15.7.09

Movie of The Month [PS I LOVE YOU]

Aku tau mesti semua orang agak aku akan cerita tentang Transformers, Revenge of the Fallen for this month. Waduh. Sorry guys. Aku takkan ulas cerita tu selagi cerita itu tak membawa impak yang besar dalam hidup aku melebihi jangka masa 3 jam selepas menonton. Seperti semua orang tahu, aku terpaksa tunggu hampir 3 minggu selepas Transformers direlease dalam panggung di Malaysia sebab nak elak daripada serbuan peminat yang akan sibuk nak amik otograf dan jugak amik gambak dengan aku. KAH KAH KAH KAH.

Sebenarnya, aku tengok jugak last weekend at Perangin Mall Penang. Early bird movie. 11am. Gila betul. Cerita itu, seperti yang dijangka memang lebih hebat dari yang pertama. Shea makin kacak. Megan makin hot macam aku. Dah boleh agak dah.

Tapi dalam banyak-banyak movie aku watch bulan ini, ada something yang buat aku tak teragak yang aku akan menangis dari 3 minit pertama movie ini bermula hingga ke 3 saat terakhir movie ini berakhir. Ini merupakan filem kedua yang berjaya buat aku menangis tanpa henti. Yang pertama is "Kuch Kuch Hota Hai".

Movie of the month pilihan Jumie Samsudin ialah PS. I Love You.

Penulis PS I LOVE YOU
  1. Filem ini merupakan adaptasi daripada novel asal dengan tajuk yang sama dari seorang penulis wanita yang muda bernama Cecelia Ahern.

  2. She was born 30 September 1981 dari Ireland. Oh Cecelia....Hang sungguh telah merobek hati aku.

  3. Masa dia tulis novel ini, yang merupakan novel pertamanya. Dia baru 21 tahun. BRAVO!!

  4. Dia merupakan adik ipar kepada salah seorang ahli kumpulan WESTLIFE, Nicky Bryne. Hidayah Mazlan suka dia dia sangat dulu.

  5. Dia ada 3 lagi movie yang sedang dalam proses pembikinan yang juga hasil daripada karya novelnya. Dahsat!!

Sinopsis Cerita
  1. Filem ini mengisahkan tentang dua pasangan suami isteri Holly and Gerry Kennnedy yang berkahwin pada usia yang sangat muda. They got married. Dan kedua dua mak depa macam tak berapa suka la. Sebab depa dorang sangat muda.

  2. Perkahwinan depa sangatlah indah walaupun hidup dalam serba sederhana dan masalah duit dan isu takdak anak. Tapi they love each other so much. So, memang permulaan cerita ini banyak cium-cium la. So bawah 18 tahun. Tolong tonton filem ini dengan pengawasan ibu dan ayah anda.

  3. Ku sangka panas sampai ke petang, tapi hujan di tengah hari. Selepas hampir sedekad mereka berkahwin, Gerry telah meninggal dunia kerana brain tumor. Memang Holly jadi gila dan sangat-sangat sedih. Dia dah macam tak boleh teruskan hidup.

  4. Namun, pada hari jadi Holly yang ke 30th. Dia telah menerima surat daripada mendiang suaminya. Lama-kelamaan, satu demi satu surat yang ditulis oleh suaminya semasa dia masih lagi hidup telah muncul dalam hidup Holly secara misteri bagaikan telah dirancang.
KENAPA AKU MENANGIS TENGOK CITER INI
  1. Aku terpaksa tahan sakit dada sebab menangis dengan keadaan yang semulajadi selsema ketika ini. Tak tau bila nak baik.

  2. Sebenarnya, surat-surat yang dikirimkan oleh mendiang suaminya itu adalah perangsang utama untuk Holly kembali meneruskan hidupnya. Sebab Holly dulu, ditinggalkan bapak dia masa dia baru jer berumur 14 tahun. So bila dia jumpa dengan Gerry when she was only 19....dia harapkan segala-galanya kepada Gerry. So bila Gerry mati...dia jadi gila la sat.
  3. Surat-surat yang mendiang dia hantarkan itu, memberi dia semangat untuk jadi seorang wanita yang independent. Seorang wanita yang berani. Seorang wanita yang peka dan lebih sensitif dengan semua orang disekelilingnya. Dan yang paling penting....memberi dia inspirasi untuk memulakan kerjaya yang baru. SHOE DESIGNING ( Now I know where Nawal has got her inspirasion from!! Nawal aku tau hang baca ni...nanti aku kawen...hang pun kena reka kasut untuk aku).

