27.7.09

Pengalaman Manis bersama Nurul Shukor

NIAT HATI
Nurul Shukor adalah nama yang sangat gah dalam bidang persolekan profesional kat Malaysia ini. Apatah lagi, nama inilah yang satu-satunya menjadi pilihan Dato' Siti Nurhaliza through out her career. Aku tak sangka aku bernasib baik untuk berpeluang join kelas ini.

Masa aku mula-mula buat make up dulu, tahun 2008. Ada sorang kawan make up artist jugak di KL. Munie Ahmad. Dia attend course make up Nurul Shukor ni. Wa....jeles giler siot. Dapat bergesel-gesel dengan RATU MAKE UP ARTIST MALAYSIA!! Masa tu aku tak mampu lagi. Tapi dalam hati tersimpan keinginan diiringi niat, Insya Allah. Nanti aku nak join kelas macam ini jugak. Simpan duit simpan duit.


Setelah sekian lama, Razzi Musa (Ajeeb) MUA dari KL. Kawan baik aku contact at last minute cari another person untuk join make up class ini. Ada kekosongan. Alhamdulillah, kebetulan tarikh tu memang clean and clear. Teruih aku membuat bayaran deposit kepada pihak berwajib.

PERTAMA KALI

Memang dulu aku dah dengar dari Munie, Kak Nurul mulut memang tahap LASER potong berlian!! HAHAHA. Nak belajak kena la tahan perut and telinga and jantung ke tahan pekikan suara dia. Masa kami dengan Nurul Shukor bagi sesi perkenalan, dia pun dah bagitau siap siap, dia garang!! Nak belajar kena tahan. Tak boleh main-main.

LASER PERTAMA
Laser pertama Kak Nurul bagi kat akutak boleh lupa!! Masa tu kami semua dalam sesi memperkenalkan diri masing-masing. Mula-mula Ajeeb bagi intro dulu.


"Saya Ajeeb. Dari KL. Saya datang kelas, sebab saya tak puas hati dengan make up saya. Saya nak belajar lagi!!" kata Ajeeb.

"Bagus Ajeeb. Semangat macam ni yang kita nak. Sebagai make up artist, ko tak buleh terus puas ati dengan mutu make up kau. Bila ko ada rasa tak puas hati tu bagus sangat. Ko akan usaha untuk dapat make up yang berkualiti," tegas Kak Nurul. Pastu dia tengok kat aku. Aku faham la...suruh aku la intro.

"Saya Jumie. Dari Penang. Saya kawan baik Ajeeb. Kami sama-sama datang dengan niat yang sama nak belajar" kata aku.

"Ha...bagus la korang. Nanti aku kawenkan korang berdua pas ni," kata Kak Nurul.

Pastu aku jawab "Tak boleh. Dia tak mau kawen dengan saya...saya memang nak kawen dengan dia," HAHAHAHAHA.....

Pastu Nurul Shukor jawab "Memang la dia tak mau kat hang....Hang bukan taste dia, walaupun te*** ang besak. Dia nak te*** kecik jaaa..."

Aiyo....matilah hang!! (Trade Mark Ajeeb)

HAHAHAHAH...itulah stetment laser pertama kepada aku!!

IKUT RESMI PADI
Sesungguhnya, satu perkara yang aku respek kat beliau ialah beliau seorang yang sangat rendah diri. Dia betui-betui ikhlas mengajar dan menaburkan ilmu yang ada. Bayangkan, nama HEBAT macam dia hanya charge RM650 untuk dua sessi! Mana ada make up artist lain yang menawarkan harga macam tu, dibandingkan dengan status yang dia ada. Dia tak cakap, tapi aku rasa dia buat macam ni...untuk sedekah dan amal jariah. Dia tau, bila kita dah belajar dengan dia, ianya boleh dijadikan bench mark untuk diri kita promo diri dan buat business.


Ampa tau tak Ajeeb buli aku. Dia tengok jer. Aku kena salin nota. Aku jugak la kena amik gambak!!

Pastinya orang akan yakin bila dengar "I belajar dengan Nurul Shukor,". Betul tak? Dia tak harap untung sekarang, tapi bila orang pakai nama dia dan bantu jana pendapatan diri sendiri. Bayangkan pahala dan keberkatan yang dia dapat selepas itu.


SHHHH....Dato' Siti suruh diam. Nanti Dato' K marah!

