Mentor Auditon - Aku TOP 8

21 March 2009 - Alangkah semangatnya aku minggu itu, walaupun sibuk dengan pelbagai hal. Tapi bila menengok jer bahawa Adiba Noor akan jadi one of the MENTOR untuk rancangan Mentor tahun ni. Aku terus call my bro Rusdi dan membuat perancangan untuk ke audition yang dimaksudkan.

Pagi itu, aku sampai di KL Central setelah travel dari Penang naik kereta api! Memang menggerunkan jugak. Dah almost 10 tahun aku tak naik kereta api. Bila bunyi GEDUNGGEDUNGGEDUNG.....aku duk tanya kat Rusdi "Wehs, memang kereta api bunyi macam ni ker?" Rusdi dengan muka bengang menjawab " Tak la...dia bunyik...cuu cuuu cuu cuuuu" Bab* betui. Beliau telah menipu aku dengan membuat bunyi kereta api mainan.



Setelah sampai di KL Central, kami pun menunggu kawan Rusdi yang akan menemani kami sepanjang hari ini. Bila bertemu, wah....mamat ini sungguh sweet dan manis orangnya. Saya berkata dalam hati...."Zaza zaza zaza zaza". Rupa-rupanya, kawan Rusdi ni bukan calang-calang orang. He is writer and also finalist akhir bagi Pertandingan Akhir MASKULIN. Cayalah Mochh!!

Skip citer citer semua....kami pun sampai di Sri Pentas. Setelah mengisi borang dan menunggu dari jam 11am. Pukul 4 baru aku dapat nyanyi nok. Memang penat sangat menunggu. Rusdi dah memang nampak FLET OUT. Aku maintain steady dengan kasut merah aku ni.

My angka giliran 0427!! Aku masih simpan lagi. Kalau ada sapa sapa berminat nak beli boleh contact aku.
Yang lebih menyayat hati, dalam Sri Pentas tu tak cukup aircond. Kata Zazaku yang bekerja sebagai technician air-cond, beliau mengesahkan bahawa TV3 hanya share compresor air cond dengan hotel kat sebelah. Siot betui. Patotla panas. Muka aku dah berminyak macam orang Zimbabwe.


Dua brother yang menjaga kami di bilik menunggu!!
Bila masuk dalam bilik audition, maka aku pun bertemu la dengan idola aku, Adibah Noor. So lepas perkenalkan diri dan bla bla bla...aku pun nyanyi. Saving all my love for you and sepanjang jalan kenangan by Tetti Kadi. They loved iut, so aku got through the first audition. YESS!!

Before second auditon, aku sempat menyergah sebuah salon kat One Utama. Cewah....semangat!!
Then kena tunggu lagi sampai pukul 9 malam. For second audition, yang terpilih hanya 20 orang sahaja. Aku nyanyi lagu "Perhaps". Lagu relaks jer. Sebab, contestant yang lain semua macam berlumba-lumba nak nyanyi lagu tinggi-tinggi. Nak tunjuk kemantapan vokal. Aku kunon nak berlagak humble la...nyanyi lagu mudah. KIH KIH KIH

Alhamdulillah, aku terpilih lagi menjadikan aku top 8!!.

Tapi, rezeki aku takat tu jer. So masa top 8 ni aku kalah. But its ok. No komen pedas yang ingin aku catat di sini. Memang sakit ati dan juga rasa macam jadi mangsa propaganda. Tapi biarlah....dah habis kan. Tahun depan buleh cuba lagi.

Abang Khai. Rusdi dan Moch. My soul supporter!!My number 0427. Kalau 0428 sama macam birthday kawan baik aku Tarmizi Jaapar a.k.a Amed Mizio.
PIntu Lift TV3 yang meletop....SPA Q
Macam stewardess tak? hahaha....tapi untuk kapal terbang perang!! hahahaha
ps/ Azmeer Mata Pote yang merupakan musuh ketat aku...hihih..beliau kata beliau nak aku pi audition for Awie or Ajai dia nak tolong. Tapi sudahla nok...mak ayam penat sangat.

Vote for Moch - http://www.karangkraf.com/plm0809/

Pencarian Maskulin 2008/2009 - My Vote goes for MOCH!!



