26.8.09

[JOM GUMUK BERSAMA JUMIE SAMSUDIN] Seoul Garden

Sempena Bulan Ramadhan Al Mubarak ini, saya nak cadangkan satu tempat makan best. So untuk ampa semua yang terpikir-pikir kat mana nak try tempat berbuka puasa yang baru dan best. So saya nak cadangkan Seoul Garden Restaurant.

Actually restaurant ni dah lama wujud ni Penang ini, namun saya tidak berapa nak syiok sangat nak pi. Mungkin sebab lokasinya yang terletak di Gurney Plaza. Selalu sesak dan jam.

Adik saya, Cakcing dan rakan-rakan beliau iaitu Fathiah, Aiman dan Arafat sangat suka makan kat sini. Acapkali mereka mengajak saya. Tetapi saya selalu busy.

Suatu hari, Cakcing telah membawa kami satu family ke sana. Dan sejak itu saya suka sangat makan kat sini.

Seoul Garden
Seoul adalah ibu negara Korea. Garden ialah taman. HAHAHA...Actually restaurant ini dibuat ala buffet yang menghidangkan makanan ala Korean BBQ and steamboat. Kita bayar masuk dan makan lah sepuas hatinya.

Ada macam-macam jenis daging lembu, kambing dan ayam yang telah dimarinate dalam pelbagai jenis masakan dan rempah. Malah ada jugak seafood yang fress seperti udang dan sotong dan kepah untuk kita buat BBQ atau letak dalam soup steamboatnya. So untuk anda yang suka makan BBQ dan juga steamboat. Mai la sini, bukan sahaja sedap malah lagi sedap sebab semua bahan dia sangat fresh!!

Ini antara daing-daging yang disediakan untuk kita BBQ!!
As you can see here, ada seafood and also fresh vegetables.
Tempat ni juga bersih. Saya suka.
Ini pula fish ballers(HAHAHAHA) yang disediakan untuk kita mengSTEAMBOATkan diri kita.


Selain itu, ada macam-macam side dish lagi seperti nasi putih, nasi goreng, kotiau, telur rebus berempah dan kuih muih mengikut menu sesuatu hari itu. Yelah setengah orang tu, tak dapat makan nasik tak sah. Tak kenyang katanya. Biasalah...orang Malaysia...HEHEHEH

Ada macam-macam sos kat sini. Tapi aku suka sos sour chili and kicap and cabai.
Tapi paling best sekali kat Untuk desert, kita ada ais kacang dan juga aiskrim. Free flow u olls. Suka sangat. Untuk ais kacang dan ais krim ni, dia sediakan semua bahan-bahan. Susu dan jagung, kacang dan lengkong air gula berwarna. Campur semua....enak rasanya...kegemaran kita semua!!

HAHAHAHAH.....

Masa kami buat shooting hari ini untuk segment Jom Gumuk Bersama Cik Jumie, aku invite seorang pembaca setia jumiejumie.blogspot.com. Nama dia TukangSinggah. Jangan mara...dia ni dulu pernah jadi supervisor kat Baskin Robbin. So tengoklah...cara dia cedok aiskrim ni. Cantik sangat...bulat-bulat montok macam Cik Jumie.
Ini aku dan ais kacang ciptaan aku bertajuk "Montok-montok" ditujukan khas untuk Wombose dan rakan-rakan.

DIY

Yang seronoknya makan kat tempat ini, tak macam restaurant buffet lain, di Seoul Garden kita berpeluang untuk prepare makanan kita sendiri. Kita boleh pilih semua bahan-bahan mentah yang telah disediakan fresh di kaunter...so u olls just pilih and masak la sendiri kat meja u olls!! Best tauu....

So kita boleh ambil sebanyak mana, dan makan selagi perut ini mampu memakannya.


Tetapi ingat : Please make sure semua makanan yang diambil dihabiskan sehingga licin. Kalau ada baki, mereka akan timbang dan kita kena bayar balik. Setiap 100g kita kena bayar RM5. So, jangan tamak sangat ok olls!!

Kadar Bayaran :

Untuk weekdays Monday - Friday
Lunch
[11.30 pagi hingga 4.59 petang]
Dewasa RM19.99**
Children RM9.99**
Senior Citizen [55 tahun ke atas] RM15.99

Dinner
[5.00pm hingga 10.30pm]
Adult RM24.99**
Child RM11.99

Weekend
Saturday, Sunday and Public Holiday
Lunch
[11.30 pagi hingga 4.59 petang]
Adult RM24.99**
Child RM9.99
Senior Citizen [55 tahun ke atas] RM18.99**

Dinner
[5.00pm hingga 10.30pm]
Adult RM27.99**
Child RM11.99

Student meal
Monday to Friday (not applicable to Public Holiday)
[11.30 pagi hingga 4.59 petang]
RM16.99**
Inclusive of Free Flow Drink
So make sure to present anything yang membuktikan u are students like bus pass, matriculation card or student passs upon ordering.

Halal Status
U olls semua jangan risau, restaurant ini serve semuanya halal ok. Ada certificate. Nanti kalau p sana boleh tengok sendiri ok. Ramai dah orang Melayu yang pi sana.

Lokasi
Kalau ampa semua yang kat Penang, restaurant terletak di dua tempat. Satu di Sunrise Tower Gurney Drive. Dan satu lagi di Basement Level, Gurney Plaza. Satu level dengan Cold Storage. Untuk KL and Putrajaya aku tak tau la.

Melaka ada satu outlet di Mahkota Parade.

Sekian, happy BBQ!!

So, sekian sahaja. Kalau ada tempat best lagi, i will inform u olls ok. Muah.

2 comments:

  1. cIK jUMIE...kat kl ada satu.. dkt um... HEHE tahun lepas tunang p bawak mkn kat sinilah.. aduhh kalau dah selera melayu ni susah tul..nak terima mkanan mcm ni.. kygan kejap jer.. tapi tunang(skrg hbad) saya suke lah.. memang selera dia.. dia siap cakap rugi bawa saya ke sini hahha sbb xmkn sgt .. cuma tempat dia santaii...heheh

    murah jer rate kat peneng ek.. kl xsilap rm 40++ ramai giler orang.. kena booking sminggu awai bulan2 pose ni..wakakkawakkakawakakkawakkaa
    tahun ni hbad siap tanya nak p sana x buke pose.. saya ckp.. abg p sorang lah .. saya p tmpt lain.. heheh

    tapi sronok tgk u mkn jumie.. lapar plak rasa heheh

    ReplyDelete
  2. sedap nye sayang makan.. tak ajak pown..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...