2.2.09

Kata dulang paku serpih....

Pada suatu ketika dahulu aku pernah kenal satu orang. Nama dia MR. M. Dia merupakan tunang kepada kawan aku yang namanya akan aku sembunyikan dalam blog ini.

MR. M sangat kurang ajar kerana beliau pernah mengkata aku sebagai perempuan j*lang. Perlu, mak ayam kena caras macam tu.

Kisah nya begini. Aku dengan membuta tuli telah mengSMS tunang beliau dengan niat jahat mengajak tunang beliau berkeluar malam untuk berfoya-foya. Lantas, selepas SMS itu terkantoi. Beliau telah menelefon aku dan memaki aku dengan penuh kata nista.

Tapi kata orang paku serpih, kata orang dia yang serpih jugak. Akhirnya dia telah menjadi orang yang sangat lebih hina dari apa yang beliau telah mengkata pada aku. Beliau dengan ini telah mengkata bahawa aku ini perempuan jahat dan melarang aku untuk berkawan dengan tunangnya.

Tetapi aku tidak berputus angsa, aku masih berkawan dengan kawan aku kerana beliau adalah kawan baik aku dunia akhirat. Untuk pengetahuan anda, aku tidak menghadiri majlis pertunangan mereka kerana takut dihina dikhalayak ramai.

Namun, tuan-tuan dan puan-puan. Jodoh mereka tidak berkekalan....kerana akhirnya Mr. M telah berpaling pada wanita lain yang sungguh malang nasib wanita itu. Aku bersyukur kerana kawan baik aku kini telah bebas dari hidup di bawah pemerintahan kuku besi Mr. M dan dia sudah memulakan hidup yang baru.

Mr. M telah pun berkawen namun masih curi-curik menghubungi kawan aku yakni bekas tunang beliau melalui SMS dan berkata beliau masih merinduinya. Hampeh sungguh MR. M ini.

Saya akhiri post ini dengan pantun ini sekali lagi,

Kata dulang paku serbih, duk kata Cik Jumie, Mr. M pun melebih lebih!! Jangan duk kata kat orang sangat. Nanti hang yang jadi lagu tu!!

Muka aku macam J LO tak dengan spek ni? Ni spek bapak aku!!

Sekian, wasalam.

3 comments:

  1. hahaha!!

    ingat dah masuk blog j.lo dah tadi...sekali j.lo tulih blog bahasa melayu...wakaka!! sejibik ah weyy...
    nyaris tertipu aku...

    ReplyDelete
  2. Sekali pandang ade iras "Oprah Winfrey".. Dua kali Padang Iras "Sepah Aini" Tiga kali pandang "Japar ON"

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...