20.7.09

[Catatan Kembara] Semalam ku di Danga Bay, sehari ku di Melaka

SEMALAM KU DI DANGA BAY
Fuh...dah lama nak tulis. Tak tesempat pun. Maka hari ini aku menyempatkan juga penulisan tentang kembara aku di Johor dan Melaka tidak lama yang lalu. Tapi kali ini aku citer pasai lawatan ku ke Danga Bay, Johor Bharu. Sesungguhnya, satu experience yang tak dapat aku lupakan. Sebenarnya, tak pernah pun plan nak sampai ke Johor ni. Tetapi kebetulan aku ada jemputan make up di Segamat, Johor. So why not. Teruslah aku sampai ke sini.

DANGA BAY DI WAKTU MALAM
DANGA BAY DI WAKTU SORE


Danga Bay merupakan sebuah tapak taman rekreasi yang terbesar di Negeri Johor Darul Takzim. Terletak hanya 7 km dari Istana Bukit Serene. Kawasan pelancongan water front ini merupakan yang terbesar dan masih lagi dalam proses pembinaan dan pembesaran. Masa aku di sana, masih banyak lagi tempat-tempat yang masih dalam proses pembinaan. Makin ramai la pelancong yang akan tiba di sini!!

MASIH BANYAK LAGI PEMBINAAN YANG MASIH BERLANGSUNG.

MACAM MANA NAK PI?
Kalau kita drive masuk Johor melalui highway Utara Selatan. Kita akan masuk Exit Senai. Just follow the way sampai kita nampak "Exit Teluk Danga". So just ikut flow jalan tu, and kita akan jumpa dengan Danga Bay!! Senang jer u ollls.

PENGINAPAN - M Suite


Sepanjang aku di sana. Aku tinggal di M Suite Hotel. Thanks to Raidah and Mama Raidah yang intro this beautiful and wonderful place to stay. Dengan harga RM200 semalam.


Memang biliknya sangat besak dan best dan amat cukup untuk satu family. Siap ada pantry and ruang tamu.

With the view overlooking Singapore.Aku tak sangka begitu dekat sekali Singapore and Malaysia. Hingga aku buat satu andaian baru yang boleh aku gambarkan betapa dekatnya Malaysia and Singapore yang berbunyi begini .

"Kalau hang hanyut dari Danga Bay punya laut...tak sempat hang mati lemaih hang dah sampai kat Singapore!!"
HAHAHAHHA

TEMPAT TEMPAT YANG COOL
Danga Bay lebih best kalau berjalan jalan di waktu malam kerana sungguh banyak aktiviti untuk dilakukan bersama kawan-kawan, family dan jugak couple yang bercintan cintun. Ada pub and bistro dengan local indi group and performers yang nyanyi lagu English, Endon or Ciner...u choose it. Ada banyak tempat lepak yang best. Tempat yang aku pilih ialah White Whale Pub. Kat sini ada satu band yang sungguh best dan cool.




Ada 4 orang penyanyi yang boleh main instrument (guitar and gendang). Depa nyanyi dari lagu Dewan, Ungu, Air Supply, Gun and Roses even Jason Mraz. Memang best gila depa ni nyanyi.

Sambil lepak di bawak pokok yang dihiasi lampu yang romantik, aku layan dengak band ni nyanyi sambil memakan otak otak! FUH! Aku rasa keliru sangat...dengar macam kat California tapi rasa macam Otak Otak...hahahaha...

Kalau larat lagi nak berjalan. Ada macam-macam tempat lagi nak tengok. Ada petting zoo. Ada funfair. Tapi aku dah serik nak naik apa-apa game lagi, kerana fobia dengan kejadian di Genting tidak lama dulu. HEHEHE Ada pasar malam.

Ada pub and bistro.

Ada indoor shopping area. Dan juga litar untuk DRAG CAR RACING. Macam the excitement never stop.

Kalau tak larat nak berjalan. Boleh naik kereta api. Ada basikal sempoi yang 4 orang boleh naik. Ada roda pelik. Macam macam. Kalau tak ralat. Boleh ja duduk dan tengok orang jalan. AHAHAHHA.

Kalau datang Danga Bay waktu petang boleh buat macam-macam jugak. Macam aktiviti di waktu malam. Paling saya suka, main layang-layang. Dan saya amik gambar. Yang kecik-kecik tu layang layang tau...



TEMPAT TEMPAT LAIN UNTUK DILAWAT DATARAN JOHOR BAHRU


Aku tak sempat nak berhenti dan amik gambar kat sini. Panas la......


MASJID SULTAN ABU BAKAR - Masjid Ekin Mawi kawen

Memang cantik masjid ni. Macam istana lama. Overlooking Singapore jugak. Itu adalah Singapura!!

Aku sempat posing sikit kat sini.

MAKAN MAKAN
Jangan tanya tempat makan kat aku. Sebab aku makan kat hotel. Sushi King. Pizza Hut and Burger King sahaja!!

Ini M Suite Bistro. Breakfast kat sini. HAHAHAHAHA...Raidah sungguh marah dengan aku. Bukanlah..tak sempat nak carik makan-makan sangat. Kalau ada orang Johor yang betui betui boleh rekemen then aku berani la nak p. Takut satgi cirit la apa la...susah aku nak travel.

SHOPPING
Kalau nak bershopping dan membeli buah tangan untuk kawan-kawan you can find many variety of souvenirs kat area pasar malam Danga Bay ni. Ada baju. Tudung. Hand bag. Keropok.
Tapi kesian....tolong la beli kucing ni........kesian kat dia kena ikat macam ni..pastu kena pusing....Harga brang barang untuk shopping kat sini boleh tahan la. Mahal jugak. Biasa la. Johor kan.

NOTA KHAS
Untuk semua orang Penang yang tak pernah mai Danga Bay, ampa mesti rasa rendah diri apabila melihat Danga Bay. Siries. Danga Bay lagi best dari Gurney Drive. Tapi apa pun. Insya Allah. Ada rezeki aku nak sampai kat sini lagi.

MELAKA BANDAR BERSEJARAH
And then there was Melaka. On my way back to KLIA, before i catch a flight back to Penang. So why not, drop by kat Melaka and have some cam-wh*ring session. Memang itu yang aku buat. Aku just jalan-jalan and take pictures.

Dari exit to Melaka, nak ke pusat bandar memang agak mengelirukan jugaklah.

Tapi akhirnya, kami sampai kat tapak bersejarah dimana terletaknya Kota A Famosa, Bukit St Paul, Studthuys Building and replika Istana Melaka.


Kota A Famosa.
Selama ni duk tengok dalam buku teks sejarah masa zaman sekolah. Aku fikirkan besar sangat la kubu kota peninggalan penjajah Portugis ni...rupa-rupanya kecik jer!!

Replika Istana Melaka
Dalam ni ada macam-macam gambar, patung dan macam-macam lagi yang menceritakan tentang kemegahan Kesulatanan Melayu Melaka dan senusantara. Memang seronok sangat dan belajar banyak benda melalui penyampaian dan persembahan patung-patung dalam Istana Melaka ini. Selama ni aku kenal Tun Teja jer...tapi kat sini, aku berkenalan dan belajar tentang Tun Kudu. Antara Srikandi di zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Taman larangan....

Aku tengah tunggu dipanggil oleh Sultan Melaka untuk nyanyikan lagu "Negeri Pulau Pinang".





Cuma nak masuk Istana ni, kita kena bukak kasut. Dan pelancong akan diberikan plastik bag untuk simpan kasut kita. Tapi kan lebih baik kalau beg yang diberikan hanyalah beg yang boleh dikitar semula. Macam sayang betul tengok plastik ni pakai sekali jer, pastu orang buang dalam tong sampah!! Nanti saya nak cadangkan kat Abang Ali Rustam.



Rumah Pengistiharan Kemerdekaan
Disinilah dimana Tunku Abdul Razak mula berkumpul untuk mengistiharkan kemerdekaan. Paling menakjubkan, dapat tengok kereta yang Tunku arkibkan untuk tontonan umum.
Awat aku dan kereta ni macam sama besak?

Bukit St Paul and gerejanya.
Kat atas bukit ni....kita boleh tengok permandangan cantik seluruh bandar Melaka.

Mengah tau naik tangga ni!!
Ini tangga dari zaman dulu-dulu. Batu dia merah-merah.
Comel tak kakak yang duk kat tingkap ni. Susah payah aku panjat. Kotok suak aku.
Bangunan Merah (Studthuys Building)
Jenuh aku tanya kat situ, kat mana Studthuys building. Depa tak tau. Tapi bila kata...bangunan merah baru depa faham.
Sekali salah alamat la....
Ehk ehk...nama saya ada kat sini la.



Muzium-muzium di Melaka
Melaka ada banyak muzium. Tapi sebab aku sampai pun dah lewat. Dan hari Isnin. Dan dah pukul 5.00 petang. So semua muzium dah tutup.

Muzium Islam Melaka


Muzium Dunia Melayu Dunia Islam
Tempat-tempat lain

Yang ini kubu peninggalan penjajahan Belanda. Bukan buat-buat tau. Dorang masih tengah gali...lagi bawah...lagi banyak layer.Dari atas kubu Belanda.

Sungai ini bersih. Boleh minum. Tapi kalau sakit, sendiri tanggung.
Nak naik lanca kat sini mahal gak. RM40 setengah jam.

Aku tak faham, mengapa 3 wanita ini memilih tempat ini (Berhadapan dengan Muzium Kecantikan) untuk bermeditasi.
Sekian sahaja. Lepas ni pastinya kena datang lagi. Insya Allah. Ada rezeki ada masa bolehlah berkunjung ke Johor and Melaka lagi.

2 comments:

  1. wah, seronok nyer berjalan..... best jer tgk gambar2 tuh... yang danga bay tuh da bese pi, mmg tempat nomie n kazen2 pi jogging pepagi dulu2...tulisan danga bay yang berlampu biru tuh tempat utama kami berjoging...ehehe...

    bestnyer pi melaka...

    ReplyDelete
  2. kak jumie...nk rekemen tmpt mkn kt jb..if kak jumie g jb ag r...nk suggest g kt senibong...ikan bakaq depa...fuhh...!!!!sodap...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...