27.2.09

Kristal Kekayaan

Pada suatu hari ketika tekun bekerja di office, ada seorang pelajar Master yang berasal dari China telah datang kepada aku dengan menawarkan aku membeli perhiasan kristal yang beliau jual. Ada gelang tangan, rantai dan juga kalung atau dalam bahasa Uzbekh "pendant".

Pada setiap batu kristal ini, yang terdiri dari pelbagai warna asli dan corak, Diao Na (nama pelajar China itu) berkata dipercayai mempunyai kuasa aura yang boleh membantu kita mencapai impian yang kita mahukan dari segi kesihatan dan kesejahteraan.

Ada macam-macam yang aku tengok pada tagging barang itu, TO REDUCE STRESS ; FOR BETTER HUMAN RELATIONS / LOVE ; FOR INTELLIGENT ;

Tapi hati aku tertarik untuk membeli satu kalung berbentuk hati dengan tagging "WEALTHY"! Yehaaaa...maka aku terus membeli pendant itu.

ps/ Syirik sungguh aku ini kerana macam percaya plak batu ni buleh bagi aku kekayaan! Tolong jangan plagiat berbuatan saya ini. Hanya hiasan semata-mata.

Aksi ini tidak kena mengena dengan pembelian Krital Kekayaan

26.2.09

Mana perginya pembangkang konsert Rihanna?

Di ketika ini, for sure ramai yang dah tengok gambar-gambar ni kat dalam mailbox kalian semua. tapi bagi aku takder la terkezut sangat, cuma rasa tercabarla sebab mereka berdua lebih ligat berposing mengalahkan aku dan Zaza.


jom main teka2! apa yg dipegang oleh lelaki itu pd k.jah??



Astaga....

But anyway, i agree with editor from Syokkahwin.com yang quote perkara ini "Quick to respond, Azizah Mahzan had this to say ” Takpelah yang penting saya bukannya telanjang. Zaefrul dah macam adik beradik!”.

Well, you betcha.. adik beradik or not..Mana pulak ahli PAS yang bersungguh-sungguh suruh haramkan Konsert Rihanna hari tu….ke manakah kamu?? Tak muncul pulak kali nie..fikir fikirlah.." - http://syokkahwin.com/blog/

25.2.09

Kelas Make Up Bersama Cik Jumie

Semua sedia maklum tentang kelas make up bersama Cik Jumie. Ramai yang SMS dan email saya, kalau ada kelas kosong please let me know. Tapi sebenarnya, format kelas make up bersama CIk Jumie adalah berlainan. Berkonsepkan small party ala main make up make up, saya memberi kesempatan kepada kalian semua untuk get your own friend and gather a small make up party with Cik Jumie Samsudin.



So far, sehingga kini saya dah handle 4 make up class di rumah saya di Air Itam. Alhamdulillah, ramai juga kenalan yang join dari sekitar Penang ni. Tak kurang juga, gang-gang USM!! Pernah tu, kita dah ajar depa make up~!! Esok-esok jumpa kat Pecal Lele depa make up lagi malatop dari mak ayam!!

How to join this class?

Get your friends of 3-5 person yang berminat nak join kelas ini bersama-sama! Email or SMS to me for an appointment. Kalau weekdays, kita buat start 8pm. Kalau weekend kita start at 2pm.

How much untuk satu orang?
Jangan lepaskan peluang ini hanya dengan bayaran serendah RM50nett seorang (max 5 orang sahaja). Tawaran istimewa untuk mereka yang menjadi convener (tukang kumpul member!!)

To learn more about my make up class please click here.

24.2.09

Mangsa Tag - Cik Puan Izzah @ http://cikpuanezah.blogspot.com/

Go to your photos folder in your computer.Go to the 6th folder of photos. Go to the 6th picture in that folder.Put the picture on your blog and description of it. Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged.


Huahaha...Thank God gambar ini jatuh pada target yang kena dengan apa yang aku rasa tak malu nak tunjuk kat orang. Ini gambar masa aku first time drive Dorrivia pi Kuala Lumpur. HUAHAHAH. Gambar ni aku snap sebab tiba-tiba ada lori DURIAN depan keta aku. Sial betui. Memang macam meleleh ayak hidung aku tengok DURIAN punya banyak macam tu. Time ni memang musim durian...durian...duriann...durian...


