19.8.09

LUAHAN ATI TUKANG MAKE UP TAKDAK NAMA

Cabaran dan masalah tak pernah lari dari hidup kita. Tapi untuk menenangkan hati kawan-kawan yang tengah panas dan marah sangat, pasti kita akan cakap"Sabarlah, semua ni dugaan. Tak best hidup kalau takdak masalah,". Kih kih kih.

Alhamdulillah, aku ada ampa semua yang sudi mendengar keluhan dan luahan hati aku. Luahan ini tidak kena mengena dengan teman serumah, rakan sekerja atau rakan tempat kerja baru yang bakal menjadi office baru kita, apatah lagi kisah suami-suami dan BF kita.


Kisah ini adalah pengalaman aku sendiri dalam mencarik sesuap nasik sebagai seorang tukang make up takdak nama kat Penang ni. Make up aku bukannya sempurna dan hebat. Tetapi aku bersemangat dan selalu nak buat yang terbaik untuk kepuasan diri dan customer aku sendiri.

TUP TAP TUP TAP dah setahun aku berkecimpung dalam DONIA berus dan lipstick ini. Banyak suka duka yang tercatit dalam hidup aku. Yang indah itu sungguh banyak, yang perit itu ada jugak sedikit terpalit. Walaupun sedikit, tapi sakit itu tetap sakit.

Hatta, ingin aku kongsi dengan kalian semua sebagai panduan dan iktibar kita semua yang juga pengguna dan pelanggan.

Kisah aku ini bukan sebab tak bayar atau tak langsai hutang. Tetapi pepe'el sesetengah umat manusia yang tidak bertanggungjawab kerana membuat tempahan, pastu dah last minute to event baru memo kata cancel booking. Sedangkan kita telah menolak dan mereject tempahan lain yang sama tarikh dengannya. Sungguh kecewa rasa hati, tambahan pula disertakan dengan alasan tak munasabah dan tidak lojik dengan objektif asal beliau menempah aku.

Sesungguhnya, tak semestinya aku sebagai tukang make up, malah sesiapa sahaja seperti pembuat kek, atau pembuat baju raya, atau pembuat pelamin, atau pembuat hantaran, atau pembuatan kuih raya dan pelbagai perniagaan kecil ini akan merasa amat kecewa dengan sikap beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab ini.



Ya, betui u olls nak kata "Inilah cabaran dan risiko perniagaan," tapi i nak citer la kat u olls. Mungkin u olls boleh bagi cadangan macam mana nak tangani masalah kecik ini atau mungkin mengelakkan DIRI KITA JADI CUSTOMER YANG TAK BERTANGGUNGJAWAB SEPERTI INI.

Customer-customer saya terdiri dari pelbagai rona warna kehidupan. Ada i tak kenal. Ada kenal dah lama. Ada kawan kepada kawan. Ada kenal kat Facebook. Ada yang kenal kat internet. Semua ini dikatakan jodoh.

Antara perihal yang berlaku baru-baru ini, saya mempunyai tempahan make up pagi dan dijangka selesai jam 9.30 pagi. Maka tengaharinya, saya pun free. Beliau menempah saya. Memang tiada hitam putih dilakukan memandangkan beliau kenalan yang agak RAPAT dan saya telah memberikan harga tempahan yang cukup murah dan diberikan diskaun iaitu RM150 walaupun lokasi beliau di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Saya pun pegang janji. Walaupun dia berkata akan confirm semula dengan adik beliau, saya kira pegang janji pada tarikh itu. Maka, apabila ada yang ingin menempah pada tarikh itu, saya telah menolak 2 tempahan.

Tetapi, alangkah sedihnya nasib patik ini, apabila pada dua hari sebelum tarikh yang dijanjikan, saya mentanya beliau, bilakah beliau hendak menghantar kad kawen bersama peta. Beliau mengkata "Sat, sat, kami tak confirm dengan adik kami lagi. Satgi kami confirm."

Ya Allah, tak confirm lagi rupa-rupanya?

Maka malam itu, aku masih menunggu SMS / call daripada beliau. Apakah status tempahan itu. Namun masih mendiamkan diri. Maka aku pun membuka Facebook dan menampak beliau rancak bermain Farmville. Maka saya mengcomment pada BONUS NOTES beliau. Dan beliau comment balik "Adik kami dah tempah kawan dia,".

Aiyo...warna warni kehidupan sangat.

Saya sedih sangat pada hari itu, actually aku sangat MENDENGAR NASIHAT kawan baik aku Ajeeb, "Nok, kita amik jer berapa orang nak bayar upah kita. Daripada takder JOB. Tapi janganlah sampai murah sangat sampai mati business orang lain," Thanks Ajeeb. Aku sayang hang walaupun hang suka orang tetek kecik.

Saya sungguh sedih. Rezeki itu dari Allah Taala. Tapi mesti dimulakan dengan usaha dan kegigihan kita jugak. Mana ada rezeki datang bergolek. Kadang-kadang kalau nasib tak baguih macma ni la. Kita rugi kat situ.