Well my Zaza is big fan of Maskulin Mag. Dia tak pernah terlepas beli majalah ni every issue. Aku selalu ejek beliau sebab baca magazine metroseksual tu. Tapi cool jugak, sebagai natijahnya dia lebih cool dan arif dalam pilihan fashion terkini.

Enough about that. Recently, aku telah berkesempatan berkenalan dengan salah seorang Finalist Lelaki Maskulin 2008/2009!! WUhhu...aku lebih malatop dari BF aku.


Moch atau nama sebenar Tuan Mochtar Malek Al-Idrus mempunyai ketinggian yang sangat tinggi. He's my age, 18. Very humble and sweet person. Did i tell you that he is a writer who has written a series of book about THE TEENSVESTIGATORS and owned a publishing house of his own. MALATOP. You guys can check out his website at http://www.twoonebooks.com/.

Beramah mesra dengan his fans masa launching of his books. Ampa boleh add dia kat Facebook. His email is 21mochtar@gmail.com

Anyway, even dapat kenal beliau satu hari. Tapi kami dengan cepatnya menjadi sangat close dan mesreeeee...suka sangat. kalau ampa nak tau, dia antara sahabat yang sudi menanti aku seharian di Sri Pentas ketika audition Mentor!!

So, aku need support from all. Please vote for my friend - Moch.

To vote please log on to : http://www.karangkraf.com/plm0809/ Please vote for contestant no 4. Jangan nanti ampa tengok semua hemsem-hemsem ampa terus menjadi seorang yang berputih mata. OK. Yang mana single seperti Noraslinawati, please calm down before bukak this page ok.

A vote for Moch is a vote for me!!

Aku ucapkan CAYALAH to all yang sudi vote for my friend!!

Shakuntala - Epik kisah cinta purba yang sangat meletop!!

25 March 2009 - Sungguh teruja aku nak menonton persembahan teater projek pelajar tahun akhir Pusat Pengajian Seni USM yang berjudul Shakuntala.

Apa itu Shakuntala? Kisah mitodologi Hindu ini mengisahkan Shakuntala yang merupakan anak kepada Dewi Menaka turun ke bumi dan hidup sebagai gadis bertapa. Then, pada suatu hari dia sudah bertemu dengan Maharaja Dushyanta, yang merupakan pengasas Dinasti Paurav. Dorang pun kawen di dalam hutan itu. Kisahnya bermula bila, Shakuntala yang sedang berangan di siang hari mengenangkan suami barunya yang gagah perkasa itu, sampai dia tak dengar kehadiran Durvasa. Durvasa ni kira macam orang jahat gila la. Dia kunon nak mai tengok Shakuntala dah kawen ni. Sekali dia duk angau, hatta sebab murka dia sumpah Dushyanta akan melupakan Shakuntala!! Sumpah itu akan hilang hanya jika dia terlihat cincin yang dia berikan pada Shakuntala dulu.

Itulah kisahnya....

Anyway, its a great show walaupun almost pelakon adalah amatuer. Semua pelakon tambahan dalam citer tu merupakan Gang Palat-palat yang sangat aku sukai!!

Great job guys!!

Jumie and Gang Palat-Palat

Bersama Ketua Pengawal dan juga Pengawal.

Dari kiri : Ketua Pengawal, Pyanka (Nanny diraja yang mengasuh Bharata, anak Shakuntala), Pengawal dan juga nelayan.Pyanka kena jadi harimau tua...hehehehe
Rusdi yang menjadi Ketua Pengawal..perlu ke?
Babak yang menggelakkan hati. Macam lawak sebab kami selalu karaoke bersama, tiba-tiba tengok dorang berlakon plaks.

SORRY YOU ALLS

Assalamualaikum untuk semua,

Sorryla lama tak update. Mak ayam sangatlah busy sehingga menjadi seorang yang panas baran. PERLU? Sorry la kalau mak ayam tak jawab phone dan sms para wartawan dan semua yang terlibat, pihak media cetak dan media elektronik. I sibuk sangat nok.

