14.1.09

Birokrasi atau KEREKsi- Pengalaman di Pusat Sejahtera USM

?Apa itu birokrasi?
  • Sistem pentabiran atau pengurusan yang melibatkan pelbagai peringkat dan mengandungi banyak peraturan.
?Siapa Chin Chin?
  • Tan Chin Chin adalah bekas pelajar Sains Kemasyarakatan, USM. Persahabatan kami berterusan dan sehingga beliau kini bekerja sebagai Research Officer di Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat. Kami pergi kerja bersama-sama.
  • Chin Chin dilahirkan Cerebral Palsy. Please click here to read more about Chin Chin and what is Celebral Palsy.
  • Sebagai CP, Chin Chin memerlukan bantuan bagi setiap perkara yang hendak dilakukan setiap hari.
  • So kalau anda semua nampak saya petang-petang di tangga Pejabat Pembangunan Lestari dan Korporat bukan sebab saya kerja sana. Tapi sebab aku akan ambik Chin Chin.

?Pengalaman di Pusat Sejahtera USM?
  • Pada suatu hari, saya menemani kawan saya Chin Chin ke Pusat Sejahtera USM kerana beliau sakit.
  • Saya bantu Chin Chin masuk dalam Pusat Sejahtera yang baru sahaja dirasmikan. Memang semangat kami macam excited gila nak masuk KLINIK USM baru. Nampak macam sofistikated.
  • Setibanya di sana, saya ada masalah apabila Chin Chin didapati tidak mempunyai KAD STAFF / KAD PELAJAR.
  • Chin Chin kan R.O mana ada kad staff!! Kalau ada pun...R.O yang actually registered Ph.D atau Master Students.
  • Maka pakcik kerani itu meminta saya kemukakan surat pelantikan Chin Chin sebagai RO.
  • Bila saya bagitau bahawa kami tidak boleh kemukakan dokumen itu, pakcik itu memberitahu Chin Chin tidak boleh mendapatkan rawatan di Pusat Sejahtera.
  • Aku tersangat kecewa. Aku buat ayat sedih "Kawan saya OKU. Surat to kat rumah. Tak boleh ka kalau dapatkan rawatan dulu, kemudian pihak Encik buat susulan permintaan dokumen dengan Pejabat Korporat. Depa mesti ada salinan".
  • To my suprise pakcik itu menjawab "Sorry Cik, kami tak boleh buat apa apa. Kena ada surat baru boleh."
  • Aku pun berkata "Takpala...kalau macam tu. Kami balikla dulu."
  • Aku pun ke tempat duduk di mana Chin Chin duk tunggu dan cerita kat beliau. Beliau macam takut aku membuat bising dan membuat pasal di Pusat Sejahtera. Kesian Chin Chin kerana berkawan dengan gangster.
  • Lantas, aku terus call orang di Pejabat Korporat. Mintak tolong depa faks kat sini. Hal itu tiada masalah bagi Pejabat Korporat. Tapi mereka amat terkejut kenapa perlukan such dokumen sedangkan satu USM kenal siapa TAN CHIN CHIN!
  • Aku pi lagi sekali kat Pakcik Kaunter tu, aku kata, "Encik, saya dah buat panggilan kat Pejabat Korporat. Depa akan faks. Tak buleh ka nak dapatkan rawatan dulu. Takkan encik tak kenal siapa Chin Chin?" Kata aku dengan nada lembut. Tak mau tunjuk taring gangster aku lagi.
  • Pakcik itu menjawab dengan selamba "Ya, saya ingat. Chin Chin mai buat medical check up kat sini." APAKAH??
  • Aku kembali ke tempat duduk kami dengan perasaan yang membara. Tapi sebab kesian tengok Chin Chin dari menanggung malu kalau aku buat gila tak tentu pasai...maka aku dengan tenang slow talk dengan Chin Chin agar menunggu sebentar sehinggalah kita dapat surat dari Pejabat Korporat.
  • Tiba-tiba datang seorang makcik jururawat yang datang ke arah kami. Dia kelihatan nervous dan tak confident mai kat kami dan bagitau. "Ok, kita akan buat check dulu untuk Chin Chin. No giliran saya dah dapatkan. Tapi nanti kalau lepas ni, kalau Dr. free...Chin Chin boleh terus masuk ke dalam bilik rawatan". Lalu, makcik jururawat itu memberikan kami slip no giliran.
  • Makcik jururawat itu juga mengambil kesempatan itu untuk menerangkan kepada aku dan Chin Chin tentang betapa efisyennya mereka mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak atasan. Aku ingat lagi kata-kata makcik jururawat itu "Saya bukan tak mau bagi, tapi ini prosedur...kena ikut." bla bla bla bla.....Aku macam nak marah ja makcik itu lagi. Tetapi Chin Chin buat muka cool. So aku pun tak mau la jadi drama queen. Kami pun dengar la cerita makcik jururawat itu.
  • Akhirnya, tibalah masanya Chin Chin mendapat rawatan di bersama doktor yang bertugas.
  • Chin Chin menyerahkan kepada aku senarai nama ubat yang perlu diambil di dispensary. Aku suruh Chin Chin tunggu di tempat menunggu sementara aku pergi mengambil ubat.
  • Alangkah mengkagumkan bila aku dapati, dispensary / tempat ambil ubat bukan sahaja jauh. Malah perlu melalui pintu-pintu yang tidak diingini yang hanya dilengkapi dengan anak panah yang dibuat dengan kertas A4 dan marker. Ada juga yang di print. Banyak sangat pintu. Kemudian, barula jumpa tempat dispensary. Subhanallah!!!
  • Bila nak balik ke tempat Chin Chin menunggu. Aku sesat...tak tau pintu mana yang aku masuk tadi! HAHAHAHA...Macam Alice in the Wonderland plaks!
  • Setelah mendapat ubat, kami pun pulang ke pejabat masing-masing.
?Persoalan?
  • Kenapa perlu banyak sangat prosedur untuk mendapatkan rawatan di Klinik USM walaupun kepada warga OKU?
  • Sekiranya masalah penipuan identiti yang dihadapi oleh pihak Klinik USM [orang awam tipu kaunter KLINIK USM dengan menggunakan kad staff / pelajar USM], mengapa tidak diwujudkan satu penyelesaian di pihak pentadbiran, bukannya di peringkat pelanggan? Kenapa implikasi ini menyusahkan golongan OKU yang tidak kena mengena dengan perkara ini?
  • Sekiranya betul Pusat Sejahtera adalah contoh kepada seluruh kampus tentang kepekaan terhadap kesejahteraan warga USM dari sekalian alam, mengapa berlaku kejadian bias ini?
  • Perlukah pihak KLINIK USM dapatkan pengesahan sama ada seseorang pesakit itu betul betul staff/ pelajar sebelum mendapat rawatan? Bagaimana kalau pesakit itu dalam keadaan tenat?
  • Apa yang akan berlaku kepada Tan Chin Chin yang merupakan seorang OKU kalau beliau ke klinik hari itu seorang diri?
  • Mengapa dispensary sangat jauh dan sungguh banyak pintu?
  • Macam mana kalau OKU nak pergi ambil ubat di dispensary? Kalau orang normal pun, yang tengah pening / demam boleh jadi lagi demam sebab nak jalan amik ubat. Punyalah jauh!