Mangsa tag seterusnya :
Azura Jaapar
Arafat
Cik Eein
Nor Aslinawati
Syima
Farah Shaik Omar

ps/ aku suka makan durian dengan nasik!!

20.2.09

Rahsia body MANTOP!!

MASALAH PEROT!!
Sejak dulu, bentuk badan ni memang menjadi igauan tidurku setiap malam. Bukan tak pernah try DIET. Pernah tapi semuanya sekerat jalan dan tak menjadi. Apatah lagi bila aku ni memang dilahirkan dengan selera makan yang begitu menakutkan. I love chocolates and anything sweets!! So macam mana nak maintain body?

GAMBAK DULU

So, usikan dan gurauan malah perlian memang menjadi santapan sehari-sehari la dalam kalangan rakan-rakan dan family. Especially kat spare tyre aku ni. Depa selalu kata..."Hang ni kan Jumie...kalau perut ang hilang sikit mesti hang nampak berlain!!"

Argh, susahnya. Takkan nak buat 1000 sit up sehari macam Britney Spears. Dia takpala...ada dietitian semua. Macam aku ni sapa nak jaga? Aku pernah kena kutuk dengan member depan depan plak tu...Haram J##ah betui. Beliau berkata "Wehs..aku tengok perut Jumie. Boleh jadi nightmare ooo!!" Sabarr...sabarrr

BODY MANTOP
Sehinggalah suatu hari, aku diperkenalkan dengan satu produk. Mula-mula aku rasa tak yakin, sebab boleh ke aku pakai benda ni dan setelkan problem aku. Tapi aku just give it a try.

Malam pertama aku pakai, aku dah nampak perubahan keesokannya. So all the menggeleber kat body aku ni dah tight up dan rasa lebih yakin bila nak berfesyen fasyan. Memang seronok dan happynya tak dapat aku nak bayangkan.

Aku yang memang suka pakai baju yang aku pinjam dari kakak sepupu aku Beyonce, kini lebih yakin dengan perut yang sudah kejab! No more menggeleber. Pergh.....macam bangga sangat. Bila ramai kawan-kawan yang notice it and pujis!! Timer kasih..timer kasih.

Ini gambar terbaru. Hari tu dah post..tapi nak post jugak lagi sekali. HAHAHAHHA


Ni pulak on 13 February, gambar terbaru yang aku amik bersama-sama dengan kawan-kawan yang datang belajar make up dengan aku. Nampak tak different? Mantop tak? Huhuhuhu...
Sapa nak tau rahsia body Cik Jumie tiba-tiba mantop!

Barang bagus betul la. Thanks to Kak Ija yang promokan product ni kat aku. Siries. Aku memang puas hati dengan product ni. Aku bukan jenih dengki nak lawa sorang. HAHAHA.....jom la...kita semua menjadi MANTOP dan MALATOP!!

YEhaa...

Kalau berminat please email to me at jumie_samsudin@yahoo.com

ps/ Aku pernah letak gambar bunga manggar ni, tapi aku malu nak promo...lani aku nak promo la!!

17.2.09

Latest Packages from Personal Make Up by Jumie Samsudin

Salam to all,

Alhamdulillah setelah hampir 5 bulan aku menapakkan diri aku dalam business bridal make up and beauty, aku dah make up kan hampir 50 wanita yang terdiri daripada pengantin, tunangan, dan macam-mcam lagi yang teringin nak menjadi wanita yang lebih cantik dan anggun pada hari yang teristimewa.


Kini, Personal Make Up by Jumie Samsudin dikenali sebagai Bridal Beauty & Creation by Jumie Samsudin. Antara kepelbagaian baru yang ditawarkan adalah seperti :


Personal Make Up by Jumie Samsudin
  • Wedding
  • Engagement
  • Nikah
  • Reception
  • Party
  • Dinner
  • PROM
  • Make Up Courses
  • Make Up Supplier
  • Pre Wedding Beauty Care - Free Consultation

Photography and Graphic Designing by Afix Lim
  • Personal Portfolio Shooting
  • Couple Photo Album
  • Family Photo Shoot
  • Event Photo Shoot (wedding, engagement, reception, etc)
  • Outdoor shooting
  • Catalog shooting
  • Custom Album
  • Business Card Design
  • Business Brochure Design
  • Business / Events Poster Design
  • Advertisement Board Design

Henna Artist and Wedding Decoration Creator by Surianie Samsudin
  • Henna Design
  • Hantaran design (etc fresh flower)
  • Wedding door gifts / bunga telor
  • Wedding cakes design
  • Flower girls decorations
  • Fashion accessories
So, jangan lupa layari Bridal Beauty and Creation by Jumie Samsudin di http://makeup-by-jumie.blogspot.com/.

