19.1.09

Ulasan Juara Lagu 2009 - by Jumie Samsudin


Seperti yang aku katakan pada Zaza, Juara Lagu adalah satu-satunya anugerah industri seni tanah air kita yang aku betui-betui follow. Yang lain-lain tu, kalau ada masa aku tengok la. Itulah yang dapat aku gambarkan betapa pentingnya event ini dalam kalendar tahunan aku.

Persembahan Pembukaan oleh ONE NATION MC
Jumie Samsudin : Sangatlah kecewa bila penari yang macam askar tu kunon nak tiru jenis tarian hip hop + kawat + hentakan kaki. Aku tak tau sejarah tarian era baru ni, tapi aku pernah tengok dalam movie Storm. Tapi askar yang dibawak oleh ONe Nation MC macam nari tak sama jer. So macam frustrating la untuk dijadikan pembukaan persembahan. Pastu One Nation Mc muncul...memang sangat gempak la sebab depa dah ada groupie sendiri...tapi awatlah ampa nyanyi MIMING!! Arghss....tensen....

Bukan Di Sini (Sofaz)
Jumie Samsudin : Memang aku sangat kecewa dengan persembahan depa malam ni. Sebab aku pernah tengok depa perform live kat Padang Kota masa new year 2007. Memang sangat meletop. Tiba tiba malam ni...depa sangat la tak stabel. Vocal Are Mer pun macam demam ja....tula...takpayah la prektis sampai malam...sikit sikit dah la. Mungkin ini juga sumpahan persembahan pertama.


Lagu Kita (Aizat)
Jumie Samsudin : Aizat ni memang sangat cute la sejak dia menjadi kurus. Walaupun tak menang apa-apa tapi aku sangatlah bangga sebab lagu itu adalah ciptaan dia sendiri yang dicipta pada usia 17 tahun. Aku dapat rasakan yang dia dapat masuk final pun dah cukup bersukur. Dengan penampilan dia yang sangat kena dengan usianya....dan relaks....lagu itu memang sangat sweet.


Dusta Berkalang (Aiman)
Jumie Samsudin : Bila diannouce Aiman untuk lagu ni, aku siries tak tau sapa dia dan lagu apa ni. Yolah......memang tak pernah tengok. Pastu bila dah kuar...sekali FIRAUNNNNN daaa....dengan head gear dia siap ada bulu. Kalah Azwan Ali yang duk buat best kat tepi row seating bukan VVIP tu. SNAP!! Lagu ni memang aku pernah dengar jugak dalam Era bila lepas pengumuman masuk waktu semayang. HEHEHE..kan pas pengumuman waktu solat akan kuar lagu ala-ala nasyid. Anyway, Aiman. Aku tabik hang sebab walaupun ini kali pertama ang dan hang pakai topi macam firaun tapi hang nyanyi memang steady. Hang kalah sebab tak bawak kipas besak macam Farawahida. kihkihkih


Cuba (Faizal Tahir)
Jumie Samsudin : Kemunculan mamat ni memang dinantikan. Penampilan pertama untuk AJL tahun ni, dia pakai serba hitam dengan kuku pun dia buh cutex hitam. Perlu?? Tapi mamat ni memang la. Kalau nyanyi macam kena rasuk hantu. Perfect dan memukau. Tabik untuk dia...tapi aku tau dia tak all out kat lagu ni. Dia nak pulun lagu lagi satu.


Yang Pernah (Estranged)
Jumie Samsudin : Aku tak menafikan kalau band Estranged sangatlah tertekan tahun ni memandangkan depa juara tahun lepas kut. So depa nak buat yang terbaik dan tersangatlah best dengan menambah elemen-elemen X seperti wayang kulit dalam persembahan diorang. Tapi agaknya, tak berapa nak menjadi. Persembahan Estranged too crowded. Macam semua dorang nak tunjulkan....aku pun tak tau nak tengok mana satu??