Sebab tak cukup rest dan ada orang kata "JUMIE NI TERLALU SUKA SANGAT AMIK KOMITMEN SAMPAI TAK TERDAYA NAK BUAT SEMUA". Perlu ke statement macam tu? Macam berbaur sesuatu jer yang sangat beautiful culture.

Please give me sometime, INSYA ALLAH by April I WILL BE BACK with citer citer terpanas dan mengghairahkan untuk digelakkan bersama.

SEKIAN,

I MISS U OLLS

The House of Red Gincu

Seperti yang sedia maklum, beberapa bulan yang lepas aku kalut mencari nama yang sesuai, yang ong, dan yang sesuai untuk aku daftarkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk melegalkan perniagaan yang aku jalankan ini, maka akhirnya lahirlah nama ini.


Antara perkhidmatan yang kami sediakan adalah seperti berikut :
  • Persolekan
  • Basic Make Up Course (small parties or large class)
  • Wedding Decorations (hantaran, door gift dan lain-lain)
  • Henna Design
  • Photography Session
  • Flower Girl Decorations
  • Fresh Flower bouquet Decorations
  • Sirih Junjung Decorations
For more details, please contact us :



Langkah akhir seorang juara - Penyerahan Rasmi Piala Pusingan Juara Bintang USM

After a year aku dinobatkan sebagai Juara Bintang USM 2008 kini tibalah masanya aku turun takhta dan serahkan takhta ini pada mereka yang berhak.

Pada tarikh 11 Mac 2009, setelah diminta berbanyak kali oleh Kak Ramnah dari Dewan Budaya untuk cepat-cepat menghantar Piala Pusingan kembali ke gelanggang asalnya.

Pertandingan akhir bagi Bintang USM 2009 akan diadakan pada 27 Mac 2009, sehari sebelum SK Nite di Traders Hotel. Pada malam Bintang USM 2009, insya allah i will perform untuk persembahan selingan. Lagu aku tak tau lagi.


Tapi aku amat sedih apabila Piala yang menjadi kebanggaan aku di rumah, akan dikembalikan. Berikut adalah rentetan gambar yang diambil sepanjang dari Social Sciences sampai Dewan Budaya!!
Posing-posing akhir bersama Piala Bintang USM



Perjalanan yang penuh sedih dan tangisan tipu. hihihih....Masa ni hari tiba-tiba menjadi mendung.



Aku suka gambak ni ....rasa macam DIVA sangat! kih kih kih
Di pintu ini aku meratap kesedihan....waaaaaaaaaa.....


Penyerehan Rasmi kepada Puan Ramnah, Dewan Budaya USM

Cium terakhir

Perbincangan bersama pegawai-pegawai Dewan Budaya




Kepada bakal peserta Bintang USM 2009. Here are the simple useful tips from me untuk buat the best performance untuk malam itu!! Insya Allah
  • Rehat yang secukupnya! Kalau boleh tidur cukup...jangan tidur tak cukup.

  • Pilih lagu yang betui-betui sesuai dengan kemampuan vokal kamu. Jangan amik lagu yang terlalu susah sampai dengar macam terpaksa.

  • Pilih pakaian yang sesuai!! Yang sesuai ok!!

  • Buat persembahan free depan kawan-kawan! Pastu suruh dorang jadi juri!!

  • Hayati seni kata lagu itu dengan sepenuh jiwa. Try relate emosi lagu itu dengan pengalaman diri sendiri. Kalau tak pernah ada pengalaman yang sehebat itu, try create satu dunia lain dalam diri kamu. Lagu yang dinyanyi dengan jiwa akan hidup dengan sendirinya. Yang tula boleh buat meremang bulu roma!!

  • Masa pertandingan jangan lupa ucap good luck kat semua peserta lain. Jangan duk buat kekwat sangat.

  • Kalah menang adat pertandingan ok. Kalau tiada rezeki kita cuba di masa hadapan.

  • Masa nyanyi, anggaplah ini adalah kali terakhir anda akan menyanyi di pentas itu!!

