10.9.09

090909

Aku tak tau bagaimana nak mulakan cerita hari ini. Tapi aku mohon secebis masa dari kalian semua untuk membaca apa yang ingin aku kongsi bersama.

Tarikh ini merupakan tarikh yang amat istimewa untuk semua orang. Satu hari kat Facebook semua orang duk tulis 090909.....Kat China ramai orang kawen sebab amik ong tarikh ni. Yang paling lawak, ada sorang kawan aku bernama Ezz. Dia YM aku,

"Jumie...malam ni hang pakai kelumbung,"

"Awat?"

"Malam ni ialah khiamat,"

Gila sungguh kawan aku itu. Memang dia sangat celaka kan. Mentakut takutkan aku dengan bidaah seperti itu.

So, bukan cerita itu yang aku nak ceritakan. Tapi apa yang aku nak sampaikan ni, bukan untuk meraih simpati, tapi sebab aku tau ampa semua yang rajin baca blog ni dah bersama-sama aku ketika up and down. Sama-sama kita gelak and sama-sama kita menangis. Dan sebagai artist (HAHAHAHAHA), aku rasa aku kena bagitau benda ni, so that aku tak payah lah nak kena ulang cerita ni 2655313 kali kan!! Aku sayang semua orang, dan semua orang sayang aku. Dan sebab tu aku rasa, apa yang aku tulis ni, ampa baca, and aku mintak sangat u olls semua jangan tanya apa- apa lagi dengan aku.

(STILL AKU TAK TAU MACAM MANA NAK MULAKAN)

Ampa ingat kan haritu aku cerita yang aku dengan Zaza macam dalam rocky situation. Macam sangat duk bergadoh dan dia membuat statement kalah mati iaitu "Saya tak happy dengan awak,".

Mengulas ringkas tentang kejadian lampau itu, apabila beliau berkata demikian, actually aku telah memintak putus. Dua hari aku mendiamkan diri dari beliau. Dia SMS and called aku tapi tidak aku endahkan. Tetapi aku telah mendapatkan bantuan daripada Ajeeb Make Up yang menolong aku mengarang ayat-ayat AHADIAT AKASHA yang aku muatkan dalam SMS kepada Zaza seperti "Biarkan saya pergi daripada awak tinggalkan saya,".

Cewah...konon aku mintak cerai la time tu dengan Zaza. Tapi memang betui pun. Aku down sangat. Aku mintak kat Dr. Normee nak balik rumah sebab i couldnt be in the office. I was crying like horse (ada ka mengangih maca kuda?). And En Zolkifli Yaakob tolong aku hantar Chin Chin balik sebab aku dah lembek gila takdak semangat.

So, masa tu aku ingat aku dah akan hilang Zaza la.

Tapi dia pujuk aku. Dia kata "Saya rasa kosong bila bersama awak, tapi bila awak takdak saya rasa sangat sunyi,". Ermp....aku macam keliru jugak. And dia bagitau aku lagi, dia perlukan masa untuk dia pikir kenapa dia rasa macam ni.

Sejak itu, aku mula berhati-hati. Seperti yang aku bagitau dalam blog aku haritu, yang berbunyi, "I hope pasni kalau dia kata dia tak happy kat aku lagi, aku tidak memFREAK OUT dan dengan selambanya berkata "U are not Happy With Yourself....not with me".

(STILL AKU TAK TAU MACAM MANA NAK MULAKAN)

Aiyoo....sadis u olls.

Rentetan cerita aku.

Aku duk cuba discuss Zaza tentang trip aku ke KL on October 2009 sebab ada gathering dengan kawan kawan kat sana. So aku duk discuss la, dia free ka. Tapi dia macam mengelak. Malaih nak bincang.

Aku sentap la. Aku kata hang pasai pa?

Pastu dia pun mulai SMS aku dengan perkara-perkara yang aku rasa akan dia ungkapkan tapi tak tau bila.

"Saya bukan terbaik untuk awak, awak cariklah orang lain,"

Pergh.....tapi babe!! Aku bagitau kat ampa....masa dia cakap ni...aku tak nangis and freak out macam dulu.

What he was trying to say is that, dia rasa dia dah terlalu jahat sekarang. Dia dah banyak mungkir janji dengan aku. Dia dah tak jujur dengan aku. Dia rasa aku ni boleh pergi jauh tanpa dia. And now dia nak aku pergi.

In his explanation, dia kata he dont deserve me. Dia kata aku ada career (HOTAK) and cita cita besar (ANGAN ANGAN KOSONG) yang sangat tinggi. Dia tak mau jadi penghalang kejayaan aku.