Hanya Di Mercu (Ayu)


Jumie Samsudin : Tajaan mekap malam ni ditaja oleh Stage-Cosmetics. But sorry la aku nak bagi komen, aku tau aku tukang make up. Walaupun aku tak la sehebat mana, hanya tahap perusahaan ibu tunggal di sekitar USM. Namun, aku rasa ampa semua pasti setuju kalau aku kata make up dowang semua tak berapa nak best tahun ni. Tak macam dulu masa ditaja oleh LOREAL!! Tapi Ayu nampak macam best la malam tu.....memang imej baru dia lebih matang and BOLD kali ini. Anyway.....for you Ayu....."Awatlah hang nyanyi key rendah semalam? Hang takut ka?" Mungkin ampa tak perasan, tapi kalau ampa pasan...lagu Hanya Di Mercu yang original tinggi lagi sikit key dia dari semalam masa Ayu nyanyi. I guess, dia takut dan tak mau amik risiko...sayanglah hangg ni Ayu!!


Doa Dalam Lagu (Mawi & Heliza)


Jumie Samsudin : Lagu ni aku tak pernah dengar sebelum ni. Mawi tengah rancak duk hanimun. Mana dia mau masuk AJL dah. Dia dah dapat Kek Bantal punya tinggi..dia nak heran apa...Tapi sayangla...Bagi aku pengganti Mawi iaitu Zahid tak sesuai nyanyi lagu berala Arab ni. Sebab suara Zahid bagi aku tak cukup head tone...tak cukup Arab...Tapi okayla...


Sampai Syurga (Faizal Tahir)



Jumie Samsudin : And then again, our SUPERMAN!! Memang seperti aku katakan, mamat ni macam kena rasuk masa menyanyi. Walaupun ada perempuan mulut pucat duk potong rambut dia...dia boleh duk nyanyi steady. Walaupun kipas tu duk tala kuat kat muka dia...dia buleh duk nyanyi lagi....Memang aku kagum la dengan kehebatan vokal mamat ni. Memang berbaloi dia menang OIAM dulu dengan meninggalkan imej nasyid beliau. Cayalah Faizal Tahir. Zaza call aku punya la gedik duk puji Faizal Tahir. Dia memang suka Faizal Tahir sebab depa dorang duka Superman.


Bila Nak Saksi (Spider)
Jumie Samsudin : Persembahan Abang Tam dan lelabah sangatlah relaks dan sangat macam kami-tau-kami-tak-kan-menang!! Daa....Jiwa lagu ini pun sememangnya sangatla down. Lagu ni lagu frust tertiarap. So Abang Tam dan Lelabah pun memang sangat la relaks ja. Lagu ini memang romantis la...tapi sadis.


Aku Stacy (Stacy)


Jumie Samsudin : Two words for you Stacy, GIRL POWER!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Minah kecik macam budak form 2 ni, memang telah membuatkan aku rasa macam nak bangun dan tumbuk muka adik aku sebab dia sangatlah lincah, getis, getik, comels, melambung, malatop, dan stamina macam seekor harimau bintang. Bayangkan, dia tak perlukan seluruh band untuk make it happen, hanya AKU STACY dan para penari. Memang smart la. Aku tengok dia memang buleh challenge Agnes Monica la!!


Dingin (Ziana Zain)

Jumie Samsudin : Gua.com.my nobatkan persembahan Kak Ziana malam ni sebagai kelahiran semula. Yolah seingat aku, lepas dia kawen dan dapat anak dan anak dan jadi duta produk pelangsing tubuh badan, kemantapan vokalnya semakin lemah tenaga batin. Tapi malam ni, dengan make up yang meletop. Aku terpukau dengan Kak Ziana Zain. Memamng cayalah. Aku tau semua peminat Ziana Zain kali ini memang menyentap suka dengan dia malam ni. Semua orang patut bagi sembah ratu kat dia. Walaupun dia kalah...memoriku genggamilah, biarkan aku meranaa.....


Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussein)
Jumie Samsudin : Aku memang suka dengar lagu depa ni kat office dengan lagu LALALALA KERJA tu. Suara depa unik dan jarang-jarang ada band macam ni kat Malaysia ni. Pastu pernah Boss aku iaitu Dr. Reevany yang meminati lagu -lagu simple balada dan ada kalanya lagu-lagu band dari Indon, dia pernah kata "Jumie...ni lagu apa ni?" dengan membuat muka tak berapa nak suka lagu ini. Mungkin dia kurang menyenangi vokalist lagu ini. Tapi aku sangat suka depa ni. Lagu ini ada unsur unik dan tak jemu didengar. Antara tiga band yang perform malam tu....Sofaz, Estranged and MUH..aku paling suka MUH. Sebab depa cool dan menyebabkan persembahan depa lebih menyerlah dan tak OVER!!


Persoalan Cinta (Farawahida)
Jumie Samsudin : Aku tak mau komen apa pun pasai lagu ini. Sebab bagi aku lagu ni tak best. Tapi aku suka kipas warna emas yang besar tu....gila betui. Kalau tengah panas....guna kipas tu...best gila!!


Kalis Rindu (Elyana)

Jumie Samsudin : Minah ni memang best la. Memang bagi aku, dia antara artist wanita muda yang sangat styllo dan tak kampungz. Malam tu dia dressing ala Katy Perry dan stage prop macam scene sarkas....dia macam cute sangat. Make up pun smart...aku suka make up dia dengan Ziana Zain ja malam tu. Mesti depa tak pakai Stage Cosmetics. HEHEHE....But anyway, suara Elyana tak berapa nak best sangat malam tu. But its ok. Its great to have her untuk AJL kali ni. Aku SMS Zaza masa lagu ni " Nanti kita kawen, kita amik live band. Saya mahu perform ini lagu!!"

Ulasan Pengacara
Jumie Samsudin : Gandingan yang kena. Semuanya tak buat lawak over, atau dialog yang menyakitkan. Semua ok ja. Profesional. Great job for you three.

Ulasan Juri
Jumie Samsudin : Its a strange kali ni kalau ampa perasan, kita tak nampak juri duk kat mana? Adakah juri disembunyikan dalam bilik khas di mana mereka hanya mendengar mutu suara tanpa diganggu dengan head gear berbulu burung atau penari kipas emas yang pelik-pelik? Aku rasa depa buat penilaian secara telus la. Memang amik mutu muzik dan vokal semata-mata tanpa diganggu dengan anasir jahat yang lain. Apa pun yang paling aku tak setuju....awatlah Azmer buleh jadi ketua juri. Mata pote tu!! Dah la baru nak sambung mengaji kat USM. Tolong la....tolongla berambus....

Ulasan Keputusan Vokal Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Jumie Samsudin : Sangat dijangka oleh kita semua. Salute kat mamat ni. Lepas ni p jumpa bomoh cepat-cepat. Dah kena rasuk teruk tadi.

Persembahan Terbaik: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Jumie Samsudin : Perlu mamat ni lagi. Dia tunduk gila...kunon macam tahan dari nangis arr....

Juara Balada: “Sampai Syurga” (Faizal Tahir)
Jumie Samsudin : Memang dah agak dah...dia dah menang semua kategori ni. Memang aku duk ingat JUARA sapu kat dia la. Aku ingat lagi, mamat ni muka macam poyo gila macam nama dia diumumkan macam duk kata "i said so...."

Juara Etnik Kreatif: “Persoalan Cinta” (Farawahida)
Jumie Samsudin : Aku sangat tak setuju perempuan ni menang. Aku suka lagu Aiman Firaun lagi......Lagu ni langsung tak menusuk kalbu aku. Siries.....tak best.

Juara Pop Rock: “Lagu Untukmu (Meet Uncle Hussain)
Jumie Samsudin : LAGU NI MEMANG BEST!! Memang best.....Walaupun kata Asmaa dan Aisha lagu ni kalau dengar tang chorus dia dalam radio..."tak tahan tak tahan...sikap mu melawan..cukuplah cukuplah sampai di disini saja..memang kita tak serupa" Asmaa dan Aisha kata depa tak reti sebut huruf S. HAHAHAHAH...tapi lagu ni best.

