20.3.09

Langkah akhir seorang juara - Penyerahan Rasmi Piala Pusingan Juara Bintang USM

After a year aku dinobatkan sebagai Juara Bintang USM 2008 kini tibalah masanya aku turun takhta dan serahkan takhta ini pada mereka yang berhak.

Pada tarikh 11 Mac 2009, setelah diminta berbanyak kali oleh Kak Ramnah dari Dewan Budaya untuk cepat-cepat menghantar Piala Pusingan kembali ke gelanggang asalnya.

Pertandingan akhir bagi Bintang USM 2009 akan diadakan pada 27 Mac 2009, sehari sebelum SK Nite di Traders Hotel. Pada malam Bintang USM 2009, insya allah i will perform untuk persembahan selingan. Lagu aku tak tau lagi.


Tapi aku amat sedih apabila Piala yang menjadi kebanggaan aku di rumah, akan dikembalikan. Berikut adalah rentetan gambar yang diambil sepanjang dari Social Sciences sampai Dewan Budaya!!
Posing-posing akhir bersama Piala Bintang USM



Perjalanan yang penuh sedih dan tangisan tipu. hihihih....Masa ni hari tiba-tiba menjadi mendung.



Aku suka gambak ni ....rasa macam DIVA sangat! kih kih kih
Di pintu ini aku meratap kesedihan....waaaaaaaaaa.....


Penyerehan Rasmi kepada Puan Ramnah, Dewan Budaya USM

Cium terakhir

Perbincangan bersama pegawai-pegawai Dewan Budaya




Kepada bakal peserta Bintang USM 2009. Here are the simple useful tips from me untuk buat the best performance untuk malam itu!! Insya Allah
  • Rehat yang secukupnya! Kalau boleh tidur cukup...jangan tidur tak cukup.

  • Pilih lagu yang betui-betui sesuai dengan kemampuan vokal kamu. Jangan amik lagu yang terlalu susah sampai dengar macam terpaksa.

  • Pilih pakaian yang sesuai!! Yang sesuai ok!!

  • Buat persembahan free depan kawan-kawan! Pastu suruh dorang jadi juri!!

  • Hayati seni kata lagu itu dengan sepenuh jiwa. Try relate emosi lagu itu dengan pengalaman diri sendiri. Kalau tak pernah ada pengalaman yang sehebat itu, try create satu dunia lain dalam diri kamu. Lagu yang dinyanyi dengan jiwa akan hidup dengan sendirinya. Yang tula boleh buat meremang bulu roma!!

  • Masa pertandingan jangan lupa ucap good luck kat semua peserta lain. Jangan duk buat kekwat sangat.

  • Kalah menang adat pertandingan ok. Kalau tiada rezeki kita cuba di masa hadapan.

  • Masa nyanyi, anggaplah ini adalah kali terakhir anda akan menyanyi di pentas itu!!

  • Dan yang paling penting - JUST BE YOURSELF!!

    ps/ Sapa ada Prospectus USM 2009 please turn to page 77! Ada gambar aku. Huhuhuhuh

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...