For more information, please YM me at jumie_samsudin or to my email at jumie_samsudin@yahoo.com

TQVM



16.2.09

Kelab Setia USM dah ada BLOG!!

Daripada satu isu ke satu isu tentang menenengahkan Kelab Setia USM untuk tatapan dan santapan ahli kelab Setia USM, maka akhirnya sebagai langkah yang baik, kami telah membina sebuah blog khas buat Kelab Setiausaha USM.

Laman blog ini adalah : http://setiausm.blogspot.com/

Melalui blog ini diharapkan, saluran ini menjadi media utama untuk semua ahli kelab yang berdaftar atau tidak berdaftar untuk mengetahui segala aktiviti dan berita terkini untuk semua santapan minda bukan sahaja setiausaha-setiausaha dalam USM, malah semua pembaca blog yang berminat untuk mengetahui tentang Setia USM.

Untuk sumbangan idea dan cadangan, sila emailkan kepada :
Jumizah Samsudin
Pembantu Tadbir Kesetiausahaan
PP Sains Kemasyarakatan
USM
jumie_samsudin@yahoo.com

15.2.09

Sukses Dengan Tidak Melupakan Bawean

Seperti yang semua tau, aku anak Boyan. Tak perlu la nak malu-malu dengan keturunan ku. Biarpun aku bukan keturunan pahlawan hebat, at least aku tau asal-usul aku. Aku merupakan generasi ketiga yang dah ada di Malaysia. Tok dan nenek aku semua asalnya dari Pulau Bawean, Indonesia. Mereka datang ke sini suatu masa dahulu sebagai buruh dan pekerja untuk tauke-tauke Cina dan Arab di Penang. Ada juga yang merantau ke KL dan Singapura. Tapi yang klisye, orang Boyan banyak di Penang, Ipoh, KL and Singapura sebab ada race course. Dulu mat saleh import orang Boyan ke Malaysia untuk jaga kuda.

About Pulau Bawean

Perkata
Bawean berasal dari bahasa Sansekerta, yang bermaksud ada sinar matahari. Menurut legenda, sekitar tahun 1350, sekelompok pelaut dari Kerajaan Majapahit telah dihanyutkan oleh badai di Laut Jawa dan akhirnya terdampar di Pulau Bawean pada saat matahari terbit. Awal abad ke-16, agama Islam masuk ke Bawean yang dibawa oleh Maulana Umar Mas'ud. Makamnya hingga kini masih menjadi tumpuan pelancong.

Pulau Bawean juga dikenali sebagai Pulau Putri kerana ramai lelaki dari pulau itu telah berhijrah ke luar untuk mencari rezeki di perantauan.
Diameter pulau Bawean kira-kira 12 kilometer dan jalan yang melingkari pulau ini kira-kira panjangnya 70km. Pulau Bawean memiliki keindahan panorama yang cukup menawan, terutama pantai-pantainya. Ada juga sebuah tasik yang terletak tepat di tengah-tengah pulau bernama Danau Kastoba. Beberapa pulau kecil juga tidak kalah menarik untuk dikunjungi.

Jumie and Media Bawean

Banyak aku berceloteh pasal tanah asal usul ku. Walaupun aku belum pernah menjejak kaki kesana. Tapi aku amat bangga untuk bercerita. Kesungguhan aku sebagai blogger tegar yang sering menceritakan tentang obsesif aku tentang Bawean telah menarik wartawan local dari Pulau Bawean sendiri yang mewakili Media Bawean untuk mengunjungi blog aku. Kunjungan hormat itu juga disusuli dengan satu sesi temu ramah melalui Yahoo Messenger. Perbualan panjang itu sungguh menyeronokkan. Aku banyak berkongsi pengalaman dan kisah sebagai anak Bawean di Penang, Malaysia.

Hatta, kisah aku telah dipaparkan dalam Media Bawean pada tanggal 24 Disember 2008.

Sukses Dengan Tidak Melupakan Bawean

Media Bawean, 24 Desember 2008

Jumizah Samsudin (23 th.) di Penang Malaysia, keturunan asli Pulau Bawean antara Gelam dan Pekalongan memiliki prinsip "Sukses dengan tidak melupakan daerah asal usulnya".

