6.2.09

Marka Jumie masa sekolah rendah

Masa aku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Dato Kramat. Aku ada marka. Nama dia Muizz. Memang aku suka kat dia. Masa kecik-kecik dulu la. Cikgu selalu suruh aku jaga dia. Sebab dia buaih. Kalau dia bising aku kena tutup mulut dia. Cikgu yang mengkapelkan kami bernama Cikgu Zainab Yahya.

Masa sekolah memang banyak la gossip pasai kami. HAHAHA...walaupun aku gangster dan ketua pengawas. Tapi aku suka kat dia.

Masa berubah. Walaupun dah masing-masing dengan hidup masing-masing tapi persahabatan masih terjalin. Setiap tahun menjelang hari raya, rumah Muizz menjadi lawatan wajib. Mak Muizz iaitu Mami Zabedah akan bising duk tanya "Awat Jumie tak sampai-sampai lagi......".

Mak dia memang la berkenan sangat nak amik aku jadi menantu. Tapi tak kesampaian sebab aku tak sabak nak tunggu Muizz yang belajak lama sangat. HAHAHAHAHHAHA

Muizz lani kerja sebagai engineer kat Sime Darby. Dia pun dah ada marka. Orang Kulim. Tapi pesan aku kat Muizz "Hang kena bawak achi hang sembah ratu kat aku dulu...baru aku bagi ilmu macam mana nak amik ati mak hang"

Muizz is a nice man and a great friend. Untungla sapa jadi awek beliau.

Masa kecik-kecik

Bila dah dewasa

ps/ Mak Muizz hadiahkan aku 4 pasang baju pengantin klasik daripada kain songket dan kain renda. Dia hadiahkan untuk business make up aku. Insya Allah, i will post the bulettin untuk siapa yang berminat menyewanya. Suatu kelainan....songket lama memang real classic!!

10 comments:

  1. wey,hg ptot baca 1 entry aku pasai skolah rendah jugak =)(do click http://faraharaf.blogspot.com/2009/01/revisit.html) tp tkdak crita pasai muizz la lam tu hehehe

    ReplyDelete
  2. eceh..kecik2 dok amik pic jauh2...
    dah besar2..amik rapat2 serapatnya..hahaha...
    lawak la ko jumie..pagi2 dah bikin aku gelak...hahahaa

    ReplyDelete
  3. wahhhh jumie time kecik2 kurusssss....hahahaha....

    ReplyDelete
  4. macam tak percaya jadi KETUA Pengawas! :P tapi macam pernah tengok mamat nie, tapi di mana ya!

    ReplyDelete
  5. hahahah..gila lawak la ko nie jumie.. teringat masa skolah2 rendah dulu..pakai tudung sengett... hahahah..

    p/s: muizz ensemm....hahaha

    ReplyDelete
  6. hehe...
    wat aku ingat kisah aku mase skolah rendah la plak...tapi aku pun ada kisah lain yg dah aku up...

    lagi dasat kot?
    pi sini...

    http://cuteaslina.blogspot.com/2009/01/aku-pun-lebih-kurang-je-p.html

    ReplyDelete
  7. paa laa ang jumie...ensem marka ang masa kecik..hahaha

    ReplyDelete
  8. semua orang duk puji muizz...ampa ni semua dah lupa kaa sapa BOIFRENG aku??

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...