He did mention about him going back to the OLD SHAHRIL, and not being the ZAZA i love all this years.

Dan yang paling menyakitkan hati dia kata, actually dia dah mula tak jujur dengan aku sejak Januari 2009! WOW....menakjubkan!!!

AT THAT POINT -Aku letak phone. Aku called Rusdi. And masa tu baru aku menangih macam gila! Memang masa tu a part of me is so bengkek!! A part of me is SO PISSED OFF to my ownself. And a part of me rasa macam FRUST nak MAMPOIH!! Tapi, thanks RUSDI. Aku kuat balik pas cakap dengan hang.

Then, aku called Zaza balik.

And aku tanya dia "Betui awak nak kita berpisah?"

Dia kata , "Ya...better kita putus,"

So.....aku rasa di situ jam 11.40pm 9 September 2009, berakhirlah 1 tahun, 4 bulan dan tiga minggu kami berkawan, nampaknya jodoh kami sampai setakat ini sahaja. Kami dah buat keputusan putuskan hubungan ini atas rasional yang ada.

Tapi ada beberapa benda yang dia cakap kat aku la dan ini apa yang aku jawab :

Zaza : B mintak maaf dengan sayang. Sebab tak boleh bagi sayang kebahagiaan.
Jumie : Actually, B salah. B memang dah bagi kebahagiaan tu kat sayang. Cuma hari ni B amik balik.

And the rest. Is history.

So, aku tak delete apa apa saja article tentang kami dalam blog aku ni. Sebab its still a part of my life dan aku dah considered benda ni sangat sejarah. So aku harap kalian semua pun.....rasa apa aku rasa.

And please dont ask me why.

For me Ive done my best for this relationship. So, tiada maknanya lagi kalau aku sorang yang nak berperahu kan?

Aku bersyukur sebab dalam keadaan ini aku ada ramai kawan yang sudi YM aku, SMS aku, and called aku malam-malam buta bila depa tau cerita ni. Wa...sungguh cepat berita ini tersebar. Tak sampai 1 jam aku memputuskan diri. Thanks semua..........hanya Allah yang boleh balas barakah ampa malam ni yang bagi aku semangat di bulan puasa.

Aku bersyukur sebab dalam bulan yang penuh barakah ini, kerana kuat sangat berkebun Farmville, Allah menduga aku dengan memberi satu dugaan yang sungguh besar untuk aku hadapinya. Tapi selagi kita rasa kita kuat, sebenarnya lagi kuat cabaran yang dihadapi.

Aku bersyukur dan berterima kasih sebab Zaza bagitau aku semua ini sekarang daripada bagitau aku esok-esoknya.

Aku akui memang aku sedih bangat ni memikirkan saat saat indah yang kami lalui berakhir begitu saja dalam telefon. Takdak cara lain dalam dunia ini yang lebih sadis kah? So, aku harap sangat jangan la u olls membuatkan aku rasa sedih lagi dengan mentanya soalan-soalan cepu perak yang menusuk kalbu. Cukup sampai di sini saja.

Last but not least, thanks untuk semua yang support hubungan kami from the beginning....hehehe...ingat lagi macma mana semua excited nak baca report BERTEMU MAMA MERTUA. Walau sekejab saja, tapi happy sangat sebab benda ni kita semua dapat share bersama. Dah la...tak mau ingat lagi.

Aku dah tak menangis lagi. Thanks to TAQ yang sudi kerabat moto malam-malam mai teman aku nangih depan rumah sampai 3am sampai aku puaih!!

AKU TAK MAU MENANGIS LAGI!!

Sekian,
Jumie The New Janda Hot Takdak Anak

23 comments:

  1. xpa!life must go on!kt cr boipren baru esOk!!!

    ReplyDelete
  2. let bygones be bygones yep?
    life must go on...

    mana tau leh dapat better than diz...baru je bace tadi...sadis jugak...

    its ok to be sad...tapi jangan lama2...ehheh...

    ReplyDelete
  3. kak jumie byk2 kan bersabar yer..klu seekor kumbang yang pergi pasti masih banyak yang akan datang kat kak jumie..chayok2...

    ReplyDelete
  4. sugar cloud: hi jumie, just read ur post. mmg u ni seorang yg sangat berani and mantap! me likey!! it is sad to let go of certain things but things happened for a reason and challenges and obstacles is a way from the God to make us a BETTER, STRONGER person in future. i'm proud of you to have such courage to post such moivng entry. hope u have speedy recovery from the swollen eyes

    ReplyDelete
  5. thanks u olls semua....keeep on commenting...u guys keep me stronger....

    ReplyDelete
  6. jumie be strong!! u can do it!! whatever is happen life must go on..chai yok2x!!


    idup miss jumie!!

