9.9.09

Proses Membuat Rambut di Hair Impression

Pada hari ini, saya akan menceritakan rentetan cara-cara dan bagaimana saya telah menstransformkan rambut saya ini yang ala-ala Senandun Seirama kepada Wanita Moden yang muda. KONONNYA, nak berangan jadi ala-ala POSH BECKHAM. Tapi sebab tergumuk tak tentu hala. Maka i olls pun end up jadi macam Hanna Adik Giant.

Ada yang ramai suka. Ada yang tak suka. Tapi apa pun....bagi la chance sat kat aku. HAHAHA nak melaram kan.

Ramai yang berminat nak tau macam mana rambut aku telah ditransform dan kaedahnya. Jadi saya ingin mengkongsikan pengalaman saya ini.

Pada hari Sabtu, 30 Ogos 2009. Aku telah mentelefon Isaac untuk membuat appointment dengan beliau. Jam 11am saya pun sampai di kedai.

Mula-mula hajatnya nak potong rambut ja. Takdak la angan-angan nak stretkan rambut tu. Pastu si Isaac ni, lepas potong ja rambut dia kata.

"U kalau buat relaxing mau tak,?" aku pun apa lagi. Bila dia bagitau harga pun macam within budget aku. Terus aku mengiyakan sahaja. Muka dah excited sangat ni.

Ini adalah gambar-gambar sebelum potong rambut. Dah panjang. Wavy tahap maksima. Takdak rupa macam Kim Kardarshian dah. Dah macam Bibah Rock dah ni. Dah takdak bentuk. Susah nak manage. Kalau nak stylekan hari-hari pun, nak kena blow and sebagainya. Aiyo...mana sempat u olls. Lainlah ada personal hairdresser kan.
Beg LV sapa la tu kan? Angan-angan ok.



Lepas mempotong rambut, sessi relaxing punbermula. Isaac dan pembantu beliau mulalah menletakkan sejenis bahan kimia berbahaya untuk dimakan ke rambut aku. Perlahan-lahan. Bau dia busuk yang amat.

Pastu dia tanya aku, "Sakit tak?" mungkin sebab dia tengok muka aku lain macam ja.

"Bukan sakitlah...busuk,"

Selepas semua bahan kimia itu diletakkan pada rambut, mereka membalut kepala aku dengan plastik. Macam kat Tesco tu kan, buah tembikai dah potong....depa balut dengan plastik kan? Macam tu la rupa aku waktu tu.

Lepas itu u olls, depa pun cuci la rambut aku. Pastu blow. Pastu bagi straighten dengan iron. Pastu jadilah macam ni. Macam best sangat bila mentengok hasil langkah pertama.


Lepas setel mengiron rambut aku. Dia letak lagi sekali bahan kimia tadi, dan tinggalkan kering selama 15 minit. Masa ni benci sangat. Sebab aku tak buleh gerak. Aku ni dah lah tak buleh duduk diam. Sampai Isaac kena duduk tepi aku sebab takut aku gerak-gerak. HYPERACTIVE ok.


Lepaih tu, dia cuci lagi. Dan lepas itu, rambut aku ditrim. Sekian, jadilah rambut aku yang sekarang. Dia bukan streten. Tapi nama proses ini dipanggil relaxing. Tapi tak relaks pun. Sakit tau badan duk atas kerusi tu lama-lama. Pukul 6pm baru depa habis buat rambut aku. Nasib baikla aku tak buleh puasa kan. Depa siap tolong hidang karipap kat aku. Bagus kawan-kawan Isaac ni.

Yang bestnya rambut sekarang ni, low mentenens sangat. Tak gado nak bershampoo shampa, berkondisyener la, nak berblow ala ala Miss Venezuela, nak bermask sekali dua minggu.....semua tu takpayah. Lani pakai baby shampoo pun rambut still rasa lembut.

Suka sangat!! Cuma nak kena bagi kurus sikit muka aku ni. Baru nampak macam Posh Beckham kot.


Sekian, kalau berminat sila call :

3 comments:

  1. rosma bini khai kate...kalo nk bg kurus muke...amalkan tampar2 manje muke anda..huhu

    ReplyDelete
  2. aww you look pretty with shorter hair. :]

    ReplyDelete
  3. Good dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Say thank you you seeking your information.

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...