1.9.09

Keprihatinan Terhadap Ruang Parkir OKU

Hari ini mood saya sedikit tercalar apabila sekali lagi, para pelajar kat depan office i olls telah memparkir motor dan kenderaan mereka mengikut sesuka hati tanpa memikirkan orang-orang yang lebih memerlukan.

Selamber jer u olls ni parking kat sini kan?

Tak tau la ni kereta sapa ni?
Saya sudah penat mengadu keperitan ini kepada pihak Jabatan Keselamatan yang tidak jemu-jemu datang dan membagi pelbagai surat saman kepada pemilik-pemilik kenderaan yang parking secara haram di tempat OKU ini. Sampaikan Kak Ani Keselamatan di sambungan 4331 sudah mengenali suara aku yang lemak seksi ini.

Wahh...hebat....Senget u olls.

Merpati dua sejoli ni...parking habis habisan...
Ini motor motor plaks....Tak larat nak saman dah Dik Non.
Namun, apa yang ingin saya tekankan di sini, kalian semua orang terpelajar. Bakal memegang ijazah dalam bidang Ekonomi, Perancangan dan Pengurusan Pembangunan, Sains Politik, Antroplogi dan Sosiologi malah Kerja Sosial yang banyak belajar tentang kebajikan terhadap masyarakat...tetapi kalian langsung tidak mengendahkan papan kenyatan OKU yang walaupun sudah usang itu.

Sign board yang telah usang. Tuan Dekan, kita kena tukak ni...

Dr. Azlinda dah mara-mara ni..."Jue, amik gambar dari sini pulak,"
Saya mohon kalian semua, sahabat-sahabatku. Janganlah parking motor dan kereta kalian kat situ lagi sehingga membuatkan Captain Yuhaizam kita mengalami masalah untuk pergi ke kelas.

Saya akan memanjangkan isu tempat parking motor ini kepada Tuan Dekan untuk mengatasi isu tempat letak motorsikal ini.

Sian Captain Yuhaizam. Dah la jauh parking...pastu kena pulak melalui simpang siur yang mencabar.

Peace untuk Jumie!!
Tapi sementara kita mencari jalan terbaik untuk meletakkan motor yang lebih cantik dan berbumbung (INSYA ALLAH), u olls jangan la parking motor u olls sampai tutup tempat Captain Yuhaizam kita nak parking Ferari beliau.

OK? Sapa tak puas hati dengan i olls? Sila ke depan?

2 comments:

  1. sebenarnya inilah sikap sebahagian rakyat malaysia..

    kat luar sana ada ramai lagi orang yg suka parking kat tempat OKU..

    USM sebagai universiti APEX & terutama sekali PPSK kena ajar betul2 pelajar yg parking kenderaan kat tempat OKU tu..jangan nanti USM 'terpaksa berbangga' kerana keluarkan produk yg suka abaikan notis @ papan tanda..

    Buatlah papan tanda yg cantik, letaklah bunga2 & kalau boleh buat yg elektronik punya..tapi kalau sikap tak berubah pun tak guna jugak..

    *kali pertama komen blog ni..macam nak bangga la pulak..

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...