13.2.09

Cinta ku jatuh bergolek di Pulau Sayak

Pada hujung bulan Januari yang lalu aku telah mendapat tempahan di sebuah tempat yang aku tidak pernah tahu bahawa ia wujud di dunia yang fana ini. Customer ini adalah anak Penang yang bekerja dan bermastautin di KL. Beliau membuat tempahan make up selepas melayari laman blog aku. Untungnya jadi the only make up artist yang ada blog kat Penang ni. yahoo....

Selepas membuat penyelidikan tentang tempat yang dinyatakan dalam email iaiti Pulau Sayak, SUngai Petani. Aku mendapati tempat itu terdapat satu resort yang dinamakan Pulau Sayak Resort. Lantas aku terus mengemail customer aku secepat mungkin

I said "I tengok kat tempat u ni ada resort la...maybe i akan stay kat sana kot".

Rafekah answered "Resort tu runs by my mother la...nanti i bagi u one compliment room"

I said " YAHOOO!!"

How to get there?
Dari Penang, anda perlu drive from Butterworth Bagan Ajam and Telok Air Tawar. Sehingga jumpa Bandar Kepala Batas, carik sign board menuju ke Pantai Merdeka. Dari sana, just drive along melalui Sungai Kuala Muda and then kita akan jumpa KAMPUNG PULAU SAYAK. Drive lagi jauh, jumpa padi, jumpa sungai...jumpa kampung yang best best....pergh...last sekali...jumpa satu Pusat Penyelidikan Pembiakan Benih Udang Negara, then barulah kita jumpa PULAU SAYAK RESORT.

Pulau Sayak Resort
Kalau nak baca lebih mendalam di tentang resort ini, sila click pada link ini. http://pulausayak.com/index.html.



Memang seronok kat sini, buleh buat family day, buleh buat small group gathering. Sebab tempat ini sangat terpencil, memang kalau datang, hang tak buleh blah p tempat lain. hauahahuahau....so lebih bagus untuk menggalakkan semua untuk stick together.

Pulau Sayak
Pulau ini sangat kecik sebenarnya, dan tidak mempunyai sumber air bersih yang sebab itulah tidak ada binatang atau mergastua yang hidup di dalam pulau ini. Kata Aunty Aesah, pemilik resort ini, menceritakan bahawa kat pulau ini dulu ada seekor jer monyet dah kurus macam adik aku, then petang petang akan nampak burung helang terbang terbang kat atas pokok yang paling tinggi kat situ. Tetapi yang seronoknya berada di sini, untuk mereka yang gemar memancing memang ini adalah SORGA untuk mereka. Pancing main-main pun boleh dapat kerapu....fullamak.

Mee Udang
Mee Udang kat sini memang la meletop. Ada banyak kedai mee udang yang sangat best kat kawasan yang terdekat ini. Tetapi yang menjadi suggestion tuan punya resort, YAAKUB MEE UDANG. Memang betui la meletop........RM5 jer sepinggan dengan seekor udang sebesar tapak tangan aku! Memang udang tu manis gila...sampai aku makan semua kepala dia semua aku gigit and isap jus...fuh...hahahahah

Sawah Padi
Memang aku ini sangat perak apabila memjumpai padang sawah pagi, ladang teh dan juga laut. So sepert biasa, ketika aku berdriving menuju ke sana, aku telah menyinggah di sebuah sawah padi yang sedang menghijau. Lihatlah close up padi yang baru berbuah.

Jumie, ikutlah resmi padi, semakin berisi semakin menunduk.

Pahlawan Air Tebu
Setelah penat berposing di ladang padi, aku merasa sangatlah dahaga. Lantas, selepas 10 minit drive aku berjumpa dengan satu gerai kecik yang menjual air tebu. Pergh...memang best gilaaa...minum air tebu time-time panas terik macam tu. Duduk bawah pokok atas bangku kayu sambil mimun air tebu fresh, memang meletop la sangat. Aku siap beli batang tebu bawak balik Penang buat hantaran buat family and kawan-kawan. Ehk..silap. Bukan hantaran, buah tangan...

Berkenalan dengan nelayan Sungai Kuala Muda
Hati aku tertarik dengan sebuah sangkar ikan di Sungai Kuala Muda. Tiba-tiba sambil merakam-rakam gambar kolamnya, aku dimengorat oleh abang-abang nelayan "Mai la sini, boleh tangkap gambar dengan ikan.." Wah...apa lagi. Aku pun terus menunjukkan bakat aku dalam bidang gimrama dan gimnastik dengan meniti ke kolam sangkar ikan itu. Memang best la...sambil bersembang dan berkenalan dengan abang-abang nelayan, aku berkesempatan untuk tanya pengalaman mereka bekerja mencari rezeki dengan menangkap ikan. Diorang muda lagi.............kalau nak hidup, kena rajin, kalau rajin, apa pun boleh buat!!

Sekian sahaja ulasan untuk kali ini. Ingin bercuti? Tak payah pusing satu dunia...dalam Malaysia pun ampa belum puas pusing lagi!! Siapa kat sini yang tahu kat mana Pulau Sayak? HUH!!

5 comments:

  1. jumie,hang bley jadi duta tourism malaysia la...hehehe

    ReplyDelete
  2. wahh

    aku pun first time dengar nama resort pulau sayak tu...

    best ahh...banyak mende2 best...

    part paling best...mancing...owhh...sudah lama gue tak pegang joran...gian owhh...

    ReplyDelete
  3. Kuala Muda? Dekat jerk dengan Kampung Halaman aku di ADUN PENAGA! WKAKAKA Lain kali nak datang CONTACT lah aku yer!!!!



    FIQ ONLINE
    http://www.fiq-life.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Pulau Sayak? yer, saya kawen orang kuala muda, slalu makan mee udang kat pulau sayak..bahagia kan..hahaha

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...