27.5.09

Cerita by Jumie Samsudin [Hilang RM50, 000]

Cerita ini disampaikan oleh Abang saya Budie yang mahu saya kongsi bersama dengan anda semua dalam blog ini.


Pada suatu hari, Ahmad [bukan nama sebenar] mahu merenovate rumah beliau. Beliau sangat excited dan menjemput seorang kontraktor tempatan yang menawarkan harga quotation yang sangat rendah berbanding kontraktor lain iaitu sebanyak RM50,000.00.

Oleh kerana terlalu excited dan teruja dengan idea merenovate rumah sendiri, maka beliau telah menyerahkan kesemua RM50,000.00 itu kepada kontraktor itu secara penuh. Tanpa sebarang surat perjanjian ataupun saksi pembayaran.

Selepas sebulan, tiada sebarang renovation yang disiapkan oleh kontraktor itu. Apabila dihubungi, kontraktor itu telah tiada di tempatnya. Namun, Ahmad dapat juga menghubungi kontraktor itu dan minta supaya wangnya dikembalikan. Kontraktor itu kembalikan semula wangnya hanya sebanyak RM7,000.00.

Kemudian, kontraktor itu hilang lagi.

Sehingga kini, rumah Ahmad masih belum disiapkan lagi. Dan kontraktor itu telah hilang entah ke mana.

Pakcik Ahmad telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis namun kerana kegagalan Pakcik Ahmad mengemukakan surat perjanjian dan hitam putih pembayaran telah dibuat, maka sehingga kini tiada tindakan tegas yang dapat dilakukan oleh pihak berkuasa.

Pengajaran cerita :

"Kalau nak renovate rumah, jangan duk bagi semua duit kat tukang tu!! Kalau dia mintak Rm1,000.00. Bagi RM300.00 sahaja. Nanti dah siap, baru bagi semua!! Bodo sungguh Ahmad ni. " Pakcik Sudin Milo, [bapa saya].

Sekian, pendapat dan komen semua pembaca amat dialu-alukan.

2 comments:

  1. takder nama orang lain ka nak ganti nama sebenar mangsa..balik2 nama den jugak..kesian den..ahaks..

    ReplyDelete
  2. Hal yang sama telah berlaku pada jiran saya. Dia beri RM30,000.00 pada kontraktor Cina yang tinggal di Ayer Hitam untuk baiki rumah beliau. Kontraktor tu bawalah beberapa keping papan dan kayu. Kemudian, kontraktor itu ghaib dengan RM30,000.00 untuk beberapa lama. Yang bestnya, kontraktor Cina datang balik kerana dapat tawaran dari jiran-jiran lain. Berani betul kontraktor tu dan bodoh betul jiran-jiran nyang tidak sepakat untuk boikot kontraktor tu.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...