Menurut Jumie, mengatakan, "Dari sejak kecil orangtua selalu berpesan untuk tidak melupakan daerah asalnya Pulau Bawean, meskipun kami sendiri sampai hari ini belum menginjakkan kaki di Bawean,"katanya.

"Kehidupan dalam keluarga masih mempertahankan nilai dan adat Bawean, bahasa sehari-hari masih mengunakan bahasa Bawean. Sehingga kehidupan Bawean dalam keluarga sangat melekat dan sulit untuk melupakan Bawean," ujarnya.

"Melihat kondisi dan keadaan warga Bawean di Malaysia, antara sekarang dan dahulu sangat berbeda". Diantaranya menurut orang terdahulu, mengatakan "bahwa persatuan dan kesatuan warga Bawean di Penang sangat kuat dan memiliki pemimpin semacam Pak Lurah atau kepala kampung pada tahun 1950 sampai 1990. Tapi sekarang sudah tidak ada lagi, bahkan mereka (keturunan Bawean : Red.) merasa sungkan untuk mengakui Pulau Bawean sebagai asal usulnya dilahirkan," jelas Jumizah.

"Sebenarnya orang Bawean di Malaysia banyak yang sukses dan berhasil, tapi kenyataannya sangatlah minim diantara mereka berfikir untuk kemajuan Pulau Bawean," ujar Jumizah Samsudin yang sekarang aktif sebagai Asisten Administratif Sekretaris di Universiti Sains Malaysia (USM), Penang Malaysia.

Jumizah Samsudin meskipun tidak pernah ke Bawean, tapi bahasa Bawean masih fasih. Sementara prestasinya sebagai Juara Bintang USM dan memiliki usaha makeup.(bst)
Please click here to read details.

ps/
Every human being, of whatever origin, of whatever station, deserves respect. We must each respect others even as we respect ourselves.

14.2.09

Jumie ketemu MUSUH DUNIA AKHIRAT

Mak aku pesan, jangan benci sangat dengan orang tu. Nanti hang akan suka dan sayang kat orang tu sangat-sangat.

Aku benci kat Azmeer mata pote sebab dia kata aku gemok tak cukup masuk TV.


Baru baru ni aku telah dijemput untuk memeriahkan sessi promosi Malam Bintang USM 2009. Apalagi....turun la tunjuk taring. Time time akhir nak serah balik mahkota aku ni...aku pun turun untuk bersama-sama dengan Andy, Nawal, Rusdi dan lain-lain.

Tiba-tiba masa duk nyanyi lagu malatop aku "Cinta Tiada Akhirnya" tiba-tiba....lalunya satu kelibat berkaca mata dengan menunjukkan jari BAGUS!! Damn it!! Azmeer.......terus aku nyanyi lari key!! Arghs........................ I HATE U!!

ps/ Di akhir basking session Azmeer pun nyanyi gak...suara dia bleh la tahan!!

13.2.09

Cinta ku jatuh bergolek di Pulau Sayak

Pada hujung bulan Januari yang lalu aku telah mendapat tempahan di sebuah tempat yang aku tidak pernah tahu bahawa ia wujud di dunia yang fana ini. Customer ini adalah anak Penang yang bekerja dan bermastautin di KL. Beliau membuat tempahan make up selepas melayari laman blog aku. Untungnya jadi the only make up artist yang ada blog kat Penang ni. yahoo....

Selepas membuat penyelidikan tentang tempat yang dinyatakan dalam email iaiti Pulau Sayak, SUngai Petani. Aku mendapati tempat itu terdapat satu resort yang dinamakan Pulau Sayak Resort. Lantas aku terus mengemail customer aku secepat mungkin

I said "I tengok kat tempat u ni ada resort la...maybe i akan stay kat sana kot".

Rafekah answered "Resort tu runs by my mother la...nanti i bagi u one compliment room"

I said " YAHOOO!!"

How to get there?
Dari Penang, anda perlu drive from Butterworth Bagan Ajam and Telok Air Tawar. Sehingga jumpa Bandar Kepala Batas, carik sign board menuju ke Pantai Merdeka. Dari sana, just drive along melalui Sungai Kuala Muda and then kita akan jumpa KAMPUNG PULAU SAYAK. Drive lagi jauh, jumpa padi, jumpa sungai...jumpa kampung yang best best....pergh...last sekali...jumpa satu Pusat Penyelidikan Pembiakan Benih Udang Negara, then barulah kita jumpa PULAU SAYAK RESORT.