    ReplyDelete
  7. cik jumie yang vouge lagi da vass.. dun worry my dear... pergi 1 tak bermakna yg len xkan mai... Jumie masih muda.. bergetah.. mantop... tek besaq.. oppss!! hahhahaa!!
    cheer up k darling!!
    namo sedey2! nanti ilang vouge!!
    Ade ape2 nak share.. cek lala sudi mendengar ok bebeh!!
    muah! muah! muah!

    ReplyDelete
  8. JUMIEEEEE, My Juboq Suweetttt. Hang tau tak aku mimpi hang semlam. Kiter pi bercuti di salah satu pulau terpencil di dunia bersama-sama. Dalam mimpi aku tu, Nawal and Andy pun ader. But yang paling beshh, ada marka-marka yang hensem tahap dewa pun join kiter sekali. Itu adalah petanda baik hang tau tak.
    Nway, 'bout ur past relationship yang terkopak di tengah jalan mati tu tak usah lah ditangisi.
    Lagipun Allah tu Maha Mengetahui. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik yang Dia tunjukkan kat hang untuk mendapat yang lebih baik dari apa yang hang ader sekarang.
    Mana tau anak raja Gunung Daik Bercabang Lapan datang meminang hang. Wahhh !!!. Jangan men men.
    Apa yang aku tau, aper2 yang terjadi semasa bulan Ramadhan ini adalah satu rahmat dan kebahagiaan yang Allah turunkan kepada kiter. Jangan anggap itu satu keburukkan. Kalau Kita mohon kesabaran dan kebahagiaan daripadaNYA, Allah takkan bagi camtu jer. Dia pasti bagi kiter peluang-peluang and jalan-jalan untuk kiter mencapai kesabaran dan kebahagiaan itu. Haa tak gitew ( ini semua pengaruh Kak Senduk. Terikut-ikut ak. Bebas )
    Tabahkan hati and enjoy your life beb.
    It's not end of the world kan ko clash ngan dier.
    Don't end your happiness but mend it double time. Cewahh
    Amacam !
    Have Fun Beb. I wish I could be there as your crying shoulder.

    tapi tak per kat sini pun kelasss aper.

    tak gitew

    ReplyDelete
  9. cayoklaa ngn hang jumie..tp yg xleh blaa stetmen hang..berkat rjin berkebon d farmville..hahaha..wtver..b strong k

    ReplyDelete
  10. sabar la non....kami ada sokong hang

    aku dh add hang..kt blog..

    aku yg ke-100

    ReplyDelete
  11. Jumieeee..
    be strong babe!!!
    Ingat..setiap yg berlaku itu ada hikmahnya...

    ReplyDelete
  12. be strong sayng..
    erm..life must go on...

    ReplyDelete
  13. Jumie..agk tekejot aku bce entry kali ni. ape pun..kuatkan smgt..byk kan besabar...

    Mgkin ade hikmahnye di sebalik keberkatan Ramadhan..

    ReplyDelete
  14. i'm so sorry xdapat catch up ur latest news...i'm quite BZ lately...apapun rai akan selalu doakan kebahgiaan akak...we always support n love u....(byk lg lelaki y baik for u sis)

    ReplyDelete
  15. Jumie,

    Bila hang rasa hang nak nagis.. hang nagis puas2.. lepaskan semua kesedihan ang.. jgn simpan.. sebab nanti hati hang akan sakit..

    but i now.. u r strong babe..

    ReplyDelete
  16. kami tau hampa kuat..just look forward. anggaplah semua tu memori indah ok.

    ReplyDelete
  17. jumie, be stong babe! jgn mengalah sebab lelaki. aku tau ko sgt kuat nak hadap semua ni. and 1 fine day, aku percaya ko akan jumpe sumone y betul2 ikhlas menyayangi ko.

    ReplyDelete
  18. jumie,ko cari je tauke nasi kandaq tu..ajak neina skali..keh keh keh..

    ReplyDelete
  19. xpa sabaq jumie...aku sokong hang....nak aku promote kat hang 2-3 ekoq kawan aku?? hehe...

    ReplyDelete
  20. jumi...apa2 hal berlaku,jgn segan2 cr aku n kengkawan..kitorang ada n always sokong n jadi tongkat hang..
    we always love u..

    again im crying now!
    haha

    rusdi

    ReplyDelete
  21. jUmie..
    ak t0l2 ktinggalan cter sedey nie.huhuhu...
    even smangat ko skrg da kmbali ok..ak still nk ckp...bktikan pd dia yg kta leh jd lbh bagus slps ape yg da tjadi nie..
    be strong,k...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...