Walaupun mulut dia laser, tapi bila kita tanya soalan tentang perkara yang kita tak faham. Dia akan explain dengan perlahan-lahan. Detail dan penuh sabar. Tapi make sure tanya dengan betui dan kena gaya.


Ini loose powder. Perhatian. Loose powder. Bukan botol krim membesarkan payu dara.

Tapi, kalau hang tanya kat mana nak beli finger puff yang obviously hang boleh tengok ada banyak tergantung kat SASA atau Chameleon memang dia akan LASER hang lagi la.

"Kak Nurul...finger puff ni beli kat mana?"
"Kedai basikal" AMIK KAU!!


Aku suka sebut benda ni...Schatt Rot (Tapi aku suka buat over-over...SHERAROOTT) Hehehe
Aku amat tekun mengambil nota. Setelah ditulis dan dirangka semula. Ada 35 step penting, make up ala NURUL SHUKOR!!


Pastu kalau nak tanya soalan, contoh kita nak tanya adakah kita menggunakan applicator yang betui.

JANGAN TANYA MACAM NI " Kak Nurul...nak pakai brush ni ke?" - Haram dia tak mau jawab!!

TANYA MACAM NI "Kak Nurul, untuk bahagian ni, gunakan medium shader kan?" Ha....itu baru dia akan jawab.

Budak baik mengambil nota.

So, tumpuan dan focus memang penting. Sebab kita tak boleh simple dengar, esok dia tanya. Hang tak tau jawab. Kena la TENGKING!!

KEKEKOKKAN
Pada sesi belajar dua hari ini, kami belajar tentang produk yang baik. Tools yang wajib ada. Dan teknik kali ini, soft socket. Sesungguhnya, memang aku kekok. Dah la aku disuruh guna semua barang dan applicator dia. Memang macam first time make up balik la. Sebab kita dah terlalu selesa dengan teknik dan skill yang kita develope sendiri. So, bila belajar dengan pro. Kita kena la ikut pro. Pastu ditambah pulak....dia seorang RATU!! Gila ka apa.....memang sangat takut dan terketak sangat.

Oleh itu, sesungguhnya saya dengan sejujurnya mengakui hasil make up saya pada sesi pembelajaran itu, sungguhlah saya tidak memuaskan hati!! Tapi takpa, i give myself a chance. Kekekokkan ini adalah normal untuk orang yang baru belajar macam aku!!


Hasil Make Up aku. Dibawah supervision Nurul Shukor.
Picture taken from http://makeup-by-jumie.blogspot.com/



AKU DAN SITI

Lepas habis sesi pembelajaran, sambil mentengok Nurul Shukor mengkemas barang make up beliau ke dalam beg make up beliau yang sungguh besar!!! Bukan beg make up ok!! Travel beg tau!!

Nampak tak beg kecik tu penuh dengan LIPGLASS by MAC!! Aku minta nak pinjam. Dia kata "Ko nak mampus!!".
Ini pulak beg lipstick sahaja!!


So, aku yang bermulut tak tau diam ini dan hati yang berkobar-kobar. Aku takkan bazirkan masa ini dari menanya soalan-soalan yang hot dan memuaskan nafsu hati aku. Hehehe. Positive lah. Bukan gossip ok!! Aku tanya, how that she started in this industry? Kat mana dia graduate untuk make up? Dia pernah kerja kat mana dulu? Dan bagaimana dia boleh kenal dengan Dato' Siti Nurhaliza.


Ini bulu mata Dato' Siti Nurhaliza!!

Bila sebut Dato' Siti. Terus nada penceritaannya berubah.

"Siti tu budak baik..." Dari situ, memang boleh nampak betapa akrabnya perhubungan persaudaraan dan persahabatan antara dia dan Dato' Siti. Sampai dia sendiri cakap, dia terus bersama Siti bukan hanya kerana business, tapi kerana pertalian hubungan yang sungguh rapat ini.

HARUS!! LV milik Nurul Shukor


Dia kata, dia akan publish sebuah buku bertajuk "Aku dan Siti" tidak lama lagi. Let's wait for that!!

HALALKAN ILMU KAMI
Akhirnya, segala excitement dan keterujaan aku dan Ajeeb berakhir dengan penuh kepuasan. Tau tak, kami dorang punya excited. After first session dengan Nurul Shukor, kami tidor 3am just untuk discuss nota yang dah diambil dan tulis semula untuk senang faham. Buat rombakan beg make up dan kenal pasti senarai "LIST OF THIS TO BUY" untuk memudahkan kami beli-beli barang dan update beg make up kami.

