Layan cerita hantu dengan anak-anak menakan

Pada malam raya, semua adik beradik aku telah berkumpul di rumah kami di Air Itam. Tahun ni best...sebab semuanya CONFIRM first day raya kat rumah kami!!

So, sedar tak sedar. Ampa tau tak lani, aku dah ada 6 anak buah. Aiyoo....Farhan, Hanna, Sarra, Daniel, Adam and Umar. Tahun depan, Cakcing pun dah nak kawen. Lagila dia pun akan beranak dan membuatkan bajet duit raya aku makin bertambah lah saban hari.

Tapi takpa....seronot tau ada ramai anak menakan. Semua macam-macam perangai. Tapi semua anak menakan aku ni lawak. Aku suka layan depa. Walaupun aku makcik yang paling garang.

Ok, duk beletiak apa punya panjang.

Aku nak cerita kisah aku layan bercerita hantu dengan anak-anak menakan aku. Masa tu, Cakcing sedang seronok mengemas rumah. Aku ni biasala...propa macam meroyan sedih sebab janda kan...so tak berapa nak bersemangat nak kemas rumah. Propa ja...padahal pemalaih!!

So, aku pun mengumpulkan tiga anak menakan aku.

Hanna, 7 tahun. Cita-cita nak jadi pemenang pertandingan mengeja macam yang dalam TV tu.
Sarra, 3 tahun. Dulu dia pendiam. Tapi lani dia dah cakap banyak and pandai posing dalam camera.

Adam, 3 tahun. Muka jambu!! Bakal menjadi rebutan Cik Gayah pada tahun 2018 nanti.

Setelah mengumpulkan mereka, so aku pun macam memberikan cadangan.

"Ok...jom kita main cerita hantu nak? Sapa nak cerita dulu," Wah...depa semua excited. Terus mai duk dekat-dekat dengan aku.

"Hanna nak cerita dulu, " kata Hanna dengan penuh yakin. So aku pun suruh dia start cerita dulu.

"Cerita Hanna bertajuk Perpustakaan Yang Berpuaka," HAHAHAHAHAH...Aku gelak gila dengar tajuk dia. Memang sah anak menakan aku ni memang ulat buku. Memang dia suka baca buku. Dari kecik, kalau bawak p supermarket, dia bukan menangis nak beli mainan. Tapi menangis nak suruh beli buku. Dia kalau baca buku tu, satu hari...dia boleh hafal semua ayat dalam buku tu. Memang terang hati dia u olls. Kakak aku kata, masa mengandung dia rajin mengaji surah Maryam malam malam. Aiyo....Hanna...takpa...kalau ang terlebih nerd nanti. Aku akan selamatkan ang. Jangan la nerd sangat ok. Nanti orang pelik pulak, awat hang tak hot macam makcik hang kan??

"Pada suatu hari, Hanna pi perpustakaan. Pastu Hanna pun baca satu buku. Pastu, Hanna carik maklumat dalam buku tu. Tapi takdak. Hanna pun tinggal la buku tu kat atas meja...Pastu Hanna pi la carik buku lain. Pastu bila Hanna mai balik. Buku tadi dah hilang..............!!! Hanna terkejut la...mana buku tu pergi? Mesti buku tu boleh terbang..." cerita Hanna dengan tangan-tangan dia. Muka dia kunon buat macam risau la...buku tadi hilang kan.

Pastu tiba-tiba si Sarra emo pulak "Ala....cerita ni takut la...Sarra takutt," HAHAHAHAHA....dia muka nak nangis dah.

"Takla...jangan takut....sebenarnya, buku tu tak hilang. Tapi buku tu pustakawan ambil dan letak balik kat rak buku,"

HAHAHAHAHAHAHAHHAHAH......Ampa rasa kalau ampa menjadi aku pada waktu itu, apa ampa nak buat??

Pastu aku pun kata...."Ok.....lain kali Hanna lepas baca buku kat perpustakaan. Kalau dah tak mau baca buku tu...Hanna pi susun balik kat rak buku ok. Ok....sapa pulak nak cerita?"

Terus Sarra yang tadi propa macam nak nangis terus bangun excited nak cerita kat aku.

