13.7.09

Cakcing balik Penang!!

8 Julai 2009

Kepada : Cucu Cicit Salamah

CAKCING BALIK PENANG

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, sukacita dimaklumkan Cakcing telah kembali ke Pulau Pinang dan mula bertugas sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam di Institut Latihan Perindustrian, Perai, Seberang Perai Tengah bermula 8 Julai 2009 yang lalu.

Sesungguhnya kami satu keluarga sungguh gembira dan amat seronot.

Terima kasih tidak terhingga kepada Puan Pejo a.k.a Mama Aiman yang telah membantu saya menulis surat kepada pihak JPA dalam proses mendapatkan tempat di Pulau Pinang. Sesungguhnya Puan memiliki mutu penulisan yang sungguh baik dan saya berharap dapat menimba lebih banyak ilmu penulisan daripada pihak puan.

Tahniah kepada Cakcing kerana telah kembali ke Pulau Pinang. Dan selamat maju jaya dalam menjawat jawatan dalam perkhidmatan awam. Pilihlah untuk mendapat skim pencen untuk masa depan yang cerah.

Dengan doa agar cepat kawen, selewat-lewatnya atau pada Disember 2010 dengan harapan saya menjadi anak Abang Manap yang terakhir yang akan melangsungkan perkahwinan di mana Abang manap akan menganjurkan majlis perkahwinan untuk aku dan Zaza yang sungguh menakjubkan hingga Pulau Pinang diisytihar cuti umum.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

MOQUE

2 comments:

  1. surat rasmi retilah aku reka coba kau suruh aku wat surat tidak rasmi, sesungguhnya sangatlah aku tak reti.. aku kan budak skema..hahahaha..

    ReplyDelete
  2. disember 2010...aku grad kot...insyaAllah...masa tu dah kat penang...forever kot...hehe

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...