Mak ayam dan adik ayam yang bersemangat waja!!


Kami semua puas hati!! Thanks Nurul Shukor!!

Kami tak sabar nak gunakan ilmu ini untuk customer-customer kami pada masa akan datang. Semoga selepas ini, niat kami nak majukan diri akan menjadi kenyataan!!

Me and Nurul Shukor. I will never forget this moment!!

My model, Fieza, Nurul Shukor and me.



FINALLYY!!!

[Alhamdulillah....Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua peminat saya yang telah memberi sokongan padu dari dulu hingga kini......mak dan bapak di Penang. The love of my life, Zaza. Adik saya...Cakcing. Kawan-kawan baik saya...Ajeeb, Ezz and Fieza..we've been through a lot! ]

HAHAHAHAHA...angan-angan la pulak!!!!

ps/ Aku takkan lupa setiap kata-kata Nurul Shukor kat aku! Simpan dalam hati hingga ke akhir hayat.

Let's Twitter!!

Hari ini saya nak share sesuatu dengan u olss semua iaitu dinamakan TWITTER.

Apa itu TWITTER?
DICILOK dari WIKIPEDIA : Twitter is a free social networking and micro-blogging service that enables its users to send and read messages known as tweets. Tweets are text-based posts of up to 140 characters displayed on the author's profile page and delivered to the author's subscribers who are known as followers. Senders can restrict delivery to those in their circle of friends or, by default, allow open access. Users can send and receive tweets via the Twitter website, Short Message Service (SMS) or external applications. While the service costs nothing to use, accessing it through SMS may incur phone service provider fees.

Kenapa best ada Twitter :
  1. Boleh baca direct tweets dari politician / celebrity yang ditulis personaly oleh mereka sendiri. Contoh semalam Mr. PM kita, Najib punya BDAY. Dia post : LUNCH BDAY with Staff.

  2. Pastu semalam yang lawaknya, pasai Yasmin Ahmad jatuh sakit kat ICU. Semua orang duk send tweets mendoakan dia OK dan selamat. Pastu Yasmin Hani balas :
    Ppl been calling me asking if I'm ok?? What?? They thought I was d one who was colapsed. Its not me n I'm ok.. I know who is n let's pray!
  3. Attention untuk orang bernama NONIE SULAIMAN : Kalau sapa-sapa yang suka gatai main status update pastu layan comment kat Facebook. Tak payah dah main kat situ, meh sini, update status anda di Twitter.

  4. Twitter sangat simple. Boleh update pakai SMS (charges depended on TELCO rate supply) atau log on pakai 3g hp atau hp biasa yang boleh web browes.
  5. Twitter ni sangat laju and syiok! Ditambah kalau anda menggunakan SERVER USM. HEHEHE....laju ja. Kalau Facebook tu lembab sikit.
Lambang Twitter

Website Address untuk Twitter :

Twitter Jumie :
This is my direct link : http://twitter.com/jumiejumie

Ini gambar page saya :

Marilah menjadi follower saya!!

Link- link celebrity on Twitter.com :

Hollywood
Taylor Swift : http://twitter.com/taylorswift13
Adam Lambert : http://twitter.com/adamlambert
Ashton Kutcher : http://twitter.com/aplusk
kimora Lee Simmons : http://twitter.com/Kimoraleesimmon
Justin Timberlake : http://twitter.com/jtimberlake
P Diddy : http://twitter.com/iamdiddy
Snoop Dogg : http://twitter.com/snoopdogg
Paris Hilton : http://twitter.com/babygirlparis
Miley Cyrus : http://twitter.com/mileycyrus
Kim Cardashian : http://twitter.com/KimKardashian


Politician :
Barack Obama : http://twitter.com/BarackObama
PM Najib : http://twitter.com/NajibRazak
Khairi Jamaluddin : http://twitter.com/Khairykj
Tengku Razaleigh : http://twitter.com/razaleigh

Malaywood :
Joe Flizzow :http://twitter.com/flizzow
Yasmin Hani : http://twitter.com/YasminHani
Aishah Sinclair : http://twitter.com/AishahSinclair
Jason Lo : http://twitter.com/jasonlo1
Afdlin Shauki : http://twitter.com/afdlinshauki
Kevin Zahri : http://twitter.com/kevinzahri
Sazzy Falak : http://twitter.com/SazzyFalak
Dynas : http://twitter.com/dynasmokhtar
Bunga Citra Lestari : http://twitter.com/bclsinclair
Elaine Daly : http://twitter.com/elainedaly
Ashraf Sinclair : http://twitter.com/ashrafsinclair