Pulau Sayak Resort
Kalau nak baca lebih mendalam di tentang resort ini, sila click pada link ini. http://pulausayak.com/index.html.



Memang seronok kat sini, buleh buat family day, buleh buat small group gathering. Sebab tempat ini sangat terpencil, memang kalau datang, hang tak buleh blah p tempat lain. hauahahuahau....so lebih bagus untuk menggalakkan semua untuk stick together.

Pulau Sayak
Pulau ini sangat kecik sebenarnya, dan tidak mempunyai sumber air bersih yang sebab itulah tidak ada binatang atau mergastua yang hidup di dalam pulau ini. Kata Aunty Aesah, pemilik resort ini, menceritakan bahawa kat pulau ini dulu ada seekor jer monyet dah kurus macam adik aku, then petang petang akan nampak burung helang terbang terbang kat atas pokok yang paling tinggi kat situ. Tetapi yang seronoknya berada di sini, untuk mereka yang gemar memancing memang ini adalah SORGA untuk mereka. Pancing main-main pun boleh dapat kerapu....fullamak.

Mee Udang
Mee Udang kat sini memang la meletop. Ada banyak kedai mee udang yang sangat best kat kawasan yang terdekat ini. Tetapi yang menjadi suggestion tuan punya resort, YAAKUB MEE UDANG. Memang betui la meletop........RM5 jer sepinggan dengan seekor udang sebesar tapak tangan aku! Memang udang tu manis gila...sampai aku makan semua kepala dia semua aku gigit and isap jus...fuh...hahahahah

Sawah Padi
Memang aku ini sangat perak apabila memjumpai padang sawah pagi, ladang teh dan juga laut. So sepert biasa, ketika aku berdriving menuju ke sana, aku telah menyinggah di sebuah sawah padi yang sedang menghijau. Lihatlah close up padi yang baru berbuah.

Jumie, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.

Pahlawan Air Tebu
Setelah penat berposing di ladang padi, aku merasa sangatlah dahaga. Lantas, selepas 10 minit drive aku berjumpa dengan satu gerai kecik yang menjual air tebu. Pergh...memang best gilaaa...minum air tebu time-time panas terik macam tu. Duduk bawah pokok atas bangku kayu sambil mimun air tebu fresh, memang meletop la sangat. Aku siap beli batang tebu bawak balik Penang buat hantaran buat family and kawan-kawan. Ehk..silap. Bukan hantaran, buah tangan...

Berkenalan dengan nelayan Sungai Kuala Muda
Hati aku tertarik dengan sebuah sangkar ikan di Sungai Kuala Muda. Tiba-tiba sambil merakam-rakam gambar kolamnya, aku dimengorat oleh abang-abang nelayan "Mai la sini, boleh tangkap gambar dengan ikan.." Wah...apa lagi. Aku pun terus menunjukkan bakat aku dalam bidang gimrama dan gimnastik dengan meniti ke kolam sangkar ikan itu. Memang best la...sambil bersembang dan berkenalan dengan abang-abang nelayan, aku berkesempatan untuk tanya pengalaman mereka bekerja mencari rezeki dengan menangkap ikan. Diorang muda lagi.............kalau nak hidup, kena rajin, kalau rajin, apa pun boleh buat!!

Sekian sahaja ulasan untuk kali ini. Ingin bercuti? Tak payah pusing satu dunia...dalam Malaysia pun ampa belum puas pusing lagi!! Siapa kat sini yang tahu kat mana Pulau Sayak? HUH!!

12.2.09

Rapat Umum USM 2009

Menjelang Pilihanraya USM 2009 aku telah join budak-budak school aku untuk menyaksikan temasya Rapat UMUM di Padang Kawat USM. Rapat Umum ini adalah malam berkempen untuk ahli pelajar yang bertanding.


Ada satu calon dari barisan Aspirasi yang menarik perhatian aku. Bernama Siva. Tagline dia...Ingat Viva, Pilihlah Siva.



Perlu!!

Seronok juga la tengok temasya macam ni. Aku tak minat politik sangat. Tapi suka tengok gelagat orang.

Ingat VIVA ingatlah DORRI...

ps/ nama penuh kereta aku ialah DORRIVIA. Nama singkatan DORRI.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE