15.9.09

Eksiden di Malam Merdeka

U olls. Sorryla cerita ni dah lama. Tapi aku baru nak kongsi kat sini u olls.

Pada malam Merdeka yang lampau, pukul 11.30pm saya dan anak ayam saya telah pergi meronda ronda di waktu malam. Mencari sumber inspirasi di malam Merdeka..katanya.

Kami ronda dengan Dorrie aku dari Padang Kota, Upper Penang Road, Chulia Street, Gurney, Sungai Pinang, Jelutong, Queensbay sampai la Bayan Lepas.

Memang takdak kerja kan?

Pastu masa kami lalu kat Sungai Nibong iaitu di depan area Tapak Pesta. Ada kemalangan yang berlaku.

Horror u olls. Kereta terbalik. Masa kami sampai BOMBA and ambulance pun baru sampai. Aku pun dengan Taq apa lagi. Membuat best dan turun mengambil gambar.

Cewah...aku kira pakai camera canggih kan. Semua duk mai amik gambak pakai HP ja. Pastu ada yang duk tanya "U ni dari paper mana?"

HAHAHA...aku kata "Saya freelance. Nanti saya jual la gambar ni kat paper,"

Boleh macam tu.

So inilah gambar-gambarnya u olls. Jangan risau takder darah-darah apa pun. Sebab kalau ada darah atau otak tekeluak ka apa ka...aku yang pengsan dulu. Pastu ambulance akan angkut aku sekali.
















Ini Taq yang gila glamer.

ps/ Best ada camera besak!! Walaupun tak tau pakai sangat. Tapi orang tengok mesti depa kata....pro! hahahaha

No comments:

Post a Comment

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...