Tukang Masak :
Jamie Oliver : http://twitter.com/jamie_oliver

Radio Announcer
Natalie Kniese (Hitz.FM Announcer) : http://twitter.com/nataliehitz
Ean Hitz : http://twitter.com/Eanhitz
Ryan Seacrest : http://twitter.com/RyanSeacrest


Harapan : Hope USM pun ada Twitter jugak! Untuk update perkembangan terbaru! Dan kita semua boleh get latest updates!! The first Universiti yang ada Twitter. Kena bagitau ni kat En Mad PRO. Nur Nadia Taselim please take note.

24.7.09

Hasil Simpan Duit

Seronot simpan duit. Minggu ini dapat membeli beberapa barangan keperluan dalam usaha memajukan diri dengan niat memenuhi impan hidup ku. Tengok semua orang ada lappy, main lappy sambil lepak kat Starbuck aku pun teringin jugak. HAHAHAH

Alhamdulillah, bulan ini aku telah membeli Compaq Presario V555TU laptop dan juga Sony Ericsson W910.



Thanks untuk semua yang bagi support.

23.7.09

Pengsan atau lena?

Ini apa kes ni? Aku duk buat kerja ada la yang mai sondoi kat kaki aku.

Aku rasa suam semacam. Aku duk rasa macam aku pakai stokin.

Sekali tengok Ita duk baguih punya lena kat kaki aku.



Tapi tak sure sama ada lena atau pun pengsan sebab bau mushuk. HAHAHAHA

22.7.09

My Book Collection

Walaupun aku seorang yang artist dan sibuk. HAHAHAHA. Tolong buat-buat muntah. Kalau tak muntah maknanya anda setuju.

Ok. Sambung balik ayat tadi...Walaupun aku seorang artist...kah kah kah. Selalu sibuk dengan show, interviews, penggambaran filem dan lain-lain. Travel sana sini. Tapi sebenarnya, saya mempunyai hobi yang mungkin kalian semua tak tau.

JANGAN TERKEJUT!! Hobi saya ialah membaca.

Saya minat membaca sejak kecil lagi. Sebab Kak Ede menggalakkan saya dengan membeli majalah kanak-kanak seperti Kuntum dan Dewan Pelajar. Dan setiap kali ada pesta buku di sekolah, pasti Abang Manap akan memberi duit untuk membeli buku kepada saya. Masa itu juga, kakak saya di US selalu mengepost buku-buku citer kanak-kanak dari Disneyland seperti Cinderella, Snow White, The Sleeping Beauty, The Little Mermaid dan macam-macam lagi.

So, actually minat itu masih lagi ada sampai lani.

Oleh itu, saya ingin mengongsi beberapa koleksi buku kegemaran saya yang tak seberapa ini.

HARRY POTTER
Masa tu tahun 1999. Dua tahun lepas Harry Potter first novel released in US and UK. Bapak angkat aku dari US, Prof. Richard Anderson a.k.a Pak Dick telah menghadiahkan buku Harry Potter pertama versi US "Harry Potter and the Sorcerer's Stone kat adik aku Cakcing. Kat aku dia beli discman sebab dia ingat aku suka nyanyi.

Tapi adik aku ngok. Dia kata dia tak suka buku tu sebab dia tak tau baca tebal sangat. So aku pun baca la buku tu. Best nak mampos!! Pastu aku tulis surat kat Pak Dick berterima kasih dengan buku itu dan macam mana aku sanggup berlakon jadi Pengawas Perpustakaan kat SGGS (masa tu aku Form 2) sebab senang aku nak pinjam buku Harry Potter nanti.

Pak Dick sayang gila kat aku. Dia terus post kat aku dari US, 3 lagi buku Harry Potter iaitu Harry Potter and the Chamber of Secrets, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban dan Harry Potter and the Goblet of Fire.

Memang aku bangga gila!! Bangga sangat!! Masa tu takdak filem lagi tau! Dan sejak tu, aku kumpul semua buku dia iaitu Harry Potter and the Order of the Phoenix , Harry Potter and the Half-Blood Prince dan sampai yang terakhir iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows.

