin!! - Abang Coco USM


  7. Take it or leave it.  Kak Baby @ Zarina Abdul Rahman

  8. Kawan yang baik,  dia kutuk depan.  Kawan yang babi dia kutuk belakang - Kak Janz @ Jumie Samsudin


  9. Kalau pondan pun tak taste hang,  jangan harap perempuan nak taste hang - Abang Coco USM

  10. Kucing pun tau malu.  Dia nak beranak pun pandai carik tempat sembunyi - Kak Edeh @ Mak Saya


  11. Biar gila,  jangan bodo. - Sam Styllo @ Hisham Ismail


  12. Cinta pertama yang hilang macam makan nasik goreng kat satu kedai tomyam.  Best and sedap gila.  Pastu layanan pun best.  Hang makan punya sedap.  Sampaikan bila hang dapat nasik goreng lain,  hang akan kata,  tak makan pun takpa. - Amed Miziko @ Tarmizi Jaapar.
ps/  Rembesan kata adalah lebih tajam dari pedang Ninja!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...