Juara Lagu ke-23: “Lagu Untuk Mu” (Meet Uncle Hussain)

Jumie Samsudin : Masa diumumkan lagu ni memang. Memang aku loncat dari sofa. Sebab Faizal Tahir kalah. Kalau Faizal Tahir menang bukan la tak layak...layak jugak. Tapi tiadalah keunikan AJL yang penuh dengan keajaiban muzik di luar batasan. Bagi aku lagu Faizal Tahir best sebab Faizal Tahir, tapi lagu Meet Uncle Hussain ni menang sebab lagu ini memang best. Aku memang sokong kemenangan ini sebab disinilah terbuktinya keunikan AJL. Lagu Faizal Tahir tu sedap...tapi kita pernah dengar lagu macam tu kat Malaysia ni. Tapi lagu macam LAGU UNTUK MU kita tak pernah dengar lagi dalam arena band-band kat Malaysia ni apatah lagi pada era Eddie Hamid, aku harap dengan kemenangan ini MEET UNCLE HUSSAIN akan inspire semua band band Indie kat luar sana untuk terus berkarya sama ada dapat pengiktirafan atau tidak!! Dengan ini terimalah lirik LAGU UNTUK MU yang bakal menjadi lagu pilihan tertinggi di semua booth-booth karaoke bilik / jamban di seluruh Malaysia!




Meet Uncle Hussain - Lagu Untukmu


Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku


Guna hati, akal dan fikiranmu
Berbeza
Kau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu


Apakah aku
Hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Ku punya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup cukuplah oh cukuplah



Tak faham tak tahan
Sabarku tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza-berbeza
Kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan
Ku ingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah
Sampai di sini saja
Hubungan kita berdua
Hoa… hoa… hoa…

Penutup
Di akhir AJL 23, tiba tiba Zaza aku telefon.

"Sayang nak buat blog pasal AJL ke? Ok. Tapi janji jangan tido lewat k. Tolong bagitau dalam blog tu...BF sayang memang peminat muzik Indie. K. Bye..I love U"

Perlu ke? Tadi punya duk suka kat Faizal Tahir. Tiba-tiba minat Indie pulak??

Sekian, selamat mengomen.

7 comments:

  1. malam ajl23 ni aku tgk byk vocal yang mantap giler mcm faizal tahir,aizat,stacy,MUH,estraged...yg lain tu mcm ala2 bintang usm...hang lagi meletop!!hehehe

    p/s:hang nampak x Azwan Ali bw handbag???klkar siyak!!
    jgn lupa layari www.sipalatpalat.blogspot.com
    ada citer ajl gak!!

    ReplyDelete
  2. saya soka MUH menang!!!!! keputusan yg bijak!

    p/s:frust dgn elyana sbb dia nyanyi tak sungguh2

    ReplyDelete
  3. aku jadi pelik...dulu sehati berdansa, rosma n khai menari lagu kalis rindu tu ala2 sarkas...skang elyana menyanyi lagi tu pun background sarkas...adakah lagu tu bertemakan sarkas?


    ulasan ang memang best...aku undi ang jadik ketua juri AJL next year.

    ReplyDelete
  4. yeps. ulasan nih memeng best. soka nak membaca. :)

    ReplyDelete
  5. ajL thiS yEar rAwk! smuA pOn bEst Laa..tApi pEsaL mEnAng 3 winNer jEr nAik sTage (oRg sAme). mAyb he'S tOo gOod kN.

    bTw, waT tAg yG adE dLm mY bLog ;)

    ReplyDelete
  6. hye..

    ZIANA ZAIN & ELYANA WERE SO PRETTTYYYY..

    I enjoyed dat show.. i guess d best ajl ever...

    kak ziana is a legend!!! diva kan..
    faizal tahir sah2 bersemangat!
    MUH rawwwkkksss & cool sgt2
    haqiem idola kecil gerek seh...

    hehehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...