Dalam siri yang terakhir, Deathly Hollows, aku bagitau la siap-siap. Harry Potter nanti kawen dengan adik Ron, Ginny Weasley and Ron pulak akan kawen dengan sapa? Yes, you guest it right!! Hermoine. Pastu yang akan paling lawak, Nevile Longbottom akan jadi Professor Neville a.k.a Horgwart's Headmaster! Mangkak betui.

Tapi Harry Potter aku yang first hilang sebab ada anak haram yang pinjam tak bagi balik. Sapa yang rasa sayang kat aku...boleh la beli and hadiah kat aku nanti!!
.
SIDNEY SHELDON
Aku diintroduced kepada Sidney Sheldon oleh abang ipak aku bernama Abdul Hafiz Hanafi atau nama glamer dia masa kat RMC iaitu Fizzy. Hahahahahaha...

Dia bagi aku baca first book of Sheldon iaitu The Naked Face. Mak oi...citer slow gila. Dari 500 muka surat. Masuk page ke 400 baru dia bermula plot citer interesting sikit. Siot betui. Tapi tak tau la pasai pa.

So sejak itu, aku mula mengumpul novel by Sidney Sheldon. Aku minat kat Sidney Sheldon ni. Mungkin sebab hero citer dia mostly are women. Lawyer perempuan, doctor perempuan, model, pelukis...semua perempuan. So aku ingat Sidney Sheldon ni perempuan la. Rupa-rupanya dia laki.

Cerita dia semua drama kehidupan la. Tapi mesti berkisarkan, perempuan yang berjaya, cantik, jatuh cinta dengan lelaki hemsem anak orang kaya. Pastu orang jahat mesti mafia Italy atau gangster Romania. Pastu diselamatkan dalam pelbagai cara.

Sepanjang hayatnya, Mr. Sheldon dah tulis 18 buah novel. Yang mana aku letak colour merah ialah aku dah ada dan aku dah baca.
  1. The Naked Face (1970)
  2. The Other Side of Midnight (1973)
  3. A Stranger in the Mirror (1976)
  4. Bloodline (1977)
  5. Rage of Angels (1980)
  6. Master of the Game (1982)
  7. If Tomorrow Comes (1985)
  8. Windmills of the Gods (1987)
  9. The Sands of Time (1988)
  10. Memories of Midnight (1990)
  11. The Doomsday Conspiracy (1991)
  12. The Stars Shine Down (1992)
  13. Nothing Lasts Forever (1994)
  14. Morning, Noon and Night (1995)
  15. The Best Laid Plans (1997)
  16. Tell Me Your Dreams (1998)
  17. The Sky is Falling (2001)
  18. Are You Afraid of the Dark? (2004)
So kepada semua kawan-kawan aku, so ampa tau la kan untuk birthday aku kena beli buku yang mana kan? HAHAHAH

STEPHEN KING
Sorang lagi penulis yang aku minat ialah Stephen King. Aku tiru minat Stephen King dari kakak aku iaitu Julie Mommy Boyan. Ingat tak masa kita kecik-kecik (tahun 1990an), ada satu citer antu yang menakutkan gila kat TV2 yang bernama IT. Antu badut yang idup dalam parit pastu dia akan makan budak-budak!! Ingat tak? Ha....citer tu adalah based by a horror novel by Stephen King la.

Pastu masa masuk 2000, ada citer tajuk Rage Carrie pasai satu perempuan yang kena buli dengan kawan-kawan dia. Last sekali dia ngamuk, sampai semua kawan sekolah dia mati kena bunuh and kena bakar masa tengah party!! Horror citer ni..... Dia la jugak yang penulis novel tu.


Dia ada banyak novel and buku cita yang dah published. So far aku baru baca 4 buku dia. Tapi dua dah jual balik kat second hand book store. Nyesal plaks rasanya.
  1. It
  2. Insomnia
  3. Needful Things
  4. Cell
Mungkin pas ni nak kumpul Stephen King pulak!!

Sekian saja nak share dengan semua orang. Kalau ada yang nak start book club best gak. Dan untuk kawan-kawan aku yang dah jadi ibu, tanamlah minat membaca kepada anak-anak anda dengan memulakannya pada diri sendiri.

PS/ Thanks Kak Ede!! Sebab Kak Ede la i minat membaca.

20.7.09

[Mangsa Tag] Beauty Secret Jumie Samsudin (beauty la sangat hampesss)

Objektif
Selalu ja kena tagged. Walaupun tak rela, kalau rajin buat. Tak rajin tak buat. Maka dengan ini, aku nak reka tag aku sendiri dan mensuruh semua orang yang nama disebut dibawah untuk membuat jugak. Oleh itu, kita semua akan mengetahui beauty secret semua orang!!

