17.7.09

RUMAH P RAMLEE


Terletak kat Jalan P Ramlee. Across the river sebelah City Stadium. Di situ lah Kebun Lama. Tempat asal P Ramlee. And im proud to tell you all....situ lah tempat saya dibesarkan.

HEHE...bangga sangat. Sebab sekampung dengan P Ramlee.

Pernah masa sekali tu, saya sedang bercakap kosong dengan beberapa senior citizen kat KL kut...lupa la...

Depa tanya "Adik orang mana?"

I said "Sekampung dengan P Ramlee. Penang"

Pastu ada satu lelaki tua yang tengok aku dengan muka macam tak puas hati. And he asked me "Kalau betul hang sekampung dengan P Ramlee. Belakang rumah P Ramlee ada apa?"

Dari gayanya, aku tau pakcik ni mesti otai dan dulu pernah jadi pengikut P Ramlee.

Pastu aku pun jawab " Belakang rumah P Ramlee ada kuboq Jepun"

Pakcik itu tersenyum. "Hang betui orang kampung P Ramlee"

So kalau u olls semua tak caya...pi la melawat Rumah P Ramlee di mana terletaknya juga taman seni warisan Negeri Pulau Pinang.

Oleh yang demikian, bersama-sama ini saya sudi menjemput semua pembaca jumiejumie.blogspot.com untuk sama-sama ke Rumah P Ramlee pada Jumaat, 17 Jun 2009 ini (malam ni la) jam 8.00 malam untuk menonton teater hasil nukilan skrip tok mengaji saya, Rasselan Kasiman berjudul "SERAKAH".

See you there!!

1 comment:

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...