17.9.09

Salam Aidilfitri from Cik Jumie Samsudin


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan salam Aidilfitri buat semua pembaca jumiejumie.blogspot.com walau di mana u olls berada.

Saya memohon ampun dan maaf zahir dan batin untuk semua. Sepanjang penulisan saya ini, ada yang termakan hati dan jantung. Saya mohon ampun dan maaf. Kalau nak benci kat i olls sampai bila-bila pun takpa la u olls. Nak buat macam mana. Kiter semua manusia.

Semoga anda semua selamat di jalan raya, dan juga di meja makan. Banyak kemalangan boleh berlaku walau di mana anda berada.

Kalau tengah happy berhari raya tu. Ingat-ingatlah pada orang yang memerlukan seperti anak-anak yatim, orang asli, ibu-ibu tunggal, janda-janda, orang-orang tua di rumah orang tua serta umat Islam di seluruh dunia yang sedang mengalami pelbagai bencana perang dan gempa bumi.

Saya mendoakan kalian semua jangan makan banyak sampai tertambah berat badan. Nanti tak cantik nak amik gambar letak dalam Facebook.

Sekian saja...

See u olls after raya HOLIDAY with more story and gossips and excitement!!

LV,
Jumie Samsudin

1 comment:

  1. hi jumie vogue d vass,
    selamat menyambut aidilfitri...mohon maaf zahir dan batin sekiranya ader yang terasa di hati..Semoga sambutan lebaran tahun ini memberi kegembiraan..InsyaAllah

    ReplyDelete

Selamat mengomen. Untuk lebih lanjut, boleh terus emel kepada saya di jumiess@gmail.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...