6.8.09

Cerita Sedih [im so sorry guys]

Saya janji nak buat announcement. Tak tau nak kata benda ni announcement ka apa. Aku sangat tak jangka perkara ini akan terjadi dalam masa aku tengah sibuk dengan kerja harian dan assignment yang menanti aku untuk siapkan.

First of all, aku nak mintak maaf dengan ampa semua. Dan thanks banyak-banyak sebab support aku dalam semua benda yang aku buat kat dunia ini.

Actually, hal ini memang sedih sangat. Aku segan nak citer macam mana. Sebab awal-awal aku dah gah citer kat ampa semua betapa bangganya aku memiliki dia.

Ingat tak haritu aku duk canang pasai aku beli LAPTOP and HP baru!! Aiyooo......aku tak beli pun benda tu. Ada kisah disebaliknya.

Ceritanya begini. Aku memang berniat nak membeli sebuah laptop baru untuk kegunaan aku sendiri. Apabila travel, senang nak buat kerja dengan lappy kepunyaanku sendiri.

Selepas sekian lama membuat rujukan di sana sini. Maka tiba-tiba kawan saya mengsajes untuk menawarkan sesuatu yang menarik.

"Dear, i ada kawan. Dia businessman. Dia ada banyak stok barang-barang ni semua. Kalau u nak , i tolong tanya. Tak payah beli atas kedai. Lebih murah," kata kawan aku.

Aku pun bersetuju. Apabila dia telah membuat pertanyaan pada orang sedemikian, maka aku terus dihubungi.

"Okay babe, kat dia lani ada satu lappy. HP Compaq yang paling latest. Dia akan install semua siap kat u. Dia bagi u printer satu. Pastu ada Hp jugak. Sony Ericson yang latest. Semua RM2500. Kalau u nak, u bank in lani. Friday ni dapat!"

Aku punya la excited. Maka aku pun terus membank in RM2500 terus ke bank account kawan baik aku itu. Aku amat mempercayai kawan aku ini. Kerana aku telah menjadi kawan baik beliau lebih dari 3 tahun. Lagipun kami kerja di tempat yang sama. Masakan aku boleh jangka yang dia boleh mentipu aku.

Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Aku menanti dengan penuh debar. Laptop dan HP baru aku. Aku telah cerita dalam BLOG aku dan bagainya!! Memang happy sangat. Hasil simpanan aku. Aku dapat beli barang yang aku idamkan.

Ramai pun excited gila dan tabik spring kat aku sebab aku berjaya mensimpan duit dan beli barang itu sendiri tanpa menyusahkan mak bapak seperti sesetengah pihak yang terhengen nak beli beberapa jenis hp 3G atau menantikan duit BF yang akan membayar semua itu.

Tetapi yang pipih tak datang melayang, yang bulat tak datang bergolek, samalah dengan malang datang tak berbau kentot!!

Barang yang dinantikan tak sampai-sampai. Bila call kawan aku. Dia mintak tempoh. Katanya, abang dia tak sampai lagi dari JB. Abang dia sangkut kat KL. Lawyer abang dia punya mak mati ( aku tak tau la betui ka tak..tapi aku doa mati betui-betui). Dan macam-macam lagi. Dari satu tarikh, ke tarikh yang lain..ke tarikh yang lain)

Barang yang dinantikan tak kunjung tiba.

Akhirnya, aku menghubungi kawan aku dan berkata "Dear, i had enough of this. I trust u as a friend. So please dont treat me like TAIK. I want my money back by this afternoon. Before kerja habis. So if u dont understand cakap mulut, i will cakap dengan kaki!!"

So petang itu. Alhamdulillah, kawan aku datang dengan duit aku berjumlah RM2500. Aku tak tau la mana dia dapat duit tu. Tapi aku pasti itu duit dia bayar sendiri. Abang dia masih lagi tidak dapat dikenalpasti koordinatnya.

Kerana oleh itu, aku terus membeli CANON 400D second hand dengan harga RM1300. Aku beli dari seorang photographer, Mr. Kevin Chooi daripada Nutmeg Studio. Kami jumpa kat Starbuck Kapitan. Dia tunjuk barang, aku bagi duit. Kami pun balik.

Pengajaran untuk hari ini, jangan beli barang kalau tak nampak. Kalau online shopping tu lain. Tapi kalau benda benda haram macam ni. Tolong jangan jadi bodo sangat macma aku! Nasib baik duit aku dapat balik. Sian gak kat kawan aku tu. Dia tanggung kena bayar duit aku balik. Tapi dia pun kena bertanggungjawab la.

Sekian, i love u all.

PS/ its not about Zaza.

4 comments:

  1. OMG.. malunyer aku.... aku ingat pasai zaza.. keh keh keh

    tak pe.. lappy nanti carik lain.. kan aku cakap hang pandai amik gambar.. baek punyer angle hang snap.. so hang mmg patut beli kamera SLR tue.. keh keh keh

    jgn jadik mcm aku.. beli punyer la lama.. tapi tak reti nak amik gambar.. keh keh keh

    ReplyDelete
  2. uish hang nih!! senang2 jer transfer duit rm2500 camtuh. mujur dapat balik. ade rezki hang. laen kali jgn wat lagi na... bahaya banget tuh.. alhamdulillah xilang rm2500 tue. lau tak aku pn tlg nagis skali t.huhu

    ReplyDelete
  3. cian ko jumie :( tp skang mmg susah nk percaya semua org. sib baik ko dpt balik duit tu. kalo x sia2 je yang duit y ko kumpul. xpe, nnt ko sendiri g beli kat kedai tau.

    ReplyDelete
  4. ish2..takutnya dengaq ceta jumie ni..pengajaran utk kita suma...
    tp kan jumie...niza percaya kepada rezeki berkat...buat la kot mana pun tetap rezeki kita...
    hopefully tu kan hasil usaha titik peluh jumie..insyaallah berkat...tgkkan hikmahnya..duit tu ttp dpt balik..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...