22.7.09

My Book Collection

Walaupun aku seorang yang artist dan sibuk. HAHAHAHA. Tolong buat-buat muntah. Kalau tak muntah maknanya anda setuju.

Ok. Sambung balik ayat tadi...Walaupun aku seorang artist...kah kah kah. Selalu sibuk dengan show, interviews, penggambaran filem dan lain-lain. Travel sana sini. Tapi sebenarnya, saya mempunyai hobi yang mungkin kalian semua tak tau.

JANGAN TERKEJUT!! Hobi saya ialah membaca.

Saya minat membaca sejak kecil lagi. Sebab Kak Ede menggalakkan saya dengan membeli majalah kanak-kanak seperti Kuntum dan Dewan Pelajar. Dan setiap kali ada pesta buku di sekolah, pasti Abang Manap akan memberi duit untuk membeli buku kepada saya. Masa itu juga, kakak saya di US selalu mengepost buku-buku citer kanak-kanak dari Disneyland seperti Cinderella, Snow White, The Sleeping Beauty, The Little Mermaid dan macam-macam lagi.

So, actually minat itu masih lagi ada sampai lani.

Oleh itu, saya ingin mengongsi beberapa koleksi buku kegemaran saya yang tak seberapa ini.

HARRY POTTER
Masa tu tahun 1999. Dua tahun lepas Harry Potter first novel released in US and UK. Bapak angkat aku dari US, Prof. Richard Anderson a.k.a Pak Dick telah menghadiahkan buku Harry Potter pertama versi US "Harry Potter and the Sorcerer's Stone kat adik aku Cakcing. Kat aku dia beli discman sebab dia ingat aku suka nyanyi.

Tapi adik aku ngok. Dia kata dia tak suka buku tu sebab dia tak tau baca tebal sangat. So aku pun baca la buku tu. Best nak mampos!! Pastu aku tulis surat kat Pak Dick berterima kasih dengan buku itu dan macam mana aku sanggup berlakon jadi Pengawas Perpustakaan kat SGGS (masa tu aku Form 2) sebab senang aku nak pinjam buku Harry Potter nanti.

Pak Dick sayang gila kat aku. Dia terus post kat aku dari US, 3 lagi buku Harry Potter iaitu Harry Potter and the Chamber of Secrets, Harry Potter and the Prisoner of Azkaban dan Harry Potter and the Goblet of Fire.

Memang aku bangga gila!! Bangga sangat!! Masa tu takdak filem lagi tau! Dan sejak tu, aku kumpul semua buku dia iaitu Harry Potter and the Order of the Phoenix , Harry Potter and the Half-Blood Prince dan sampai yang terakhir iaitu Harry Potter and the Deathly Hallows.

Dalam siri yang terakhir, Deathly Hollows, aku bagitau la siap-siap. Harry Potter nanti kawen dengan adik Ron, Ginny Weasley and Ron pulak akan kawen dengan sapa? Yes, you guest it right!! Hermoine. Pastu yang akan paling lawak, Nevile Longbottom akan jadi Professor Neville a.k.a Horgwart's Headmaster! Mangkak betui.

Tapi Harry Potter aku yang first hilang sebab ada anak haram yang pinjam tak bagi balik. Sapa yang rasa sayang kat aku...boleh la beli and hadiah kat aku nanti!!
.
SIDNEY SHELDON
Aku diintroduced kepada Sidney Sheldon oleh abang ipak aku bernama Abdul Hafiz Hanafi atau nama glamer dia masa kat RMC iaitu Fizzy. Hahahahahaha...

Dia bagi aku baca first book of Sheldon iaitu The Naked Face. Mak oi...citer slow gila. Dari 500 muka surat. Masuk page ke 400 baru dia bermula plot citer interesting sikit. Siot betui. Tapi tak tau la pasai pa.

So sejak itu, aku mula mengumpul novel by Sidney Sheldon. Aku minat kat Sidney Sheldon ni. Mungkin sebab hero citer dia mostly are women. Lawyer perempuan, doctor perempuan, model, pelukis...semua perempuan. So aku ingat Sidney Sheldon ni perempuan la. Rupa-rupanya dia laki.

Cerita dia semua drama kehidupan la. Tapi mesti berkisarkan, perempuan yang berjaya, cantik, jatuh cinta dengan lelaki hemsem anak orang kaya. Pastu orang jahat mesti mafia Italy atau gangster Romania. Pastu diselamatkan dalam pelbagai cara.

Sepanjang hayatnya, Mr. Sheldon dah tulis 18 buah novel. Yang mana aku letak colour merah ialah aku dah ada dan aku dah baca.
  1. The Naked Face (1970)
  2. The Other Side of Midnight (1973)
  3. A Stranger in the Mirror (1976)
  4. Bloodline (1977)
  5. Rage of Angels (1980)
  6. Master of the Game (1982)
  7. If Tomorrow Comes (1985)
  8. Windmills of the Gods (1987)
  9. The Sands of Time (1988)
  10. Memories of Midnight (1990)
  11. The Doomsday Conspiracy (1991)
  12. The Stars Shine Down (1992)
  13. Nothing Lasts Forever (1994)
  14. Morning, Noon and Night (1995)
  15. The Best Laid Plans (1997)
  16. Tell Me Your Dreams (1998)
  17. The Sky is Falling (2001)
  18. Are You Afraid of the Dark? (2004)
So kepada semua kawan-kawan aku, so ampa tau la kan untuk birthday aku kena beli buku yang mana kan? HAHAHAH

STEPHEN KING
Sorang lagi penulis yang aku minat ialah Stephen King. Aku tiru minat Stephen King dari kakak aku iaitu Julie Mommy Boyan. Ingat tak masa kita kecik-kecik (tahun 1990an), ada satu citer antu yang menakutkan gila kat TV2 yang bernama IT. Antu badut yang idup dalam parit pastu dia akan makan budak-budak!! Ingat tak? Ha....citer tu adalah based by a horror novel by Stephen King la.

Pastu masa masuk 2000, ada citer tajuk Rage Carrie pasai satu perempuan yang kena buli dengan kawan-kawan dia. Last sekali dia ngamuk, sampai semua kawan sekolah dia mati kena bunuh and kena bakar masa tengah party!! Horror citer ni..... Dia la jugak yang penulis novel tu.


Dia ada banyak novel and buku cita yang dah published. So far aku baru baca 4 buku dia. Tapi dua dah jual balik kat second hand book store. Nyesal plaks rasanya.
  1. It
  2. Insomnia
  3. Needful Things
  4. Cell
Mungkin pas ni nak kumpul Stephen King pulak!!

Sekian saja nak share dengan semua orang. Kalau ada yang nak start book club best gak. Dan untuk kawan-kawan aku yang dah jadi ibu, tanamlah minat membaca kepada anak-anak anda dengan memulakannya pada diri sendiri.

PS/ Thanks Kak Ede!! Sebab Kak Ede la i minat membaca.

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...