  4. Cerita ini juga menyedarkan kita betapa kita selalunya akan tahu menghargai seseorang itu apabila dia telah tiada. So untuk semua isteri and girlfriend di luar sana, sudahlah...jangan duk merungut saja kenapa suami ampa gaji kecik dan tak pernah nak beli hadiah mahal-mahal kat hampa. Yang penting, dia ada dengan ampa dan buat ampa happy. Kalau nak merungut sangat, minta putus dan blah. Senang....jangan duk komplen banyak. HAHAHAH..betui apa. Laki pun sama....no exception. Sorry...EMO plaks.

  5. Dalam cerita ini juga, aku belajar tentang sesuatu yang sentitif iaitu about kawan. Bagaimana kita akan rasa tersisih, bila di saat kita sedang kesedihan, kawan kita pula mendapat durian runtuh dan sedang bergembira. Kita sekat hati kita untuk kongsi kegembiraan itu, kerana "WE ARE JEALOUS BECAUSE WE ARE NOT THE CENTRE OF THE ATTENTION ANYMORE". Aku selalu terlupa tentang perkara itu.

  6. Kisah ini juga, memang lojik kerana walaupun kita telah kehilangan orang yang kita sayang. Its ok for us to start all over again dengan orang lain.
Saranan dan Cadangan
Untuk semua kawan-kawan ku, please go get a copy of this film. Tolong sangat. Pastu kalau boleh, layan la sorang-sorang atau dengan orang yang paling kita sayang. Dan sama-sama hayati movie ini dan mungkin kita boleh learn something dan baiki kesilapan kita. Macam aku sangat sedih sebab aku terpaksa tengok dengan Cakcing. Dia tu dah la sangat blur. Pastu kalau aku nangis terkuat sikit, mesti dia akan perli aku tak macho. Memang sakit sangat dada aku. Dah la selsema. Pastu tolong standby tissue atau sapu tangan siap-siap.

Sekian.

PS/ I LOVE YOU Kak Ede.

10 comments:

  1. waaaaaaaaaa aku nak tgk la... sape sebenarnya yang hantar surat tue???

    ReplyDelete
  2. suami dia yang tulis...tapi bila dah mati..........siapa yang arrange untuk make sure surat tu dihantar on time....hang kena tengok citer tu sendiri!!

    ReplyDelete
  3. aku dah tgk.. ahad baru ni kat star movie...
    memang aku menangis... their love so sweet...

    ReplyDelete
  4. hahaha..kalu macamni xpayah la aku abiskan baca buku tu.. dari 2 taun lepas pejo bagi adiah buku tu kat aku, sampai la ni belum abish baca, aku pun xtau apa ending nya.. la ni hang da explain serba sedikt,so tak payah la aku abiskan.. tgk movie lg senang.. ni baru belek selai, aiman pun sibuk nak belek gak.. hehehe..

    ReplyDelete
  5. HAHAHA...maz...hang ni lawak laa....

    mesti pejo akan memarahi aku dengan sunguh-sungguh!!

    ReplyDelete
  6. salam kak jumie...

    fana pun dah tgk dah movie ni..quite long time ago...mmg sedey gle...n until now even da patploh kali tgk pun..still nanges...n kalau bace novel die pun..mmg sdey abesss....huhu...my fav movie!


    regards,
    fana_mystique

    ReplyDelete
  7. Wakakakaka....sudah lama I tengok movie ini...memang best sekali...nangis terhenti-henti...alangkah bagusnya jika terdapat lelaki sebegini...

    ReplyDelete
  8. memang nangis gilaaaaaaaaaaaaaaaaaa ok tgk crita niiiiiiiiiiiiiiiiiiiii takyah try guna tisu lap hingus and airmata... guna selimut sudahhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  9. You are my life but I'm only a chapter of yours ~ P/S I Love You
    suka sangata2 movie niehh...x pnh jemu wpun dah tengko berpuluh kali. tetap menangis bila scene sedih, tetap gelak bila rasa kelakar dan tetap sengih sorang2 bila scene romantic. aihhhhh...!

    ReplyDelete
  10. You are my life but I'm only a chapter of yours ~ P/S I Love You
    suka sangata2 movie niehh...x pnh jemu wpun dah tengko berpuluh kali. tetap menangis bila scene sedih, tetap gelak bila rasa kelakar dan tetap sengih sorang2 bila scene romantic. aihhhhh...!

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...