Actually, tuan-tuan dan puan-puan. Saya rasa lebih bagus kalau saya katakan, kalau kita nak beli baju, ukurlah di badan kita sendiri. Kalau bajet kita ciput, buatlah cara ciput. Kalau bajet ala JOM HEBOH...maka hebohkan lah.

Kalau rasa nak minta diskaun, takpa. Bagitau, saya bagilah diskaun sampai takat yang saya mampu. Saya pun nak untung sikit jugak. Kalau jauh tu, penat jugak nak drive jauh-jauh. Walaupun hakikat nak drive Dorrie tu minyak tak la BANYAK sangat. Nak drive sorang-sorang merentasi Jambatan Pulau Pinang tu....sedih tau. Dah la Zaza jauh.

Pernah ada sekali itu, pada bulan Ogos yang lalu, saya terima tempahan make up family Keturunan Megat Terawis di Ipoh. Minta saya mekapkan 4 orang anak beranak. Simple make up sebagai tuan rumah. Saya mintak RM300 sahaja. Tapi, PA mereka mohon aku bagi diskaun kerana aku telah diberikan tempat penginapan. Terus aku kata "OK....I amik RM200 sahaja,". TERUS DEAL!!

Boleh jer kita bagi diskaun...tapi masalahnya. Cakaplah. Jangan terus diam dan buat deal dengan orang lain. Sedih tau. Kami ni bukan macam Nurul Shukor. Sekali make up, cukup gaji seorang kerani di jabatan awam termasuk elaun. Atau kalau nak cancel, its ok. Cakap jer dengan kita, SMS, email atau phone, explain kat kita macam mana. So kita boleh free kan tentative tempahan dan menerima tempahan yang lain.

Ada jer customer saya, dia mula-mula nak sangat amik kita. Tapi bila tengok-tengok bajet, lebih prektikel dia amik secara pakej dengan bridal house tempat dia amik sewa baju. Dia call and explain kat aku. Rasa macam lega sangat sebab dia hormati kita dan explain dengan kita macam tu. Kalau boleh bagi markah bintang macam kat sekolah dulu, aku bagi 10 bintang kat customer ni!!!

Yelah, kita pun faham lah. Kita nak kawen ini, mesti nak yang terbaik dan paling hampir sempurna sebab yang terindah ini akan datang sekali sahaja dalam hidup kita. Tapi kita kena ingat, yang terbaik ini datangnya dari Allah walaupun sekuat mana usaha dan kegigihan kita.

Aku rasa itu sahaja yang nak aku luahkan pada ampa semua. Thanks sebab sudi baca. Aku berdoa agar semua cabaran seperti ini tidak mematahkan semangat aku sebagai pengusaha kecil. Dan untuk kawan-kawan aku yang lain, yang juga gigih berusaha dengan business masing-masing agar tidak putus asa dan teruskan perjuangan.

MAY THE FORCE BE WITH YOU.


Ucapan juga untuk semua customer saya sebelum ini!! You all semua the best!! Nadiah Azmi dengan peta lukisan petannya yang comels. Madihah Hassan yang sanggup bagi katil pengantin beliau untuk aku mentidurkan diri. Dahlah wangi....ada aircond plaks tu. Kak Na Pembangunan yang sudi membawak aku dan Mizi ke Langkawi. Haslinda Yusope yang bawak saya ronda-ronda rombongan Cik Kiah sampai ke ROMPIN dan NILAI. Salwani Jaapar yang import saya sampai ke Segamat!! HUHUH...dapat honey honey dengan Zaza. Dan semua-semua la....Thanks sangat. Kalau tak sebut, jangan risau. U olls tetap dalam hati ku. Doa korang semua cepat-cepat dapat baby macam Intan Suraya Bukhori!! HAHAHHAHA

ps/ JANGAN PATAH SEMANGAT!!

7 comments:

  1. cian jumie.. kakmona rasa lepas ni kena cakap kat client.. confirmkan seminggu sebelom tarikh nak mekap tu.. rugi ja deal ngan org camnih!

    ReplyDelete
  2. hahahhaha...ko mmg nk kene jumie!hahahhahaha


    ape yg penting! men badminton sblm tido.haha

    ReplyDelete
  3. jumie. business tip : ask for deposit. at least 5/10% prior accepting the job. that way, adalah win win situation sket. u have to choose your customer now. those yang pay..they are very keen to use your service and tak banyak haprak. ;-) think bout it.

    ReplyDelete
  4. jumie... asam garam dunia bisnes... sabar yer??

    lenkali letak terma dan syarat, bayaran tempahan kena buat seminggu sebelum. cancellation kita amek 40%.

    ha macam tu...

    ReplyDelete
  5. come dear be patient okey!!

    u're great women!!chai yok2x!!!

    ReplyDelete
  6. Thanks u olls for reading this. Memang mangkak betui apabila manusia yang terasa gila dengan luahan ini akhirnya menjawab dan mengemail saya dengan rasa sungguh tak puas hati.

    Sendiri salah sendiri bengang.

    Malas nak layan, i guess thanks and wishes of all the best things in the world for her will be the greatest gift for her.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...