19.5.09

Virus H1N1, Leptospirosis,pericaditis dan meningitis

Pada bulan yang lepas, sebagai seorang yang minat tengok wayang dan movie saya ada tengok beberapa movie kat astro yang mengisahkan tentang serangan wabak-wabak kat satu-satu kelompok sosial sehingga menyebabkan orang jadi mati dan hilang ahli keluarga dan macam-macam andaian yang sungguh menjangkaui fikiran dan minda kita yang singkat ini.

Antara citer yang saya tengok ialah :

1. I AM LEGEND
Citer Will Smith yang survive sebab dunia kena serang satu wabak yang mengubah genetic manusia menjadi binatang yang tidak boleh kena cahaya matahari. Will Smith adalah the only manusia yang hidup kat New York. Memang sempoi la. Last sekali, dia berjaya jumpa vaksin untuk wabak ini. Sebab itulah nama citer ni I AM LEGEND.

2. The Invasion
Citer ni Nicole Kidman berlakon. Beliau berlakon dengan James Bond yang baru tu. Citer ni pun sama jugak. Pasai satu wabak yang kena kat manusia, dan mengubah manusia tu jadi macam mafia sikit. Pakai baju hitam, berjalan dengan sopan dan berusaha untuk menyebarkan wabak ini kepada semua warga manusia. HAHAHA...kelakar jugak kerana macam nak sebar ajaran sesat je. Tapi takut jugak. Sebab kalau hang kena virus ni, hang tak boleh tidur, kalau hang tidur, baru virus tu akan active dalam badan hang.

3. The MIST
Ini paling takut, paling impact gila babi dalam hidup aku, dan menjadi igauan ngeri aku untuk beberapa hari kerana aku hidup di rumah kampung yang mempunyai ciri-ciri peredaran udara semula jadi. Citer ni adalah adaptasi dari novel Stephen Kings kot...Mamat tu memang horror sikit otak dia.

Citer ni tentang satu kampung kat Amerika (Amerika ni selalu kena wabak pelik...Jepun pulak asyik kena serang dengan raksasa). Pastu satu hari, satu kegagalan berlaku di kawasan kajian ketenteraaan US sehingga menyebarkan satu virus yang attack semua binatang yang hidup di kawasan itu. Di mana, semua binatang telah menjadi binatang yang jahat dan seperti dinasour.

Takut gilaa.....ada nyamuk sebesar burung helang, labah-labah yang sawang dia berasid, burung yang makan orang, gajah kepala sotong setinggi menara KLCC...Aku tak mau citer sangat dalam ni. Nanti aku nak buat review.


Dan tiba-tiba sekarang Malaysia dah kena serang dengan A(H1N1) atau selsema babi. Aku subscribe THE STAR NEW ke hp aku.

Bayangkan pada tanggal 15 Mei aku terima semua mesej ini berturut-turut.

1. Health minister confirms First A(H1N1) flu case in Malaysia in a young man just returned from the US and now warded in Sg Buloh Hospital.

2. A Myanmar illegal immigrant has died of Leptosprosis, a rare, contagious bacterial infection, while 24 more are hospitalised.

3. A plice trainee in Air Hitam Johor died of acute pericarditis, a viral infection of sac around the hear ; 29 under observation in Jempol Hospital.


Bak kata Khalid Juned, abang kawan aku :

The SWINE FLU is in Malaysia! WE ARE ALL GONNA DIE! SOMEONE GET THE MASK! DONT GET OUT OF THE HOUSE! WE ALL SHALL DIE! REPENT, PEOPLE REPENT! DIE DIE DIE! DONT DO ANYTHING! CLOSE THE SCHOOLS! STOP ALL BUSINESSES!


Sekian, terima kasih.

ps/ Best kan kalau kita semua kena darurat. Boleh duk kat rumah. Relaks....Tengok TV. Tak payah p kerja!!

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...