Cara-caranya :

1. Baca tag ini.
2. Ambil gambar barang-barang kecantikan yang you olls pakai. Mengikut kategori. Kalau nak tambah lagi bagus.
3. Kena bagitau brand dan sama ada u olls suka atau tak. Kalau suka, kena rekemen semua orang pakai.
4. Pastu kena info kat orang yang tag kamu bahawa kamu telah buat tag beliau.
5. Kena pas mesej kat semua orang suruh baca dan kongsi rahsia kecantikan kamu.



Let's begin!!

Skin Product

Shower cream : JOhnsons baby milk bath. Sungguh wangi dan rasa macam baby.Toner / Penyegar : I pakai Sari Mawar ja. Dia bagus sebab selalu duk beli masker Indon. Nak bancoh, campur dengan air mawar ni la.

Facial Scrub : One and only. Sejak dulu lagi. St. Ives. Memang bagus. RM23 ja. Pastu berbulan pakai tak abih.

Moisturiser : Baru setahun pakai. And memang bagus. Dan tak tukar lain. Rasa macam Dato Siti sangat pakai cream ni.

Sunblock : Kalau rasa nak kuar lama sangat kat matahari tu. Kena rajin pakai ni. Nanti kena kanser kulit.

Pigmentation : Natural 99 is my trusted product. Biarlah apa orang nak kater. Aku pakai ni seminggu dalam sebulan untuk maintain kulit muka putih macam tipu.

Facial Mask : St Ives jugak. Pakai mineral clay sebab sesuai untuk kulit ku yang berminyak. Dia juga sangat sejuk. Tips....letak la dalam peti ais!! Best!!
Hair Product


Hair Oil : Dah try semua, tapi minyak zaiton tetap dihati!

Hair mask : Repair Rescue Schwarzkopf. Memang bagus. Tak payah pakai lama. 10 minit ja. Tak payah nak balut-balut apa pun. Harga dia dalam RM150. Dalam tu ada 10 tube. Satu tube boleh pakai dua kali.

Styling product : Hair Styling water by Shurei and and styling lotion from Schwarzkopf. Aku pakai ni jer pas rambut dicuci. Pastu blow secukup rasa. Terus jadi macam Kim Kardashian. HAHAHAHA.

Hair Shampoo : Aku pakai dua shampoo. Satu letak kat salon. Schwarzkopf punya apa tak tau nama dia....untuk rambut suka gugok. HAHAH...harian aku pakai head and shoulder. Sebab pakai ni ja baru rambut aku tak kelumumok.
Suppliment Harian
(Paling Penting)


Pil Penjagaan Wanita

Aku makan ni...QSHE. Dah setahun. Memang best. Dan amat bagus untuk menjaga ke "UP" pan asset anda.
From left : Primrose oil, kus kurma Bidadari and Chlorella untuk penghadaman.

Perfume

Akulah wanita di dunia ini. Women of Earth by Avon. Aku suka sebab rasa macam wanita sikit pakai bau ni.
Sekian sahaja.

Sila semak sama ada nama anda di tag.

Azura Jaapar
Aiman
Arafat
Surianie Cakcing
Norizah Ibrahim
Fatenton
Ein Sabariah
Salwani Jaapar
Salfarina Abd Gapor
Nadira Salim
Marlissa Musa
Maznida Mahadi
Wawan Notion
Cik Eein
Che Khams
Nisa Jorden
Farah Naim

[Catatan Kembara] Semalam ku di Danga Bay, sehari ku di Melaka

SEMALAM KU DI DANGA BAY
Fuh...dah lama nak tulis. Tak tesempat pun. Maka hari ini aku menyempatkan juga penulisan tentang kembara aku di Johor dan Melaka tidak lama yang lalu. Tapi kali ini aku citer pasai lawatan ku ke Danga Bay, Johor Bharu. Sesungguhnya, satu experience yang tak dapat aku lupakan. Sebenarnya, tak pernah pun plan nak sampai ke Johor ni. Tetapi kebetulan aku ada jemputan make up di Segamat, Johor. So why not. Teruslah aku sampai ke sini.