"Sarra nak cerita...masa Sarra nak naik lift nak naik ataii....pastu Sarra tekan lift tu...pastu lift tu bunyi....tik tok tik tok tik tok.......Sarra pun takut....pastu kan....bila pintu lift tu bukak...sekali dalam lift tu ada jam!!"

Aku pun macam ...............................................................)(&(&^&^$&^%*(U&)(+_)|+_(&**&%^%##$@....hahahahaha....Ni cerita hantu ka cerita lawak ni???

Pastu....kami semua pun tengok kat Adam...tinggal dia sorang tak cerita lagi.

"Ok...Adam punya turn nak cerita pulak,"

Takdak tajuk, takdak pendahuluan, takdak ucapan...tiba tiba....Adam terus masuk macam ni...

"Pastu kan...dia kan....pastu kan....dia kan......pastu.....diaaa..." suara Adam makin kecik dan perlahan sambil muka dia yang sangat comels jambu itu.

"Hang ni ada cerita ka tak?" Hanna terus mengherdik sepupunya dengan penuh gengster.

"Adam takder ceriter laaa," jawab Adam dengan sleng KLs beliau.

So, itu sajalah cerita hantu untuk ampa semua.

Sekian, terima kasih.

ps/ Nanti aku nak forward idea ni kat Mamat Khalid!!

Kenapa panggil aku janda?

Lawak tau....Kak Ulie (kakak aku yang sulong) telah mengkata bahawa ramai kawan dia telah mentanya kat dia. Awat Jumie dah janda....dia dah kawen ka?

Kakak aku dengan muka bara malas menjawab soalan kawan-kawan dia yang selalu berinteraksi dengan aku dalam Facebook. HAHAHAHAH....

Perlu ka nak cerita lagi kan?? I olls bersyukur sangat...akhirnya...aku dah tau semua kebenaranya. Amin. Aku dah boleh hidup dengan tenang ni. Tak mau ingat lagi dah. Mulai hari ni....

SAPA YANG DUK TANYA KAT AKU LAGI PASAI ZAZA DAN DUK BUAT AYAT AYAT KESIAN KAT AKU.......AMPA AKAN MENERIMA SEMUA HAMPER BERISIKAN AIR LIOK AKU SERTA CERCAAN BERTUBI TUBI HINNGA AMPA SEMUA KENA KANSER TELINGA.

Bukan senang nak lupa ni u ollls!! Penat tau i olls berdoa menangis semua....siap buat nazar semua. Lani i olls dah mulakan idup baru. Aku sayang ampa semua...sayang sangat. Ampa semua ada dengan aku walaupun masa aku sedih dan happy. Aku tak mau hampakan ampa semua k.

Oleh itu, terimalah sebuah video clip untuk tatapan ampa semua. Aku duk prektis nyanyi lagu ni hari hari...hahahahahah...bayangkan?



Hidup kena happy ...jangan propa.

And Im back again

Sat ja rasa masa ni berjalan. Dah abih kita meninggalkan bulan Ramadhan. And now dah pun raya ke berapa haribulan pun aku tak tau dah. Rasa macam nak cuti ja lagi...tapi kalau cuti lama-lama pun tanpa penjadualan yang tetap akan menyemakkan kepala otak aku ni.

Anyway, saya ingin mengucapkan selamat datang kepada kalian pembaca blog ku. Mesti sure ramai ampa semuapun baru start kerja hari ni kan? Samala aku pun.

Mesti macam-macam pengalaman pahit manis beraya kan u olls? Sama la dengan i olls ni, setelah bergelar janda rasa memang tak semangat tau. Banyak dugaan u olls. Sampai anak menakan aku yang nak masuk form pun tanya "Awat Mok tahun ni raya sederhana ja?"

Aku pun menjawab dengan tenang "Mok kan baru menjanda...sekarang ni dalam tempoh edah lagi," Kakak aku semua gelak. At least, dengan cara menggelakkan kisah-kisah silam ini. Aku takdak la macam sasau sangat kan.

Hari ini jugak, u olls telah menatap blog i olls dengan wajah baru ok. Statement kat atas pun i olls dah ubah......kalau sapa yang perasan dia tau laa....

Setiausaha, blogger tegar, kak andam, gossip girl, DIVA pencen, janda hot serta watak-watak lain dalam hidupnya sebagai JUMIE SAMSUDIN.
So, hari ini. Isnin...i olls tak mau cita apa-apa sangat lagi. U olls tunggu la post-post yang akan menyusul esok -esoknya...macam biasa la. Satu hari satu cerita kan.

