14.9.09

[Kisah Lawak di Bulan Ramadhan] Perisa durian takdak ka?


Pada bulan puasa yang barakah ini, saya sentiasa peka pada kehendak bapak kesayangan saya iaitu Abang Manap. Saya selalu membeli beliau kek kerana beliau suka makan kek lepas berbuka puasa. Actually, memang dari dulu lagi, Abang Manap suka makan benda manis. Dan kek adalah salah satu daripadanya.

Ampa nak tau kalau, Abang Manap kalau makan kek....dia siap tabok susu pekat manis Cap Junjung kot ataih. Baru surr.....Kalau ampa bawak kek yang tak maneh. Dia akan kata, "Kek ni tak sedap...tak cukup maneh," so u olls semua sapa nak jadi menantu Abang Manap kena la tau ok.

Selain kek, beliau juga suka memakan aiskrim. Dan sebagai anak yang prihatin, saya pun menuruti kehendak bapak saya maka dengan cekal hati balik kerja singgah la Tesco untuk membeli aiskrim untuk bapak saya.

Saya pun terkenang zaman dulu-dulu masa kecik-kecik, apa sahaja makanan saya mintak mesti bapak saya akan turuti. Tengok la bentuk badan saya sekarang ini. Menakjubkan kan? KFC seminggu sekali ok. Kat KOMTAR tingkat 3. Kami nanti naik motor dorang, parking kat Gama.
So, i olls ingat jasa itu. Walaupun abang Manap suka membuat onar dengan memarah aku tak tentu pasal kat rumah.

Ok, berbalik pada cerita tadi. Maka saya pun membeli aiskrim yang berkualiti tinggi kepada bapak sebagai tanda kasih sayang yang tidak terhingga. Saya mempilih jenama HAAGEN DAZ u olls. Waa.......pasti abang Manap akan suka.

Malam itu, selepas dah rehat berbuka semua. Aku pun menghidangkan sebaldi kecik Haagen Daz kepada bapak. Aku pilih perisa yang sungguh mewah. Something chocolate. Chocolate Chocolate Chip ok.

Bapak aku pun memakan dengan menyenduk ke dalam carton itu.

Pastu dah makan lama dah...i olls pun tanya la "Bapak, sedap tak aiskrim,"

Ampa tau tak bapak aku kata apa??

"Eskrem apa ni....rasa durian takdak ka?"

Sabak ja la........kasihnya ayah membawa ke syurga ok!!!

1 comment:

  1. jumie, aku rasala kan....dulu2 aku penah diberi sampel kat jusco queensbay, tp aku lupa samada baskin robbin @ haagen dasz, yg perisa durian, yg nie aku try sendiri...mmg xsedap beb....aku jarang beli yg mahai2 so aku mcm terlupa sket...sorry uols....hehehe.


    pengajaran cerita di ataih ialah hang xleh gelak pak manap, kalau2 betoi hang jd mak ayam tanggang la...hehehe...

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...