29.1.09

My 2nd Langkawi Trip




Pada ujung tahun 2008 yang lalu aku berkesempatan untuk ke Langkawi bersempena memekap sorang customer yang merangkap rakan kongsi di USM ni. Beliau diberi nama Salzeliana Zainoba. Atas jemputan itu juga, beliau turut mempelawa sorang lagi sahabat kami yang juga kawan rapat aku bernama Mizi untuk turut serta ke Langkawi.


Oleh yang demikian, katanya hebohlah satu Library USM mengatakan Jumie dan Mizi bercuti ke Langkawi bersama di hujung tahun. Padahal orang tak tau cerita. Kami terasa sangatlah hot kerana kisah kami hangat diperkatakan bagaikan Angelina dan Brad Pitt. Kah kAh kah

Ini adalah kali kedua aku ke Langkawi. Mizi pula kali pertama. Walaupun sibuk dengan urusan Mizi Bistro, tapi beliau masih sempat meluahkan masa untuk bersama-sama meraikan hari besar buat Salzeliana. Cerita Mizi Bistro.

Pengalaman yang tak dilupakan ialah kami bershopping di Pekan Kuah di mana aku tersalah beli rokok untuk Zaza aku. Aku sangkakan Zaza menghisap rokok Malboro Light, rupa-rupanya beliau menghisap rokok Dunhill Light. Patutlah takdak kotak kaler biru.

Pastu aku duk gaduh dengan Mizi kerana bapak aku pesan rokok Surya, Mizi kata Gudang Garam la tu. Jenuh kami begadoh. Rupa-rupanya, Surya dan Gudang Garam adalah orang yang sama. Malu betul..Im sorry.

Malam tu, kami telah mengikut Abang kepada Salzeliana yang bersemangat membawa kami ke Pantai Cenang dengan mendrive ke sana. Akibat sesat, perjalanan menjadi luar biasa jauh. Lantas aku mengambil kesempatan untuk tidur sebentar di belakang van.

Setibanya kami di Pantai Cenang, memang kami sungguh jeles dengan kehebatan night life di sana. Lebih hebat dari Batu Feringghi.

Kemudian kami singgah di Awana Porto Malai. Kami sempat membuat sessi shooting di situ buat seketika.Angelina and Bratt di kenduri kawen. Sangat hot tak?

Esoknya, selepas kenduri kendara, kami pun mengundur diri untuk pulang ke Penang. Ketika di jeti, Mizi dengan beg mekap aku menjadi tumpuan ramai terutamanya geng Nyah yang baru jer tiba di Pulau Langkawi. Depa terpegun melihat Mizi seorang lelaki kelihatan sangat straight membawa beg mekap. HAHAHAHAHA...Perlu. Tumpang glamer aku.



Hope pasni takdak lagi la orang duk pi tanya-tanya kat Mizi pasai Langkawi. Kesian kat Mizi.

Untuk melihat gambar aku memekap Salzeliana Zainoba sila click di sini.

Sekian, im sorry.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...