Sebelum mengundurkan diri aku, aku sertakan gambar aku dan family pada hari raya pertama...untuk tatapan ampa semua.


Kalau nak tengok gambak-gambak lain...u olls kena tengok kat Facebook la ok!

MUAXXX!!

Video Clip Hari Raya Paling Meletop

Assalamualaikum u olls semua,

Hari ini i olls nak share dengan u olls semua, video clip hari raya yang paling meletop. Tak buleh tengok kat Astro Ria, HBO apatah lagi RTM.

Video ini adalah hasil karya dua saudari ku yang tercinta, Abang COCO and Azs Glenn. Thanks u olls di atas video yang menceriakan hati i olls ini.

I rasa semangat nak raya!!!

Anyway again...u olls semua....selamat menonton video ini!! I love u ollssssssss!!!




ps/ Thanks abang Coco and Azs. U guys made my day.

'Jumie...ratu kitaaa"

Salam Aidilfitri from Cik Jumie Samsudin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri buat semua pembaca jumiejumie.blogspot.com walau di mana u olls berada.

Saya memohon ampun dan maaf zahir dan batin untuk semua. Sepanjang penulisan saya ini, ada yang termakan hati dan jantung. Saya mohon ampun dan maaf. Kalau nak benci kat i olls sampai bila-bila pun takpa la u olls. Nak buat macam mana. Kiter semua manusia.

Semoga anda semua selamat di jalan raya, dan juga di meja makan. Banyak kemalangan boleh berlaku walau di mana anda berada.

Kalau tengah happy berhari raya tu. Ingat-ingatlah pada orang yang memerlukan seperti anak-anak yatim, orang asli, ibu-ibu tunggal, janda-janda, orang-orang tua di rumah orang tua serta umat Islam di seluruh dunia yang sedang mengalami pelbagai bencana perang dan gempa bumi.

Saya mendoakan kalian semua jangan makan banyak sampai tertambah berat badan. Nanti tak cantik nak amik gambar letak dalam Facebook.

Sekian saja...

See u olls after raya HOLIDAY with more story and gossips and excitement!!

LV,
Jumie Samsudin

[JOM GUMUK BERSAMA JUMIE SAMSUDIN] Swensen's Time Square Penang

Kali ini i olls nak bagitau u olls tentang tempat makan yang best. Tempat ini bertajuk Swensens. Terletak di Times Square Penang yang dah lama bukak tapi takdak kedai lagi.

Sat nak tukak topik, ampa tau tak Times Square ni besak gila. Tapi takdak banyak kedai lagi. Pastu kan, sebab takdak orang. Aircond dia sejuk gila. Boleh kuak ais kat hidung.

Kalau kita nak mai sini, boleh parking kat tepi tepi jalan tu. Atau parking dalam Times Square tu. Tapi nak naik punya la pening.

Ok berbalik pada cerita Swensens. Swensens ni popular sebab aiskrim. Memang besh....Ada macam-macam flavor u olls. Meriah.

Makin gumuk la i olls...OH TIDAK!!
Tapi kat restaurant dia bukan ada aiskrim ja. Tapi dia ada serve makan-makan jugak. Makanan barat u olls. Ada pastas, ayam, steak, soup, salad, macaroni...and macam -macam lagi.

Harga pulak dari RM20-RM40 untuk satu dish. Tapi kalau u olls nak buffet pun boleh. Harga dia seperti kat gambak ni.

So inilah antara makanan yang aku dan fam aku makan masa berbuka kat sini last week.


Mac and Cheese
Chicken BBQ
Breaded Chicken Meunieri
Strawberry Super Soda
Rodeo Wings
BBQ Mushroom Chicken Burger

Ini pulak desertnya u olls.

Banana Split
Firehouse Birthday Party
Ok u olls. Dah tengok kan? Terliok kan? HAHAHA...

For more info, please visit Swensens Penang Official Website.

Click kat sini u olls :


Kalau makan ais krim banyak...u olls akan mabuk macam ni!!

