3.6.09

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

Kawan saya email saya benda ini. Saya nak share dengan ampa semua iaitu sebab-sebab hati tidak membahagia.

  1. Pemarah - Jumie memang sangat pemarah. Antara orang yang selalu kena marah dengan aku ialah stud kat School of Social Sciences dan jugak adik saya iaitu Cakcing.

  2. Pendendam- Aku suka dendam kat orang. Even kalau masa drive, ada orang nak potong aku. Aku akan kata kat orang duk tepi aku "Cepat....amik no keta dia. Simpan dalam HP!!" Perlu ka aku ni?
  3. Hasad dengki - Hasad dengki ni lagi bahaya. Dalam bahasa Penang, kita panggil dia sebagai firasyat. Dia tak buleh tengok orang lain lebih dari dia. Dan dia akan buat sesuatu untuk menjatuhkan orang itu secara terang-terang atau secara halus. HUH....sungguh menakutkan.

    4. Bakhil - Aku ada juga ciri-ciri seorang yang kedekut. Tetapi, masih lagi dalam tahap minima dan boleh diterima akal. Zaza pernah mengkata aku kedekut, kerana aku ada satu ja kasut. Kasut itulah aku pakai untuk pi kerja, pi mekap orang, pi jumpa client dan juga keluar jalan-jalan. Aku kata kat Zaza aku bukan kedekut, tetapi cermat. Betui tak?

    5. Tamak - Bahaya ni kalau tamak. Kalau ada sifat tamak sikit-sikit dalam diri kita aku rasa ok jugak...contohnya...dia rasa dia tak cukup berjaya dalam kerjaya dia....So dia akan usaha lebih untuk capai lebih dari apa yang dia impiankan. Untuk kepentingan diri sendiri, dan tidak menyebabkan kemudaratan orang lain. I think tak pa kot.....

    6. Tidak sabar - Ha...ini memang aku sangat! Aku memang tidak sabar. Tak sabar nak makan, tak sabar nak kawen, tak sabar nak tidor, tak sabar nak dapat duit banyak, tak sabar nak kaya.....hahahahahaha

    7. Ego - Orang yang ego ni dia langsung tak buleh nak berkrompomi. Bagi dia semua orang salah. Dan bagi dia, orang yang salah tu sangatlah LOSER sebab itu dia langsung tak mau mengalah dan mengaku dia salah. Orang selalu kata EGO ni lelaki....ala...laki ke, perempuan, gay, lesbian, semua pun EGO jugak kalau iman tak kuat.

    8. Riak - Riak adalah syirik kecik. Inilah yang selalu yang dipesan oleh kawan aku yang bernama Asmak sebab aku selalu kata aku cantik. Bila aku kata"Asmaa' aku tau aku cantik..." Asmaa akan balas..."Jumie...hang ni syirik kecik". Patutlah aku tak bahagia sebab aku duk riak dengan kecantikan aku.

    9. Cinta dunia - Lupa akhirat......Oh Jumie...insaflah. Banyakkan benda yang menginsafkan dalam blog hang ni. Asyik duk gelak ja. Sangat duniawi!!

Sekian, insya Allah in the future aku akan post lebih banyak taskirah Jumaat.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...