14.8.09

M.A.C betui dan M.A.C tipu

Ramai yang suka mentanya kepada saya. Macam mana nak tau M.A.C tu betui ka timipumu. Oleh itu saya nak kongsi sikit apa yang saya tau untuk kesejahteraan semua.

Saya akan tunjukkan satu contoh barang M.A.C iaitu blusher.

Kalau nak make sure original, yang pertama of course make sure beli kat butik M.A.C yang hanya ada 10 bijik ja kat Malaysia ini.

Kat area utara hanya ada satu sahaja iaitu di Gurney, Pulau Pinang. So, orang Kedah, Perlis, Ipoh semua serbu butik M.A.C Gurney. Dah la kecit dan selalu abih stok colour.

Baiklah, ini adalah contoh M.A.C blusher yang ori.

Ni gambak kot depan.
Di gambak kut belakang. Nampak tak ada no siri dan cop-cop lain yang ditorek kat bekas itu sendiri. Pastu mesti ada nama tajuk untuk warna itu. Macam contoh, yang ni tajuk dia Hand Finish.



Ini contoh yang masa campaign Hello Kiity. Kot depan memang nampak meletop.
Tapi kot belakang kita boleh tengok beza. Dia takdak tajuk dan jugak cop yang toreh-toreh tu. Pastu no 08. Mana ada blusher M.A.C nama 08.

Tapi apa pun, pada pendapat aku ori atau tak barang make up itu tengok pada kulit kita la jugak. Setengah tu memang aku pernah jumpa, dia punya kulit tak boleh kena barang make up lain, elergik katanya. Nak kena pakai MAC ja. Huiyyo....aku tak tau kulit dia diimport dari mana.

Tapi untuk orang yang kulit tebai macam kita ni, tak pa ja aku rasa. Original ke tak original ka, yang penting, pastikan berus atau applicator alat solek kamu sentiasa bersih. And pastikan pas make up, cuci muka tu bersih-bersih. Jangan tinggal sepalit pun sebelum masuk tidor.

Itu ja........sekian. Mohon sembah ratu kepada Ratu -ratu ku. Kak Nurul. Ayang. Valshuq. And Amy Janz. Kalau salah tolong cubit cek.


ps/ BIARLAH BARANG MAKE UP PELASU...JANGAN HATI PELASU....Aiyo....ver ver sangat!!

4 comments:

  1. oo bru aku tau jumie..aku pon slalu konpius sbb yg ciplak 2 mmg rupe sbijik cm yg orinyee..

    ReplyDelete
  2. tk pernah pun pakai make up dr mac ne..guna maybelline or silkygirl je..hehehe

    ReplyDelete
  3. haha.. aku adalah pembekal MAC tipu skunk weh
    klu berminat bgtau la eah
    tp kualiti okey la
    ko p kat sini
    http://prettygurlneeded.blogspot.com/

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...