[Jom Gumuk Bersama Cik Jumie] Berbuka di Revolving, City Bayview Hotel Penang

Pada hari itu saya dan rakan-rakan telah memergi buka puasa kat Revolving Restaurant di Hotel City Bayview Penang. Aku, Jiejah, Nadea, Kema and also Amed Miziko. Jiejah la duk excited sangat. HAHAHA...dia kata tempat ni best. Tahun lepas depa mai sini. Meriah u ollls. Makan semua sedap.

So kami pun memergi la hari tu. Seronot la u olls. Sebab bila naik kat dalam Revolving tu tengok permandangan Penang di kala malam yang sungguh cantik.

Tapi food choices yang disajikan nak dibandingkan dengan harga per head macam tak berbaloi la u olls. [RM 58.20 per head]

Masakan dia biasa biasa jer. Tak banyak choice. Sorryla i tak bangun p amik amik gambar makanan dia u olls. Seganla....kat hotel kan. HAHAHA....

Nasik ada dua macam iaitu nasik tomato and nasik putih. Pastu lauk pauk yang biasa la kat hotel kan, ayam, daging, kambing, ikan, sotong...bla bla bla.

Aku suka dia punya Grilled Lamb Chop. Aku adalah peminat kambing yang setia.

Salad pun tak banyak choices. Takdak pun daun-daun mahai. Semua daun biasa biasa ja.

Tapi apa pun, kami still have fun. Perut pun kenyang jugak la.


Ada band ni dari Thailand. Sedap depa nyanyi. Tapi depa nyanyi satu session ja. Pastu depa turun sambung kat lobi.



Sapa belanja u olls? HAHAHA...Kema tolong jawab. Aku tak bersalah.

Eksiden di Malam Merdeka

U olls. Sorryla cerita ni dah lama. Tapi aku baru nak kongsi kat sini u olls.

Pada malam Merdeka yang lampau, pukul 11.30pm saya dan anak ayam saya telah pergi meronda ronda di waktu malam. Mencari sumber inspirasi di malam Merdeka..katanya.

Kami ronda dengan Dorrie aku dari Padang Kota, Upper Penang Road, Chulia Street, Gurney, Sungai Pinang, Jelutong, Queensbay sampai la Bayan Lepas.

Memang takdak kerja kan?

Pastu masa kami lalu kat Sungai Nibong iaitu di depan area Tapak Pesta. Ada kemalangan yang berlaku.

Horror u olls. Kereta terbalik. Masa kami sampai BOMBA and ambulance pun baru sampai. Aku pun dengan Taq apa lagi. Membuat best dan turun mengambil gambar.

Cewah...aku kira pakai camera canggih kan. Semua duk mai amik gambak pakai HP ja. Pastu ada yang duk tanya "U ni dari paper mana?"

HAHAHA...aku kata "Saya freelance. Nanti saya jual la gambar ni kat paper,"

Boleh macam tu.

So inilah gambar-gambarnya u olls. Jangan risau takder darah-darah apa pun. Sebab kalau ada darah atau otak tekeluak ka apa ka...aku yang pengsan dulu. Pastu ambulance akan angkut aku sekali.
















Ini Taq yang gila glamer.

ps/ Best ada camera besak!! Walaupun tak tau pakai sangat. Tapi orang tengok mesti depa kata....pro! hahahaha

Nak hantar kad raya kat saya?

HEHEHEHEHEH

Dengan tak malunya, saya nak bagitau kepada anda yang nak antar kat raya kat saya. Sila alamatkan di:

Cik Jumie Samsudin
School of Social Sciences
Universiti Sains Malaysia
11800 Pulau Pinang

Sekian, terima kasih.

ps/ balasan adalah pasti.

[Kisah Lawak di Bulan Ramadhan] Perisa durian takdak ka?


Pada bulan puasa yang barakah ini, saya sentiasa peka pada kehendak bapak kesayangan saya iaitu Abang Manap. Saya selalu membeli beliau kek kerana beliau suka makan kek lepas berbuka puasa. Actually, memang dari dulu lagi, Abang Manap suka makan benda manis. Dan kek adalah salah satu daripadanya.

Ampa nak tau kalau, Abang Manap kalau makan kek....dia siap tabok susu pekat manis Cap Junjung kot ataih. Baru surr.....Kalau ampa bawak kek yang tak maneh. Dia akan kata, "Kek ni tak sedap...tak cukup maneh," so u olls semua sapa nak jadi menantu Abang Manap kena la tau ok.