DANGA BAY DI WAKTU MALAM
DANGA BAY DI WAKTU SORE


Danga Bay merupakan sebuah tapak taman rekreasi yang terbesar di Negeri Johor Darul Takzim. Terletak hanya 7 km dari Istana Bukit Serene. Kawasan pelancongan water front ini merupakan yang terbesar dan masih lagi dalam proses pembinaan dan pembesaran. Masa aku di sana, masih banyak lagi tempat-tempat yang masih dalam proses pembinaan. Makin ramai la pelancong yang akan tiba di sini!!

MASIH BANYAK LAGI PEMBINAAN YANG MASIH BERLANGSUNG.

MACAM MANA NAK PI?
Kalau kita drive masuk Johor melalui highway Utara Selatan. Kita akan masuk Exit Senai. Just follow the way sampai kita nampak "Exit Teluk Danga". So just ikut flow jalan tu, and kita akan jumpa dengan Danga Bay!! Senang jer u ollls.

PENGINAPAN - M Suite


Sepanjang aku di sana. Aku tinggal di M Suite Hotel. Thanks to Raidah and Mama Raidah yang intro this beautiful and wonderful place to stay. Dengan harga RM200 semalam.


Memang biliknya sangat besak dan best dan amat cukup untuk satu family. Siap ada pantry and ruang tamu.

With the view overlooking Singapore.Aku tak sangka begitu dekat sekali Singapore and Malaysia. Hingga aku buat satu andaian baru yang boleh aku gambarkan betapa dekatnya Malaysia and Singapore yang berbunyi begini .

"Kalau hang hanyut dari Danga Bay punya laut...tak sempat hang mati lemaih hang dah sampai kat Singapore!!"
HAHAHAHHA

TEMPAT TEMPAT YANG COOL
Danga Bay lebih best kalau berjalan jalan di waktu malam kerana sungguh banyak aktiviti untuk dilakukan bersama kawan-kawan, family dan jugak couple yang bercintan cintun. Ada pub and bistro dengan local indi group and performers yang nyanyi lagu English, Endon or Ciner...u choose it. Ada banyak tempat lepak yang best. Tempat yang aku pilih ialah White Whale Pub. Kat sini ada satu band yang sungguh best dan cool.




Ada 4 orang penyanyi yang boleh main instrument (guitar and gendang). Depa nyanyi dari lagu Dewan, Ungu, Air Supply, Gun and Roses even Jason Mraz. Memang best gila depa ni nyanyi.

Sambil lepak di bawak pokok yang dihiasi lampu yang romantik, aku layan dengak band ni nyanyi sambil memakan otak otak! FUH! Aku rasa keliru sangat...dengar macam kat California tapi rasa macam Otak Otak...hahahaha...

Kalau larat lagi nak berjalan. Ada macam-macam tempat lagi nak tengok. Ada petting zoo. Ada funfair. Tapi aku dah serik nak naik apa-apa game lagi, kerana fobia dengan kejadian di Genting tidak lama dulu. HEHEHE Ada pasar malam.

Ada pub and bistro.

Ada indoor shopping area. Dan juga litar untuk DRAG CAR RACING. Macam the excitement never stop.

Kalau tak larat nak berjalan. Boleh naik kereta api. Ada basikal sempoi yang 4 orang boleh naik. Ada roda pelik. Macam macam. Kalau tak ralat. Boleh ja duduk dan tengok orang jalan. AHAHAHHA.

Kalau datang Danga Bay waktu petang boleh buat macam-macam jugak. Macam aktiviti di waktu malam. Paling saya suka, main layang-layang. Dan saya amik gambar. Yang kecik-kecik tu layang layang tau...



TEMPAT TEMPAT LAIN UNTUK DILAWAT DATARAN JOHOR BAHRU


Aku tak sempat nak berhenti dan amik gambar kat sini. Panas la......


MASJID SULTAN ABU BAKAR - Masjid Ekin Mawi kawen

Memang cantik masjid ni. Macam istana lama. Overlooking Singapore jugak. Itu adalah Singapura!!

Aku sempat posing sikit kat sini.

MAKAN MAKAN
Jangan tanya tempat makan kat aku. Sebab aku makan kat hotel. Sushi King. Pizza Hut and Burger King sahaja!!

Ini M Suite Bistro. Breakfast kat sini. HAHAHAHAHA...Raidah sungguh marah dengan aku. Bukanlah..tak sempat nak carik makan-makan sangat. Kalau ada orang Johor yang betui betui boleh rekemen then aku berani la nak p. Takut satgi cirit la apa la...susah aku nak travel.

