13.3.09

Kucing di dalam Wardrobe

Pada suatu malam yang indah, ketika bercengkerama di atas katil yang best dan romantik. Aku sedang bermain SMS dengan Zaza yang berada jauh di luar negeri. Sungguh sedih mengenangkan nasib kami yang bercinta dalam jarak jauh. Seperti belajar Jarak Jauh, aku akan teruskan jua pelajaran ku ini, hingga dapat segulung sijil nikah.

Tiba-tiba, aku ternampak ada seekor kakak kucing yang masuk ke bilik aku melalui tingkap. Beliau tengok pada aku. Aku tergamam, dan aku tanya pada beliau "Oi...hang nak pi mana?"

Kakak kucing itu terus masuk ke dalam almari baju aku dengan penuh yakin. Aku terus bangun dan menuju ke almari baju aku.

Apabila aku buka, alangkah terkejutnya apabila mendapati ada ini.






Comels tak? Aku rasa bersalah untuk memarah kakak kucing itu yang menumpangkan anak-anak beliau di bilik aku. Aku rasa terharu sangat. Melihat wajah wajah ini yang sungguh innocent, aku tidak sanggup bersikap seperti ISRAEL.

Sejak itu, aku membiarkan kakak kucing itu masuk dan keluar dari tingkap bilik aku.

4 comments:

  1. nak 1 yg kaler oren tu..i suka kucin kaler oren hehe

    ReplyDelete
  2. nak yang hitam2 oren tu...alalalaaa...comelll~~~

    ReplyDelete
  3. lepas nie mintak2 lah...gajah ke...zirafah ke...dok beranak dalam almari u tuh...

    hehehehe

    ReplyDelete
  4. siti and aslina : ampa ingat aku ni apa? mak ayam ka...jual anak anak yang inesen macam tu. Kalau berkenan...masuk la meminang....

    makhluk perosak : hahahaha...ok...buleh la aku bukak Zoo nanti. Panggil VC USM

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...