  • Dan yang paling penting - JUST BE YOURSELF!!

    ps/ Sapa ada Prospectus USM 2009 please turn to page 77! Ada gambar aku. Huhuhuhuh

Nyanyi at Graduation Dinner School of Management USM

Graduation Dinner "Bella Noche" School of Pengurusan
Date : 7 March 2009
Masa : 8.00 malam
Venue : E & O Hotel
Pengacara : Dev Patel and Yolanda Albert

Thanks pihak penganjur. Best sangat dinner korang! Dapat mak ayam lepas gian! Aduhs.....


With Mr. Anees, Project Manager. Thanks for the comfort. You know what i mean....hehehehe
Lama tak buat show. Tiba-tiba ada student mintak perform kat dinner dorang, aku macam rasa terharu pulak.


Lagu yang dipersembahkan malam tu : Perhaps (Pussy Cat Dolls), Saving All My Love For You (Whitney) and Terlalu Istimewa (Adiba Noor).



JOM TENGOK TEATER at Dewan Budaya USM!

Apa ampa semua nak buat pada hari gaji bulan ni? Huhuhuhuh... Jomlah beramai-ramai kita menonton teater pelajar tahun akhir bagi Lakonan dan Pengarahan bertajuk SHAKUNTALA di Dewan Budaya USM pada 24 dan 25 Mac 2009 ini jam 8.00 malam!!

Ceritanya? Aku pun tak tau. Tapi semua kawan baik aku yakni student-student di PPSK merangkap anak-anak ayam aku telah melakonkan diri mereka dalam teater ini. Cubaan yang bagus. Nok. Rusdi. Man Kering dan pelbagai lagi.

So jom saksikan dorang! For tickets please contact Rusdi Alexander 0134134913
iuni

Bersama Jumie Samsudin dalam Seminar Kepimpinan Setiausaha pada 23 hingga 24 April 2009 di Universiti Sains Malaysia

Anda berminat untuk menyertai kelas make up bersama saya sambil menghadiri kursus dalam siri seminar awam yang dianjurkan oleh Unit Latihan USM? Kini peluang ini dibuka untuk semua kakitangan kerajaan dan swasta dari seluruh Malaysia.

Seminar Kepimpinan Setiausaha USM 2009
Tarikh : 22 dan 23 April 2009
Masa : 8.30 am hingga 4.30 pm

Tempat : Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang


Antara topic menarik sepanjang kursus 2 hari ini adalah seperti berikut :
  • Cabaran dan Peluang Setiausaha Masa Kini
  • Kepimpinan Diri
  • Mengenali Kekuatan dan Kelemahan dalam diri
  • Kesihatan Diri - Diet dan Kekal Anggun
  • Personaliti Setiausaha yang Profesional - Solekan dan Penampilan Diri by Jumie Samsudin
  • Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Harga RM350 seorang sahaja! (bukan staf USM)
Yuran ini adalah termasuk jamuan, nota ceramah dan juga sijil penyertaan.


Berikut adalah butiran talk yang akan disampaikan oleh saya with title “ Do’s and Don’ts for daily simple make up”.

  • Memberikan keyakinan kepada semua bahawa semua orang boleh menjadi lebih menawan hanya dengan mendapatkan teknik solekan yang betul.

  • Memberi peluang kepada peserta kursus untuk mengetahui bagaimana cara untuk mendapatkan info yang betul mengenai solekan tanpa menggunakan modal yang besar.

  • Memberi pengetahuan tentang cara untuk menutup kelemahan pada raut wajah disamping menonjolkan keistimewaan / tarikan pada penampilan wajah seseorang melalui solekan.

  • Mempelajari pilihan-pilihan alat solek yang betul dan BUDGET FRIENDLY.

  • Mempelajari cara-cara menjaga alat solek dengan betul.

  • Mengetahui dan mengenalpasti kesalahan lazim yang sering dilakukan dalam solekan harian.

  • Tips rahsia mendapatkan solekan yang kemas.

Jangan lepaskan peluang ini. Sila emailkan butiran berikut kepada jumie_samsudin@yahoo.com untuk mendapatkan borang pendaftaran rasmi daripada pihak penganjur.
  • Nama Organisasi
  • Pegawai yang mengesahkan / jawatan pegawai yang mengesahkan
  • Alamat
  • Telefon
  • Faks
  • Nama Peserta / Jawatan
  • Email
  • Telefon

For those who always been my supporters from all over the Malaysia, i know u realy wanted to come and join this seminar and show your support. This is the first time im giving talk to a big group and i hope that i can share as much as i can to all the women who loves the idea of beauty and loves.