SHOPPING
Kalau nak bershopping dan membeli buah tangan untuk kawan-kawan you can find many variety of souvenirs kat area pasar malam Danga Bay ni. Ada baju. Tudung. Hand bag. Keropok.
Tapi kesian....tolong la beli kucing ni........kesian kat dia kena ikat macam ni..pastu kena pusing....Harga brang barang untuk shopping kat sini boleh tahan la. Mahal jugak. Biasa la. Johor kan.

NOTA KHAS
Untuk semua orang Penang yang tak pernah mai Danga Bay, ampa mesti rasa rendah diri apabila melihat Danga Bay. Siries. Danga Bay lagi best dari Gurney Drive. Tapi apa pun. Insya Allah. Ada rezeki aku nak sampai kat sini lagi.

MELAKA BANDAR BERSEJARAH
And then there was Melaka. On my way back to KLIA, before i catch a flight back to Penang. So why not, drop by kat Melaka and have some cam-wh*ring session. Memang itu yang aku buat. Aku just jalan-jalan and take pictures.

Dari exit to Melaka, nak ke pusat bandar memang agak mengelirukan jugaklah.

Tapi akhirnya, kami sampai kat tapak bersejarah dimana terletaknya Kota A Famosa, Bukit St Paul, Studthuys Building and replika Istana Melaka.


Kota A Famosa.
Selama ni duk tengok dalam buku teks sejarah masa zaman sekolah. Aku fikirkan besar sangat la kubu kota peninggalan penjajah Portugis ni...rupa-rupanya kecik jer!!

Replika Istana Melaka
Dalam ni ada macam-macam gambar, patung dan macam-macam lagi yang menceritakan tentang kemegahan Kesulatanan Melayu Melaka dan senusantara. Memang seronok sangat dan belajar banyak benda melalui penyampaian dan persembahan patung-patung dalam Istana Melaka ini. Selama ni aku kenal Tun Teja jer...tapi kat sini, aku berkenalan dan belajar tentang Tun Kudu. Antara Srikandi di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Taman larangan....

Aku tengah tunggu dipanggil oleh Sultan Melaka untuk nyanyikan lagu "Negeri Pulau Pinang".





Cuma nak masuk Istana ni, kita kena bukak kasut. Dan pelancong akan diberikan plastik bag untuk simpan kasut kita. Tapi kan lebih baik kalau beg yang diberikan hanyalah beg yang boleh dikitar semula. Macam sayang betul tengok plastik ni pakai sekali jer, pastu orang buang dalam tong sampah!! Nanti saya nak cadangkan kat Abang Ali Rustam.



Rumah Pengistiharan Kemerdekaan
Disinilah dimana Tunku Abdul Razak mula berkumpul untuk mengistiharkan kemerdekaan. Paling menakjubkan, dapat tengok kereta yang Tunku arkibkan untuk tontonan umum.
Awat aku dan kereta ni macam sama besak?

Bukit St Paul and gerejanya.
Kat atas bukit ni....kita boleh tengok permandangan cantik seluruh bandar Melaka.

Mengah tau naik tangga ni!!
Ini tangga dari zaman dulu-dulu. Batu dia merah-merah.
Comel tak kakak yang duk kat tingkap ni. Susah payah aku panjat. Kotok suak aku.
Bangunan Merah (Studthuys Building)
Jenuh aku tanya kat situ, kat mana Studthuys building. Depa tak tau. Tapi bila kata...bangunan merah baru depa faham.
Sekali salah alamat la....
Ehk ehk...nama saya ada kat sini la.



Muzium-muzium di Melaka
Melaka ada banyak muzium. Tapi sebab aku sampai pun dah lewat. Dan hari Isnin. Dan dah pukul 5.00 petang. So semua muzium dah tutup.

Muzium Islam Melaka


Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
Tempat-tempat lain

Yang ini kubu peninggalan penjajahan Belanda. Bukan buat-buat tau. Dorang masih tengah gali...lagi bawah...lagi banyak layer.Dari atas kubu Belanda.

Sungai ini bersih. Boleh minum. Tapi kalau sakit, sendiri tanggung.
Nak naik lanca kat sini mahal gak. RM40 setengah jam.

Aku tak faham, mengapa 3 wanita ini memilih tempat ini (Berhadapan dengan Muzium Kecantikan) untuk bermeditasi.
Sekian sahaja. Lepas ni pastinya kena datang lagi. Insya Allah. Ada rezeki ada masa bolehlah berkunjung ke Johor and Melaka lagi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Featured Post

Makan Malam bersama Founder SchocoLITE