15.3.09

Movie of the month - Slumdog Millionaire


SLUMDOG MILLIONAIRE
BEST MOVIE FOR ACADEMY AWARD 2009

Mulai bulan ini, aku akan berjanji untuk buat review tentang movie terbaik yang aku tengok untuk bulan itu.

Bulan ini sebagai permulaan, SLUMDOG MILLIONAIRE seperti yang semua tahu, filem ini telah menang sebagai filem terbaik pada malam Academy Award February lalu. Oleh yang demikian, aku telah mengambil kesempatan untuk menonton citer itu dengan segera.

Sinopsis [Ikut yang Jumie Samsudin faham]

  • Citer ni tentang Jamal Malik, budak Muslim yang hidup di tepi jalan. Takdak rumah. Homeless. So dari kecik, bila mak dia mati dibunuh dalam pertembungan perang antara agama di perkampungan mereka, jadi dia dan abangnya telah hidup sebagai anak jalanan dari Mumbai, hingga ke Agra.

  • Daripada bekerja sebagai pengemis, penjual makanan atas kereta api, hinggalah menjadi tour guide ketika di Agra India. Kelakar betul citr dorang tipu pelancong masa kat Taj Mahal. Then sebab perselisihan faham dengan abangnya yang telah merampas cinta hatinya Latikha, seorang budak perempuan yang Jamal kenali masa berada dalam kumpulan sindiket pengemis.

  • Jamal Malik telah melarikan diri dan pergi meninggalkan abangnya dan Latikha. Pastu terus kronologi citer tu berubah ke zaman sekarang, di mana Jamal Malik masuk Who Wants To Be A Millionaire di India. Bukan untuk dapat jutaan ruppee, tapi for the hope that Latikha akan menonton dia di kaca TV.
  • Yang menariknya, Jamal telah berjaya jawab soalan yang diberikan dengan tepat. Bukan sebab dia ni pandai. Tapi sebab semua soalan yang diajukan berkaitan dengan pengalaman pedihnya sepanjang hayat di jalanan kota India.

Pendapat Jumie
  • Mengikut yang Jumie faham, citer ini sangat sadis dan menakutkan. So untuk orang yang tak tahan perasaan dan takut, jangan la berani tengok citer ni. Bukan sebab hantu tapi sebab kebenaran realiti kehidupan yang sungguh kejam ini telah berjaya disampaikan oleh Danny Boyle dengan begitu.

  • Tapi citer ni sangat best, sebab membuatkan kita pikir bukan sekali, tapi berkali-kali untuk bersyukur bahawa kita dilahirkan di bumi MALAYSIA yang indah ini. Walaupun kita juga ada masalah politik, masalah ekonomi, tapi so far semua anak-anak dapat ke sekolah dan berpeluang untuk jadi apa yang mereka nak jadi. Pokoknya keinginan dan usaha sahaja.

Yang best tentang citer ni
  • This is not typical HINDUSTAN movie. Lagu ada sikit ja. Menari ramai-ramai pun masa last jer. Sampaikan Danny Boyle lupa nak ucap timer kasih kat cikgu tari dalam filem ni masa dapat award! KAH KAH KAH....jahat la kau ni Danny. Cubit baru tau.

  • Lakonan Anil Kapoor yang jadi pengacara dalam Who Want To Be a Millionaire tu, patutnya ditawarkan kepada Shah Rukh Khan. Tapi Shah Rukh Khan tolak sebab harga bayaran rendah. Pirah!!

    Pelakon kanak-kanak dalam citer ni.

  • Pelakon kanak-kanak dalam citer tu, Azharuddin Mohammed Ismail dan Rubina Ali memang budak jalanan di Bandra, Mumbai. Memang dorang ni anak orang miskin kat India. Disebabkan kejayaan filem ini, dorang diberikan masing-masing £17,500 pounds dalam dana pendidikan dorang. Dan duit ini akan membuak lagi apabila dapat dikeluarkan bila dorang mencapai umur 18 tahun nanti. Dan disahkan juga, family dorang pun dapat sebuah rumah percuma di Garib Nagar.

  • A.R Rahman yang buat lagu lagu dan music dalam film ni jugak merupakan composer bagi lagu lakonan Shah Rukh Khan yang sangat popular iaitu Chaiya-Chaiya. Lagu ni popular ooo...tanya Shanaz!!

  • Amitabh Bachchan macam bengang dengan citer ni masa mul-mula. Dia kata dalam blog dia, Slumdog Milllionaire ni dapat recognition sebab director dia orang putih. Walaupun cerita asal adalah hasil nukilan novelist India. Dia kata kalau orang India yang direct citer ni. Memang takkan menang jauh la. Betul tu abang Bachchan. I setuju sangat.

    Masa ni dorang dijemput ke show sepupu aku, Tyra Banks. Meletop betui.
  • Muka Dev Patel yang berlakon sebagai hero dalam citer ni muka macam marka lama aku iaitu...im sorry Amir tak boleh bagitau. Umur Dev Patel ni sama dengan aku..... 18 tahun! HAHAHA....Yes he was on 1990. Dia dilahirkan di Nairobi, Kenya. Dia ni anak orang kaya jugak la.

  • Freida Pinto heroin dalam citer ni, dia anak guru besar sekolah kat India dan bapak dia pegawai Bank. Dia pernah jadi model chewing gum kat India.

  • Pengarah citer ni Danny Boyle juga merupakan pengarah filem yang aku suka jugak The Beach lakonan Leonardo DiCaprio. Birthday Danny Boyle [20 Oktober] ni awal dua hari dari birthday Asmaa, Aisha dan Shanaz [ 22 Oktober].
Sekian saja. Selamat menonton citer ni. Best WOOOO!!

1 comment:

  1. ah...kene tengok nih...sat kene pi transfer dari arep...hehe...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...