?Harapan?
  • Harapan saya perkara ini mendapat perhatian orang atasan dan tindakan yang sepatutnya dapat diambil agar tidak berlaku lagi.
  • Semoga seluruh warga kampus USM, staff pentadbiran dan akademik, pelajar, dan semuanya lebih peka tentang wujudnya rakan kita yang kelainan upaya ini dalam kampus kita ini.
  • Semoga sikap hormat dan prihatin terhadap isu ini bukan saja berlaku di dalam kampus kita, malah di mana-mana sahaja anda berada.
  • Kalau boleh, kita didik pada anak-anak dan ahli keluarga. OKU ni bukan sekadar sign board khas untuk tempat letak kenderaan di Tesco. Cuba buat research, apa itu OKU? Siapa golongan OKU? Bagaimana kita nak bantu mereka? Bagaimana kita boleh dekati mereka?
  • Saya sarankan anda semua yang meramaikan blog saya ini untuk membaca blog My Weblog oleh Tan Chin Chin. Beliau banyak menulis tentang pengalaman kehidupan beliau sebagai seorang OKU. Please read and learn more about OKU. Jangan buat kesalahan yang memalukan seperti "Semasa dia berbual dengan saya, sesekali dia mengusapi kepala saya."
    Beliau juga telah membangunkan sebuah blog baru tentang isu-isu dan pengalaman beliau dan ibu beliau bertajuk Accesibility & Me. Hope ampa semua take some time and learn somthing from it.