Email to me with the details seperti di atas dan dapatkan kelulusan dari Ketua Jabatan anda. I hope to see you all in this seminar!!

Sekian dahulu.

Love,
Jumie Samsudin

WHERE DREAMS BEGIN - SK NITE 2009!!

Salam to all,

Di kesempatan ini, aku nak tolong promo this project from Sekretariat Pembangunan Pelajar PPSK yang akan menjayakan annual dinner bagi school kita pada details seperti berikut :

Tarikh : 28 th March 2009
Time : 8.00 malam
Tempat : Traders Hotel, Penang
Harga tiket : RM65 sahaja
Tema : Masquerade Magic


10 sebab why you olls kena join this party!!

  1. RM65 sahaja tapi buat kat hotel 5 bintang! Traders hotel ok? Dulu nama hotel ni Shang Ri La. Memang meletops sangat!

  2. Sebab masa ni la nak bergaya sakan dengan kawan-kawan semua sama ada student senior atau junior, lecturer atau admin staff....pastu ambil gambar kenangan!!

  3. Ada hadiah untuk mereka OUTS STANDING pada malam tu! Lucky draw pun ada jugak!

  4. Dance performance yang dikoreografikan oleh penari profesional dari Green Apple Ballet Academy Profesional Dancer!!

  5. Boleh tengok DEKAN buat show!! Memang meletops.

  6. Majlis ini merupakan graduation dinner untuk final year students! kalau tak datang memang rugi sangat!

  7. Ayat baik yang wajib - Merapatkan silaturrahim antara student dan staff. PERLU!!

  8. Sebab tahun lepas memang best gila dengan tema ORANGE NITE....tahun ni of course la lagi best!

  9. Inilah masanya kita semua nak pakai topeng dengan sebab yang munasabah di hadapan rakan-rakan! hihihih

  10. Sebab semua orang pun datang the party ini so sebab tu la korang pun kena datang jugak.
Ok! For more information please SMS to Jesslyn 0125166117!!

See you there!!

Pernahkah anda terjumpa perempuan cantik ini?

AMARAN!!
Pernahkah anda terserempak dan terjumpa dengan perempuan cantik ini sewaktu dalam kampus induk? Sekiranya ternampak atau teserempak atau terjumpa, dengan perlahan dekati perempuan cantik ini dan suruh dia pulang ke habitatnya dengan segera.

Sila handle spesies ini dengan penuh dedikasi dan cermat sebelum spesies ini terus PUPUS.




KAH KAH KAH KAH KAH!!

Movie of the month - Slumdog Millionaire


SLUMDOG MILLIONAIRE
BEST MOVIE FOR ACADEMY AWARD 2009

Mulai bulan ini, aku akan berjanji untuk buat review tentang movie terbaik yang aku tengok untuk bulan itu.

Bulan ini sebagai permulaan, SLUMDOG MILLIONAIRE seperti yang semua tahu, filem ini telah menang sebagai filem terbaik pada malam Academy Award February lalu. Oleh yang demikian, aku telah mengambil kesempatan untuk menonton citer itu dengan segera.

Sinopsis [Ikut yang Jumie Samsudin faham]

  • Citer ni tentang Jamal Malik, budak Muslim yang hidup di tepi jalan. Takdak rumah. Homeless. So dari kecik, bila mak dia mati dibunuh dalam pertembungan perang antara agama di perkampungan mereka, jadi dia dan abangnya telah hidup sebagai anak jalanan dari Mumbai, hingga ke Agra.

  • Daripada bekerja sebagai pengemis, penjual makanan atas kereta api, hinggalah menjadi tour guide ketika di Agra India. Kelakar betul citr dorang tipu pelancong masa kat Taj Mahal. Then sebab perselisihan faham dengan abangnya yang telah merampas cinta hatinya Latikha, seorang budak perempuan yang Jamal kenali masa berada dalam kumpulan sindiket pengemis.