Selain kek, beliau juga suka memakan aiskrim. Dan sebagai anak yang prihatin, saya pun menuruti kehendak bapak saya maka dengan cekal hati balik kerja singgah la Tesco untuk membeli aiskrim untuk bapak saya.

Saya pun terkenang zaman dulu-dulu masa kecik-kecik, apa sahaja makanan saya mintak mesti bapak saya akan turuti. Tengok la bentuk badan saya sekarang ini. Menakjubkan kan? KFC seminggu sekali ok. Kat KOMTAR tingkat 3. Kami nanti naik motor dorang, parking kat Gama.
So, i olls ingat jasa itu. Walaupun abang Manap suka membuat onar dengan memarah aku tak tentu pasal kat rumah.

Ok, berbalik pada cerita tadi. Maka saya pun membeli aiskrim yang berkualiti tinggi kepada bapak sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga. Saya mempilih jenama HAAGEN DAZ u olls. Waa.......pasti abang Manap akan suka.

Malam itu, selepas dah rehat berbuka semua. Aku pun menghidangkan sebaldi kecik Haagen Daz kepada bapak. Aku pilih perisa yang sungguh mewah. Something chocolate. Chocolate Chocolate Chip ok.

Bapak aku pun memakan dengan menyenduk ke dalam carton itu.

Pastu dah makan lama dah...i olls pun tanya la "Bapak, sedap tak aiskrim,"

Ampa tau tak bapak aku kata apa??

"Eskrem apa ni....rasa durian takdak ka?"

Sabak ja la........kasihnya ayah membawa ke syurga ok!!!

Berjalan-jalan ke Uptown Sungai Petani

Lepas makan kenduri Ms. Usharani, our first Indian bride. Aku, Cakcing and Zam terus chalo ke Sungai Petani. Dari Butterworth drive 20 minit dah sampai. Zam drive Dorrie aku macam pelesit.

Lokasi SP Uptown ini adalah di tengah tengah Pekan Sungai Petani. Cari menara jam yang tinggi tu, haaa....kat situla duk ada. So u ols boleh la parking kat tepi-tepi jalan tu. Its ok. Selamat.


Tak macam uptown di KL, kat SP Uptown dia bukak awai. 8.00pm dah ada.

Macam-macam ada. Baju raya. Baju tak raya. Dan macam - macam lagi. Tapi memang murah la choices kat sini. Baju raya yang siap punya, cantik cantik design dia. Harga pun murah. Untuk lelaki dan jantan-jantan, jeans and T Shirt kat sini murah -murah and eloks-eloks u olls. Macam kata, T Shirt POLO kat Penang selalu RM60 lebih, kat sini RM30 jer u olls. Boleh tawar lagi ok.

Aku dan Cakcing masa tu kan baru balik dari dinner, so dress ala -ala red carpet la. Atau dalam erti kata lain...overdress u olls. HAHAHA...tapi takpalaa...rasa macam HOT sangat. HAHAHAH

Tapi kami tak tahan la, duk pakai kasut tinggi kot! Kami beli sliper.

Puas hati u olls!! So i olls akan cerita lebih panjang pada gambar-gambar ini.



U olls jangan terkejut tau dengan patung-patung depa hias ni. Gila menakutkan dan lawak. HAHAHA
Ini anak menakan aku panggil T Shirt Indi. Sebab dia akan letak tulisan ayat-ayat yang membawa mesej ironi kehidupan.
Aku bersama tukang pegang beg shopping i ols. HAHHA...Zam jangan marah ye.
Mencari T Shirt yang lawa-lawa.


Minyak atar pun ada u olls.

Ini makcik dari Cambodia. Kami sembang panjang. Dia bagi aku diskaun best punya. Dia bagi number. Nanti nak p Cambodia tahun depan. Beliau kata, datanglah ke rumah beliau. Meletops u olls.



Cakcing sebok mencari tudung. Murah-murah kat sini. Ada yang sampai RM5 sahaja! Gila betui.I ols duk cuci mata mentengok baju-baju raya. Banyak yang lawa-lawa u olls.

Depa dorang ni gatai....Aku akhirnya dapat jugak carik topi ni!! Rm15 ja!!
Hasilnya..lebuk la jugak dalam RM100.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...