11.2.09

Andy B*tch Party! - sangat gila


Pernahkah anda menghadiri party birthday yang sangat gila sehingga anda rasa party bug sehingga hampir seminggu 4 hari? Itu lah yang aku rasa selepas menghadiri Andy's B*tch party pada 1 Feb yang lalu. Diadakan di sebuah tempat yang jauh dari orang ramai. Memang private party ini sangat happening sehingga menjilat jari.

Party organizer pada malam itu tak lain tak bukan Nawal Shahril and Aj Don. They did a great job. Tanpa dua orang ni, mungkin semua ini tidak akan menjadi kenyataan. Aku pun terkena badi mereka yang telah mencadangkan tempat ini dan juga menjadi tukang sponsor drinks and beverages untuk malam itu.

Jemputan
Nearly more than 30 closest friends of Andy yang datang memeriahkan majlis.

Face painting
Semua hadirin yang datang kena lukis muka dorang. Nawal and AJ pening sangat nak beli face painting tak tau kat mana...eventually kami beli jer BUNCHO. Hasilnya....buleh tahan.



Port Luck

Semua kawan kawan telah datang dengan pelbagai makanan yang dimasak dari rumah. Keropok ada. Spagetti ada. Puding ada. BBQ ada. Memang sangat best. Tapi yang lawaknya. Buffet table ni takdak lampu...hahahah...so aku main cedok jer sampai aku tersilap cedok kuah pusing. HAHAHAH...aku ingat cabonara cream.

Opening performance and other special acts
opening act of course by Aria. ANd then ada macam-macam special performances by the other Jazzband members yang buat special performance untuk Andy yang dicintai. Kami juga dihiburkan dengan stand up comedy by Aj Letchumi yang sangat mencuit hati dan tet*k. Paling best at the end of the day, kami dapat hiburan daripada Mr. Darab and Juho dari Iraq and Finland yang menghiburkan kami dengan alunan petikan gitar yang menghiburkan.

Games
Ini la part yang paling menakutkan. Semua yang datang ke party ini diberikan satu batch yang dibelakang tu ada no....setiap orang ada couple yang mungkin ada no yang sama dengan anda. Ini bermakna....semua orang randomly telah dikapelkan. Muahahaha...tapi malam itu kami semua kena main dua game. Salah satu game lompat katak blind folded. MUAHAHA...aku dipasangkan dengan Theves yang hitam manis. Lepas itu kami ada limbo rock. Semua buat limbo sampai bawah...aku lalu sekali jaa.. pastu aku buat amik amik gambar sebab tak mau main. HAHAHAHAH

Birthday Cake
Apalah birthday party tanpa birthday cake. Birthday cake ini kami tempah khas dari San Francisco memandangkan bentuk cake ini diharamkan di Malaysia. HAHAH......semuanya specially untuk Andy.


Bermandi laut di waktu malam
Selepas kami semua bergumbira mengkenakan Andy dengan simbahan nikmat yang terdiri daripada tepung and kunyit, kami semua pun akhirnya end up di dalam air laut!! Memang best mandi kat dalam laut malam-malam. Malam tu takdak obor-obor sebab ombak kuat gila...

SELAMAT HARI JADI ANDY. SEMOGA MURAH REZEKI, HAPPY SELALU AND SEGALA IMPIAN MENJADI KENYATAAN!!

TO NAWAL AND AJ : AMPA MEMANG ROCK LA!!


1 comment:

  1. BEB!!!! BETUILA!!! PARTY BUG GILA GILA OK! REALLY MISSED THE PARTY. THANK YOU SO SO MUCH FOR PARTICIPATING BEB. AND THANKS FOR WRITING A GREAT REVIEW ABOUT THE PARTY. LOVE YA AND MUAHHHHHHHHH YANG TAK TERHINGGA KAT PEPET!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...