  • Jamal Malik telah melarikan diri dan pergi meninggalkan abangnya dan Latikha. Pastu terus kronologi citer tu berubah ke zaman sekarang, di mana Jamal Malik masuk Who Wants To Be A Millionaire di India. Bukan untuk dapat jutaan ruppee, tapi for the hope that Latikha akan menonton dia di kaca TV.
  • Yang menariknya, Jamal telah berjaya jawab soalan yang diberikan dengan tepat. Bukan sebab dia ni pandai. Tapi sebab semua soalan yang diajukan berkaitan dengan pengalaman pedihnya sepanjang hayat di jalanan kota India.

Pendapat Jumie
  • Mengikut yang Jumie faham, citer ini sangat sadis dan menakutkan. So untuk orang yang tak tahan perasaan dan takut, jangan la berani tengok citer ni. Bukan sebab hantu tapi sebab kebenaran realiti kehidupan yang sungguh kejam ini telah berjaya disampaikan oleh Danny Boyle dengan begitu.

  • Tapi citer ni sangat best, sebab membuatkan kita pikir bukan sekali, tapi berkali-kali untuk bersyukur bahawa kita dilahirkan di bumi MALAYSIA yang indah ini. Walaupun kita juga ada masalah politik, masalah ekonomi, tapi so far semua anak-anak dapat ke sekolah dan berpeluang untuk jadi apa yang mereka nak jadi. Pokoknya keinginan dan usaha sahaja.

Yang best tentang citer ni
  • This is not typical HINDUSTAN movie. Lagu ada sikit ja. Menari ramai-ramai pun masa last jer. Sampaikan Danny Boyle lupa nak ucap timer kasih kat cikgu tari dalam filem ni masa dapat award! KAH KAH KAH....jahat la kau ni Danny. Cubit baru tau.

  • Lakonan Anil Kapoor yang jadi pengacara dalam Who Want To Be a Millionaire tu, patutnya ditawarkan kepada Shah Rukh Khan. Tapi Shah Rukh Khan tolak sebab harga bayaran rendah. Pirah!!

    Pelakon kanak-kanak dalam citer ni.

  • Pelakon kanak-kanak dalam citer tu, Azharuddin Mohammed Ismail dan Rubina Ali memang budak jalanan di Bandra, Mumbai. Memang dorang ni anak orang miskin kat India. Disebabkan kejayaan filem ini, dorang diberikan masing-masing £17,500 pounds dalam dana pendidikan dorang. Dan duit ini akan membuak lagi apabila dapat dikeluarkan bila dorang mencapai umur 18 tahun nanti. Dan disahkan juga, family dorang pun dapat sebuah rumah percuma di Garib Nagar.

  • A.R Rahman yang buat lagu lagu dan music dalam film ni jugak merupakan composer bagi lagu lakonan Shah Rukh Khan yang sangat popular iaitu Chaiya-Chaiya. Lagu ni popular ooo...tanya Shanaz!!

  • Amitabh Bachchan macam bengang dengan citer ni masa mul-mula. Dia kata dalam blog dia, Slumdog Milllionaire ni dapat recognition sebab director dia orang putih. Walaupun cerita asal adalah hasil nukilan novelist India. Dia kata kalau orang India yang direct citer ni. Memang takkan menang jauh la. Betul tu abang Bachchan. I setuju sangat.

    Masa ni dorang dijemput ke show sepupu aku, Tyra Banks. Meletop betui.
  • Muka Dev Patel yang berlakon sebagai hero dalam citer ni muka macam marka lama aku iaitu...im sorry Amir tak boleh bagitau. Umur Dev Patel ni sama dengan aku..... 18 tahun! HAHAHA....Yes he was on 1990. Dia dilahirkan di Nairobi, Kenya. Dia ni anak orang kaya jugak la.

  • Freida Pinto heroin dalam citer ni, dia anak guru besar sekolah kat India dan bapak dia pegawai Bank. Dia pernah jadi model chewing gum kat India.

  • Pengarah citer ni Danny Boyle juga merupakan pengarah filem yang aku suka jugak The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. Birthday Danny Boyle [20 Oktober] ni awal dua hari dari birthday Asmaa, Aisha dan Shanaz [ 22 Oktober].
Sekian saja. Selamat menonton citer ni. Best WOOOO!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...