8.7.09

H1N1 dan demam durian

Baru-baru ini, sempena lawatan saya ke Ipoh, saya telah disogok dengan pelbagai buah-buahan tempatan terutamanya DURIAN dan RAMBUTAN.

Tetapi yang paling menarik perhatian saya ialah DURIAN.

Sesungguhnya saya memang teramat hantu durian.

Peristiwa ini berlaku apabila kami semua telah dijemput untuk singgah ke rumah kawan kami iaitu Syerifah Nor Kema. Sesungguhnya mak dan bapak beliau sungguhlah melayan tetamu dengan penuh rasa besar hati. Bak kata pepatah, kecil tapak tangan talam kami hulurkan.

Pada awal ketibaan kami, kami telah dijamu dengan buah durian dan buah rambutan gading yang dibawa khas dari dusun di Sungai Siput. Buah-buah itu masih segar dan sungguh manis bak buluh perindu.

Aku selaku seorang perempuan yang sungguh tinggi nafsunya telah memakan dengan penuh kasih sayang terhadap buah durian itu. Seulas demi seulas, akhirnya genap beberapa bijik diratah oleh ku.

Sambil memakan buah durian, rupa-rupanya mak Syerifah Nor Kema sedang menyiapkan sesuatu di dapur. Cuba teka siapa yang kena? Ya betul....bubur durian!! Lantas kami menjamah pula bubur durian bersama roti benggali.

Sungguh enak bubur durian itu. Walaupun bentuknya seperti seekor KEONG.

Selepas itu, apabila kami telah berehat sebentar. Kami telah menyambung kembara makan kami apabila ibu Syerifah Nor Kema telah menghidangkan kami nasik bersama ikan tilapia masak tempoyak!! Perghs...memang sungguh sedap rasanya lauk ikan itu. Dihidangkan bersama ikan tilapia yang dibakar bersama daun kunyit. Rasa manisnya sungguh menghayatkan hati.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pada hari keesokannya, saya telah diserang selsema, cirit-cirit, muntah dan juga suhu badan telah menaik. Saya telah bertemu dengan Dr. Akbar yang sungguh hemsem.

Beliau mengesahkan " You jangan risau...you tak kena H1N1".

Sekian terima kasih.


Gambar ini dirakamkan sebelum kami semua p makan durian kat rumah Kema. Di belakang ialah En. Sham iatu suami Puan Wanie Ley dengan dialog " Tak kuasa i !!"
ps/ Pengajaran cerita ini, jangan makan durian banyak banyak nanti boleh kena H1N1.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...