    Tak kenal maka tak cinta, so aku harap lepas baca blog ni. Mungkin bawa suatu kesedaran dalam diri anda semua. Dulu aku pun tak pernah terpikir untuk tahu semua ini. Bila tengok OKU, just rasa kesian. That's it. Tapi sejak kenal Chin Chin. I learn banyak actually from her. Then baru macam-macam feeling yang muncul selain rasa kesian!! Kagum, suprise, WOW, happy...semua ada.



Sekian, terima kasih.

7 comments:

  1. jumie,
    terima kasih kerana berkawan dengan saya. sememangnya ada saja cabaran yang perlu dihadapi apabila seseorang normal bersama-sama dengan oku kerana masyarakat kita.sabar berhadapan dengan cabaran-cabaran lalu dan akan datang. apabila bersama, barulah orang normal sedar dan akan sama-sama memperjuangkan hak oku.

    ReplyDelete
  2. owhh jumie...sungguh teror anda mengawal kebaranan.kalau aku,dah lama berbakul2 org kat klinik tu kena maki ngan aku...huhuhu

    ReplyDelete
  3. huk alohhh...hospital besaq penang pun tak banyak pintu untuk pi dispensary tuh...huhu...siyes...agak2 kalo orang tu kene demam cikungunya boleh arwah terus kot sebab nak pi amik ubat tak larat...

    patutnye bangunan camtu kene la mesra oku walaupun hanya wujud sorang-dua oku kat sesuatu tempat tu...contoh la...queensbay mall tuh...panggung wayang dier tuh...nak ke oku datang tengok wayang hari2? tak kan? tapi still terdapat kemudahan untuk dorang...

    nak plak kawan hang tu memang 1 USM kenal...ape la sangat kan? sokong la tajuk tu...bukan birokrasi dah tu 'kerekrasi'...

    ReplyDelete
  4. hmmm.. sistem tu yg kene tukar.. prosedur tu mmg la di cipta utk melicinkan operasi tapi dlm kes ni kalau pakcik tu tak kenal Chin Chin ni pun dia boleh je accept dulu pastu mintak Pej Korporat tu faxkan documents segala.. bukan susah, call je.. ntah hape2..
    psl dispensary tu mmg ntah hape gak la.. patutnye bukan dekat ngan kaunter pendaftaran ke?

    buatnye org dtg semata2 nak amik ubat, kan dah satu hal kene mengembara..

    ReplyDelete
  5. tercabar kesabaran dgn klinik usm ni....mcm seorg kakak kat opis i,ingatkan demam biasa ja tp bila mai opis dlm kul 10 demam semakin menjd..apa lg p klinikla dia..dah pucat muka ingatkan nak dpt msk jumpa doktor tp depa suruh mai ptg plak....adaka patut?geramnya....alasannya depa takut x dan abih sblm lunch time...adakah ni dipanggil u APEX?kalu tgk dlm buletin notes byk jg org komplen pasai klinik USM ni....lg parah time nak amik ubat....sampai kau sesat jumie....harap2 semakin maju kita mengorak langkah utk majukan USM, semakin canggihla prosedur klinik USM...

    ReplyDelete
  6. good job jumie!
    kita perlukan ramai org mcm jumie!

    keep up the good work!

    p/s kena ajar farhan jadi baik mcm makciknyaaa...

    ReplyDelete
  7. Jumie, topik ni kene masukkan dlm buletin notes... kasik semua org USM nih bukak skett mata.. kami ada tambahan skett psl perkhidmatan kaunter kat PUsat Sejahtera tuh, TAK MESRA langsung... senyum dah la susah, siap jeling2 masa kita hulurkan kad staff...

    Kami lebih prefer p klinik panel kat luar dari USM lagi daripada p kat Pusat Sejahtera nih... nama ja PUSAT SEJAHTERA tapi SEJAHTERA utk staf depa ja... utk staf yg memerlukan perkhidmatan xde makna sejahtera langsung!!!

    Dah la staf depa semua mcm terkena badi filem MATRIX pulak... semua slow ja wat keje... x cekap langsung wat keje.. byk sembang benda2 yg x berfaedah dan xdak kene mengena ngan keje pun...

    apa2pun, pusat sejahtera adalah PILIHAN TERAKHIR untuk mendapatkan rawatan kalau aku sakit!!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...